PENYANYI Ariff Bahran mengumumkan dirinya bakal menjadi seorang bapa tidak lama lagi hasil perkongsian hidup bersama isteri, Amirah Syazwani.
Menerusi laman sosial Instagram, Ariff atau nama sebenarnya Mohammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, 24, berkongsi berita gembira tersebut bersama sebuah video untuk tatapan umum.
“Alhamdulillah dan Insyallah jika ada rezeki dan tiada aral melintang, Bahran akan jadi seorang ayah.
“Gementar dan teruja pada masa yang sama,” tulis Bahran di ruangan kapsyen.
Kata bekas peserta Big Stage musim pertama ini lagi, di bersyukur isterinya tidak mengalami sebarang alahan yang mabuk hamil yang sering menimpa ibu mengandung.
“Sekarang dah di hujung trimester kedua (24 minggu 5 hari). Tiada alahan, tiada morning sickness.
“Semoga urusan wife Bahran terus dipermudahkan. Doakan my wife dan baby sihat dan selamat hingga bersalin,” jelasnya lagi.
Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan pengikutnya menitipkan ucapan tahniah dah mendoakan agar ibu dam bayi sentiasa sihat.
Sekadar info, Ariff dan Amirah, 27, selamat mendirikan rumah tangga pada 3 September 2021 dalam sebuah majlis akad nikah berlangsung di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Shah Alam.
Namun, berita mengenai perkahwinan itu tersebar selepas Ariff dilihat mengucup dahi isterinya sewaktu membuat persembahan di pentas Anugerah Drama Sangat 2021.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI GEMPAK
Gempak
Wed Apr 13 2022

Sekadar info, Ariff dan Amirah, 27, selamat mendirikan rumah tangga pada 3 September 2021 dalam sebuah majlis akad nikah berlangsung di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Shah Alam. - Foto Instagram Ariff Bahran
Tarif AS yang tinggi sukarkan pelaburan - Jepun
Hampir 90% syarikat Jepun menjangkakan dasar Trump akan menjejaskan perniagaan.
Saham Asia meningkat, penangguhan tarif naikkan sentimen
Pada Rabu, White House berkata Trump akan mengecualikan pembuat kereta daripada tarif 25% ke atas Kanada dan Mexico selama sebulan, selagi mereka mematuhi peraturan perdagangan bebas sedia ada.
E-dagang: Wanita b40 masih hadapi cabaran, perlu sokongan berterusan
Statistik menunjukkan wanita daripada kumpulan tersebut masih menghadapi cabaran besar dalam memanfaatkan sepenuhnya peluang dalam ekonomi digital.

Pemandu komuter mengaku tidak bersalah rompak wanita guna pisau
Seorang pemandu komuter mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merompak dengan bersenjatakan pisau di sebuah perpustakaan desa.
RUU CCUS: Beri peluang pengembangan pelaburan, ekonomi negara
RUU itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli.
SJKP: 76,664 permohonan diluluskan bernilai RM17.86 bilion
Daripada jumlah itu, sebanyak 68,594 permohonan adalah daripada kalangan belia berusia 40 tahun ke bawah.
Pengairan & saliran: RM55 juta diperuntukkan selenggara sistem seluruh negara
Mohamad Sabu berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM14.8 juta disalurkan khusus ke negeri-negeri di Pantai Timur.
Agromakanan: KPKM rangka program baharu lonjak pengkomersialan produk
Inisiatif itu bertujuan mengurangkan kegagalan antara fasa prapengkomersial dan pengkomersialan, selain meningkatkan tahap kesediaan produk hasil penyelidikan dan pembangunan untuk menembusi pasaran.
BNM dijangka kekalkan OPR pada 3.0 peratus
Persekitaran kadar faedah yang stabil menyokong ekonomi untuk berkembang dengan memberikan perniagaan dan pengguna kepastian yang lebih dalam merancang kewangan dan mengakses kredit.

Tiada keputusan, laporan Malaysia terkait kes penipuan cip AI Nvidia - Tengku Zafrul
Tiada keputusan ataupun laporan yang menunjukkan cip AI Nvidia dalam pelayan dipindahkan ke Malaysia dari Singapura sebagaimana yang didakwa.

Ariff Bahran bakal jadi bapa, umum isteri sedang hamil 24 minggu
Ariff atau nama sebenarnya Mohammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, 24, berkongsi berita gembira tersebut bersama sebuah video untuk tatapan umum.

"Kami baru sambut hari jadi ayah" - Ariff Bahran risau isteri, keluarga selepas positif COVID-19
Ariff turut berasa risau terhadap isteri dan keluarganya memandangkan mereka baru sahaja menyambut hari lahir bapanya.

Gosip cinta Ariff Bahran dan Sarah Suhairi buat Sissy Imann patah hati?
Alamak. Ye ke ni?

Big Stage Unplugged bakal tiba!
Ha, tidak lama lagi anda bakal menyaksikan Big Stage Unplugged yang dikuasakan oleh Hotlink RED.

'Ya, saya frust, tapi nak buat macam mana...' - Ariff Bahran gagal ke pentas akhir Big Stage
Nasib tidak menyebelahi Ariff Bahran apabila markah undian TikTok yang rendah membuatkan dirinya tersingkir.

"Walaupun saya berada di kedudukan terendah, saya ...." - Ariff Bahran
Bintang rancangan realiti Big Stage, Ariff Bahran, 20, mengakui dia berasa sangat berpuas hati dengan persembahannya pada malam Ahad lalu.

Ariff Bahran mohon maaf, tiada niat sindir Tomok
Nama peserta Big Stage iaitu Ariff Bahran menjadi bualan hangat di media sosial kerana mengundang kemarahan segelintir pihak yang mendakwa dia tidak mengormati kepada penyanyi asal.

"Saya ingin bekerjasama dengan Haqiem Rusli, tetapi ..." - Ariff Bahran
Penyanyi Ariff Bahran mengakui menyimpan hasrat untuk bekerjasama dengan rakan baiknya, Haqiem Rusli dalam menghasilkan single bersama.