KOMPOSER Ezra Kong mencipta kejayaan apabila berjaya merangkul anugerah Komposer Dengan Pendapatan Tertinggi pada Anugerah Badan Pelindung Hakcipta Muzik (MACP) 2021 yang berlangsung di Hilton Hotel, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Sementara itu, penyanyi Naim Daniel diangkat sebagai penerima trofi Komposer Muda Berpotensi.
Satu anugerah khas iaitu Anugerah Nadi Cipta telah diberikan kepada komposer Datuk Seri Ahmad Nawab.
Pengerusi MACP, Datuk M Nasir berharap agar lebih ramai pekarya muzik yang mengambil peluang untuk menjana royalti melalui karya yang berkualiti.
“Saya amat berharap agar lebih ramai pekarya yang merebut peluang keemasan ini untuk menghasilkan lebih banyak karya dengan menggunakan platform digital sedia ada agar dapat meraih lebih banyak royalti.
“Saya juga berharap dengan penganjuran anugerah sebegini menjadi penyuntik semangat kepada perkarya muzik di luar sana,” katanya.
Dalam pada itu, majlis turut diserikan dengan persembahan daripada penyanyi tanah air seperti Ernie Zakri, Syamel, Naqiu dan ramai lagi.
Berikut merupakan senarai lengkap pemenang bagi kategori yang lain:
1. Lagu Melayu dendangan terbanyak - Hutang (Komposer & Penulis Lirik : Zai Hamzah)
2. Lagu Cina dendangan terbanyak - A La Si Jia Hai Wan (Komposer : Firdhaus, Penulis Lirik : Firdhaus & Li Kang Ning)
3. Lagu Tamil dendangan terbanyak - Ennai Kollathey (Komposer : Ztish , Penulis Lirik : Yumanji)
4. Lagu Inggeris dendangan terbanyak - Crush (Komposer & Penulis Lirik : Yuna, Raymond Usher, Robinson Maelon, Warfield, Brian Keith)
5. Lagu luar negara dendangan terbanyak - Faded (Komposer & Penulis Lirik : Jesper Borgen, Anders Froeen, Gunnar Greve, Alan Walker)
6. Lagu pendapatan luar negara tertinggi - Tak Tahu Malu (Komposer & Penulis Lirik :Hezron Rayner)
7. Penerbit tempatan dengan pendapatan tertinggi - MVM Production Sdn. Bhd
8. Penerbit dengan pendapatan tertinggi - Universal Music Publishing Sdn Bhd
-- Gempak
Gempak
Sun Dec 11 2022

Ezra Kong merangkul anugerah Komposer Dengan Pendapatan Tertinggi pada Anugerah Badan Pelindung Hakcipta Muzik (MACP) 2021 pada Sabtu. - Gempak

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Anugerah MACP: Ezra Kong dinobat komposer berpendapatan tertinggi 2021
Penyanyi Naim Daniel pula diangkat sebagai penerima trofi Komposer Muda Berpotensi pada Anugerah MACP.