KUALA LUMPUR: Astro Radio yang meraikan ulang tahun ke-25 menawarkan pilihan yang lebih segar menerusi aplikasi SYOK dalam usaha memacu perjalanan trasformasinya ke hadapan.
Bermula hari ini, seluruh rakyat Malaysia berpeluang menikmati hiburan di lebih 60 stesen baharu dalam talian yang menawarkan pelbagai jenis dan kompilasi muzik serta saluran berita bahasa Cina baharu ‘YOU-NEIRONG’ yang menyiarkan berita-berita terkini dan hal ehwal semasa.
Stesen baharu di SYOK membolehkan pengguna untuk strim genre dan kategori muzik kegemaran mereka merentasi bahasa termasuk balada, klasik, muzik akustik, muzik tarian, muzik senaman, K-Pop dan hip-hop.
Tidak ketinggalan irama muzik yang pernah menjadi fenomena sekitar tahun 70-an, 80-an dan 90-an, selain genre rock, jiwang, balada, nasyid, irama Arab dan lagu-lagu Bollywood, irama Malaysia, dangdut serta banyak lagi semuanya ditawarkan di aplikasi itu.
Astro Radio dalam kenyataannya memberitahu, kesemua 60 stesen baharu dalam talian ini merupakan nilai tambah kepada semua jenama Astro Radio di udara dan di TV termasuk ERA, MY, HITZ, RAAGA, SINAR, GEGAR, ZAYAN, MELODY, GOXUAN, MIX, LITE dan banyak lagi.
Nilai tambah itu menjadikan Astro Radio dan SYOK pertama di Malaysia untuk melancarkan stesen radio baharu dalam talian dengan jumlah yang tinggi secara serentak.
Menurut kenyataan itu, pengguna juga boleh menikmati banyak ciri baharu yang menarik dan dinaik taraf seperti ‘mod gelap' (dark mode); ciri 'penggera' (alarm) yang membolehkan pengguna menjadualkan stesen radio pilihan mereka untuk distrim secara otomatik.
Bahkan, saluran 'video langsung' (live video) juga ditawarkan yang sekali gus menawarkan pengguna kelebihan untuk berinteraksi dengan orang lain semasa sesi video langsung; manakala Podcast – carian podcast yang dipertingkatkan berdasarkan kategori membolehkan pengguna meneruskan penstriman di tempat mereka berhenti, mengatur podcast yang dimuat turun ke dalam simpanan, berkongsi di media sosial dan banyak lagi.
Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio, Kenny Ong, berkata, kepesatan perubahan dalam ruang digital terus memacu evolusi stesen berkenaan untuk menawarkan lebih banyak aliran muzik dalam talian yang memastikan jenama-jenama Astro Radio sentiasa relevan.
“Semasa kami memulakan perjalanan transformasi kami untuk berkembang sebagai rangkaian hiburan audio dan infotainmen terbesar serta paling berpengaruh di Malaysia, Astro Radio teruja untuk memperkenalkan pilihan penstriman audio yang lebih relevan dengan kandungan yang disusun mengikut permintaan pendengar kami.
“Aplikasi baharu SYOK menawarkan pengalaman yang lebih khusus dengan 60 stesen radio baharu dalam talian baharu kami yang disesuaikan dengan lebih banyak gaya hidup dan pilihan.
“Kami berharap rakyat Malaysia menikmati pengalaman hiburan baharu ini di SYOK melalui aplikasi dan laman web,” kata beliau.
Ong juga memaklumkan, baru-baru ini, Astro Radio turut bekerjasama dengan TikTok untuk melancarkan tiga rancangan hujung minggu baharu ke udara dan di aplikasi SYOK, untuk meluaskan jangkauan dan mempromosikan silang pilihan (cross-promote) kandungan dan muzik yang lebih luas merentasi platform.
“Selain itu, kami telah bekerjasama dengan ACO Tech, syarikat peneraju mobiliti pintar terkemuka di Asia Tenggara, untuk menyepadukan aplikasi SYOK dalam sistem infotainmen kenderaan; dan dengan HUAWEI untuk menyepadukan aplikasi SYOK pada HUAWEI WATCH 3 Series yang menawarkan pengalaman jam pintar yang lebih tinggi kepada pengguna.
“Kami juga akan mengumumkan lebih banyak kerjasama, di mana kami ingin terus berinovasi dan meningkatkan industri radio dan audio Malaysia,” jelas Ong.
Para pengguna boleh terus strim podcast terkini dalam pelbagai bahasa yang tersedia secara eksklusif di SYOK seperti Confession Bilik Gelap, TechniPod, Moon’s Parenting Tips, Pei Diary with Lingkesvaran dan banyak lagi serta mengikuti semua kandungan radio langsung (radio atas permintaan) pada bila-bila masa.
Aplikasi SYOK juga akan menawarkan rakyat Malaysia akses kepada SYOK Originals, video berbentuk
pendek yang memaparkan kisah-kisah menarik seperti Everyday Malaysians, SYOK Busybody, SYOK Food Taster dan banyak lagi.
Tidak ketinggalan pilihan pelbagai artikel semasa, berita dan info trafik serta menyertai peraduan untuk peluang membawa pulang hadiah menarik termasuk peraduan SYOK 101 yang tersedia di aplikasi dan ke udara mulai 8 November untuk peluang memenangi hadiah wang tunai.
* Muat turun aplikasi SYOK di Google Play, Apple App Store, Huawei App Gallery atau layari lawan web SYOK.
Astro Awani
Tue Nov 02 2021

Kesemua 60 stesen baharu di aplikasi SYOK merupakan nilai tambah kepada semua jenama Astro Radio di udara dan di TV termasuk ERA, MY, HITZ, RAAGA, SINAR, GEGAR, ZAYAN, MELODY, GOXUAN, MIX, LITE dan banyak lagi.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.
AWANI Ringkas: JDT gagal ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Prestasi S&P 500: Sehingga 12 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.

Aplikasi SYOK tawar 60 stesen radio dalam talian
Stesen baharu di SYOK membolehkan pengguna untuk strim genre dan kategori muzik kegemaran selain pelbagai berita terkini.

SYOK bawakan siri podcast Terkejutawan untuk inspirasi pendengar
Setiap episod bakal menampilkan kelainan dari segi penceritaan, perkongsian dan kisah tauladan yang boleh dijadikan panduan oleh peminat.

Siapa Cempaka Putih? Saksikan kesudahan SYOK Seram: 'Buku' malam ini
Drama ini mengisahkan seorang penyampai radio yang telah menerima sebuah buku pemberian wanita misteri bernama Cempaka Putih.

Astro sajikan rancangan khas sempena Ramadan
Astro sekali lagi tampil dengan sebuah tema utama diapit dengan mesej yang kuat di sebaliknya bagi melatari kempen Ramadan Raya 2020.

SYOK weh! Astro Radio perkenal aplikasi gaya hidup, hiburan terbaharu
SYOK yang boleh didapati dalam pelbagai bahasa secara percuma menawarkan video asli SYOK, podcast dan artikel.