HUBUNGAN pelakon Emma Maembong dengan Kamal Adli bukan lagi rahsia, malah masing-masing telah mengakui mereka kini rapat dan sedang bersahabat baik.
Namun, sejauh mana keakraban mereka? Atau hubungan mereka sebenarnya hanya sekadar ‘teman tapi mesra’?
Ingin melihat sendiri realiti hubungan mereka?
Menerusi program realiti digital bersiri The House episod 4 yang akan bersiaran esok, penonton boleh menilai sendiri hubungan mereka apabila Kamal Adli hadir ke banglo khas yang menempatkan Emma bersama 2 adik beradiknya yang lain iaitu Chacha dan Yaya.
Dengarnya kunjungan Kamal Adli dibuat secara mengejut dan pada episod ini juga, Emma turut menerima lawatan daripada seorang rakan wanitanya.
Mereka kemudian keluar bersama melakukan satu aktiviti beramai-ramai.
Sementara itu, untuk espiod kali ini anda akan melihat tiga beradik ini memulakan pagi mereka dengan permainan ‘Dance Matte’ selepas menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh Yaya.
Trio adik beradik ini kemudian diberi reward untuk berhibur pusat karaoke. Masing-masing tidak mahu kalah dan menunjukkan bakat nyanyian mereka.
Apakah lagu pilihan mereka? Suara siapa yang paling merdu? Saksikan The House epsiod 4 yang disiarkan secara eksklusif menerusi portal Astro Gempak atau The House atau klik pautan ini.
Program realiti ini bersiaran pada setiap hari Rabu jam 4.00 petang dan diikuti dengan siaran televisyen di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pada setiap hari Isnin jam 9.30 malam bermula 2 November 2015.
Gempak
Tue Nov 17 2015

Menerusi program realiti digital bersiri The House episod 4 yang akan bersiaran esok, penonton boleh menilai sendiri hubungan mereka. - Foto Astro Gempak
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Apa Kamal Adli buat di banglo Emma Maembong?
Hubungan pelakon Emma Maembong dengan Kamal Adli bukan lagi rahsia, malah masing-masing telah mengakui mereka kini rapat dan sedang bersahabat baik.