Dengan langkah ini, apabila pengguna memakainya, selain memainkan audio, kamera berkenaan turut boleh digunakan untuk memahami dunia sekeliling.
Ia sekali gus memberikan konteks lebih baik apabila bertanyakan kepada Apple Intelligence berkenaan sesuatu perkara melibatkan persekitaran.
Secara kasar, ia dilihat sebagai alternatif pantas oleh Apple kepada kaca mata pintar yang ditawarkan oleh pesaing lain.
Untuk makluman, sebelum ini, Apple telah memperkenalkan ciri khusus dinamakan Visual Intelligence, membolehkan pengguna mendapatkan maklumat berasaskan kepada persekitaran mereka.
AirPods dengan kamera dijangka mengintegrasikan sokongan ini padanya.
Walaubagaimanapun, peranti ini dijangka tidak akan diperkenalkan sehingga 2027 kelak – iaitu sekitar dua tahun lagi.
