KALI terakhir penyanyi lelaki sensasi negara, Anuar Zain, membuat kemunculan bergaya dalam skala konsert di Singapura adalah pada tahun 2015.
Selepas tiga tahun, oleh kerana tidak mahu terus membiarkan ribuan peminatnya di pulau republik itu terus merindui persembahan langsung daripadanya, Anuar akan kembali dengan konsert terbaharu pada 26 Oktober 2018 nanti.
Pastinya, ia bukan sekadar hadiah untuk pemujanya di Singapura, malah tarikh itu pasti akan ditanda oleh para peminat serantau yang setia mendengar alunan lunak daripada Artis Lelaki Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2017 tersebut.
“Alhamdulillah. Saya berasa amat bersyukur dan berbesar hati apabila sekali lagi diundang oleh Hype Records untuk membuat konsert di Singapura selepas konsert pada 2015.
“Saya amat teruja dengan tawaran ini kerana saya sentiasa mahu berkongsi minat saya terhadap muzik dan memberi yang terbaik kepada semua,” ujar pelantun lagu Lelaki Ini tersebut.
Tambah Anuar, beliau juga telah berbincang bersama pengarah muzik, Lee Sze Wan untuk mengubah semula susunan muzik agar lebih segar dan mantap, supaya bersesuaian dengan suasana, rasa dan tema konsert itu.
“Ini juga merupakan konsert pertama saya selepas album terkini dipasarkan dan saya akan turut menyanyikan lagu-lagu terbaru pada konsert ini nanti,” ujar Anuar.
Para pengikut setia Anuar tentunya maklum tentang dua video muzik yang disampaikan dalam gaya penceritaan drama berantai menerusi judul Andainya Takdir dan Cinta Takkan Berakhir.
Kisah menyayat hati yang berkisar isu kasih sayang, kesetiaan, kepercayaan dan kekeluargaan itu sudahpun meninggalkan impak tersendiri termasuk mencetus pelbagai ulasan di media sosial daripada mereka yang terbawa-bawa dengan aksi lakonan dalam video muzik tersebut.
Istimewanya nanti, dalam persembahan di Singapura, jalan cerita yang menjentik emosi dalam muzik video itu akan bersambung.
“Pada malam konsert itu nanti, kami akan menayangkan muzik video dan lagu sambungan. Ramai yang bertanya dan tertunggu-tunggu.
“Insya-Allah pada malam itu, mereka yang menghadiri konsert tersebut akan dapat mengetahui apakah sambungan cerita tersebut,” jelas Anuar yang mengharapkan peminat dan pengunjung konsertnya akan menikmati kenangan manis pada malam berkenaan.
‘Anuar Zain Cinta Takkan Berakhir Live In Singapore 2018’ akan diadakan pada 26 Oktober 2018, 8.30pm di The Start Theatre @ The Star Performing Arts Centre.
Tiket-tiket dari SG$228, $188, $158, $128 dan $98 (tidak termasuk yuran tempahan SISTIC ) boleh didapati di semua outlet SISTIC, via hotline 63485555 dan juga secara online di www.sistic.com.sg mulai 3 Ogos 2018 ini.
Konsert ini dibawakan khas oleh Hype Records. Layari www.hyperecords.com dan https://www.facebook.com/HypeRecords bagi sebarang maklumat lanjut.
Astro Awani
Tue Jul 31 2018

Anuar Zain kembali menemui peminat setia dalam skala konsert satu malam yang istimewa.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Anuar Zain dilantik Duta Kemanusiaan MAHAR
Anuar Zain dilantik sebagai Duta Kemanusiaan Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) sempena kempen 'Palestine Rays of Hope'.

'Persembahan malam ini, must go on' ... - Anuar Zain
Penyanyi, Anuar Zain tetap memukau 8,000 penonton yang hadir konsert Anuar Zain 40th Anniversary pada Sabtu meskipun mengakui dirinya masih tidak berapa sihat.

Shah Alam jadi pilihan Anuar Zain beraksi di konsert solo
Ibu negeri Selangor, tanah permai yang menawarkan banyak inspirasi buat Anuar sepanjang 40 tahun bergelar anak seni.

"Saya dan kawan-kawan ada perancangan nak..." - Anuar Zain kongsi 'plan' Ramadan
Penyanyi Anuar Zain memberitahu dia dan rakan-rakannya sudah mempunyai perancangan untuk menunaikan solat tarawih di masjid berlainan.

"Seminggu tak tidur lena!" - Ziana, Anuar lega konsert sukses
Berlangsung meriah bermula 9 malam, persembahan kedua-dua adik-beradik popular itu mengukir senyum 2,800 penonton yang hadir.

"Carikanlah untuk kita" - Ziana Zain berbicara tentang jodoh
Setelah hampir empat tahun bergelar ibu tunggal, Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain memohon doa agar diberikan yang terbaik.

"Tak sangka akan bergabung pada usia 50-an" - Ziana, Anuar cipta sejarah tiket konsert habis terjual sekelip mata
Anuar dan Ziana tidak pernah sangka tiket konsert mereka akan habis dijual dalam masa singkat.

Tak sempat bernafas, tiket konsert dah separuh terjual! Hebatnya aura Anuar dan Ziana Zain
Anuar Zain dan Ziana Zain bakal mengadakan konsert pada Ogos ini.

'Selalu rancang, akhirnya jadi kenyataan' - Konsert bersama Anuar dan Ziana Zain Ogos depan
Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live in Kuala Lumpur akan berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada 6 Ogos depan.

Peminat iringi doa buat Anuar Zain sebelum berangkat ke Syria
Anuar bersama pasukan Syria Care menjayakan Kempen Ramadan Al Khair 10.0 bagi membantu pelarian Syria.