Menjadi kelaziman apabila menjelang Ramadan maka akan meriahlah dengan barisan artis yang mencari rezeki tambahan dengan berniaga di bazar-bazar Ramadan.
Bagitulah juga bagi Ramadan kali ini yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Beberapa artis popular tanah air bakal berkampung selama sebulan sepanjang Ramadan ini di Karnival Ramadan Putrajaya bermula 1 Mei ini.
Seperti biasa kebanyakkan mereka akan membuka meja untuk menjual produk keluaran mereka di tapak-tapak yang sudah ditempah.
Antara yang sudah mengesahkan tempat termasuklah Ella, XPDC, Siti Sarah, Shuib, Azharina, Alif, Tasha Shila dan ramai lagi.
Menurut penganjur bersama Abdul Ajib Mohd Zein berkata pelbagai acara menarik turut diatur bagi pengunjung bazar Ramadan di Karnival berkenaan.
“Tahun ini ramai artis terkenal yang turut sama berniaga di tapak bazar ini di Putrajaya memandangkan lokasi ini adalah antara yang paling ramai mendapat sambutan setiap kali bulan puasa.
"Malah tahun ini lebih meriah kerana ada dikalangan artis-artis ini akan turut menghiburkan pengunjung dengan mengadakan busking dan sebagainya," katanya ketika ditemui pada Khamis.
Jelasnya ia bukanlah mencari keuntungan semata-mata, malah hasil jualan mereka nanti turut akan disalurkan kepada mereka yang kurang bernasib baik.
“Artis-artis yang berniaga nanti juga akan terlibat dengan program-program amal di mana hasil jualan mereka turut akan disalurkan kepada beberapa madrasah dan anak-anak yatim yang kita kenal pasti di sekitar Putrajaya.
"Kita juga akan mengadakan Festival Islamik terbesar dalam Putrajaya di mana akan ada program infa’ di mana kita akan agihkan bubur lambuk kepada anak-anak yatim dan juga kepada pengujung," katanya.
Agihan duit raya kepada anak yatim juga akan turut diadakan di penghujung Karnival itu nanti.
Sementara itu bagi anggota XPDC, mereka turut mengambil peluang ini untuk mendekati peminat selain mengadakan persembahan busking dan berniaga tetapi dalam masa yang sama turut membantu kepada mereka yang memerlukan.
“Kita bukan sahaja berniaga di tapak itu nanti tetapi ada bahagian hasil jualan yang kita mampu hulurkan kepada orang yang kurang bernasib baik untuk menyambut kehadiran Syawal.
"Ini adalah salah satu cara kami untuk turut sama membantu dan ia bukanlah keuntungan semata-mata,” kata pemain bass XPDC Zuar ketika ditemui.
Karnival ini akan berlangsung sehingga 5 Jun ini di tapak festival di Dataran Putrajaya, Persint 3 Putrajaya.
Raja Hisyam Raja Zaid
Thu Apr 25 2019

Beberapa artis popular tanah air bakal berkampung selama sebulan sepanjang Ramadan ini di Karnival Ramadan Putrajaya bermula 1 Mei ini. - Gambar fail
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

"Bukan saya yang kahwin" - Erra Fazira
Erra Fazira ucap tahiah kepada pasangan pengantin baharu 'Erra Fazira' dan suaminya.

Farid Kamil dipenjara 9 bulan
Artis terkenal, Datuk Farid Kamil Zahari dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu atas kesalahan mengguna dadah jenis ganja.

Artis popular mula sibuk buat persiapan jualan di bazar Ramadan
Menjadi kelaziman apabila menjelang Ramadan maka akan meriahlah dengan barisan artis yang mencari rezeki tambahan dengan berniaga di bazar-bazar Ramadan.

Giliran Nora Danish dikait penyebaran foto bogel
Nora Danish nafi fotonya berbogel tular di media sosial

Tonton program Menang Raya dan menangi sebuah kereta
Buat pertama kalinya pada tahun ini, tiga buah saluran utama iaitu Astro Ria (104), Astro Prima (105) dan Astro Warna (132) bakal bergabung tenaga membawakan para penonton sebuah program

Shaheizy Sam kembali rangkul anugerah Bintang Paling Popular ABPBH
Dengan jumlah undian sebanyak 265,703, gelaran Bintang Paling Popular Berita Harian 2014 menjadi milik Shaheizy Sam.