Satu majlis penyerahan telah diadakan pada Isnin dan disempurnakan oleh Pengarah NJOI, Mazhairul Jamaluddin.
Selari dengan tema sambutan Aidilfitri Astro, Sempurna Seadanya, Astro NJOI cukup berbesar hati menjalankan kerjasama ini yang diharap dapat memperkayakan kehidupan para pelajar dengan hiburan dalam pembelajaran atau edutainment.
![Mazhairul bersama pelajar-pelajar Sekolah Tahfiz Al-Habbah.](http://img.astroawani.com/2019-06/51560788146_freesize.jpg)
"Majlis hari ini adalah susulan daripada inisiatif Astro sejak 2012, di mana kami telah beri set dekoder Astro NJOI percuma kepada kediaman-kediaman terpilih dan pusat komuniti. Hari ini, buat kali pertama kami serahkan kepada sekolah tahfiz.
"Kami merasakan program-program di Astro, seperti di saluran Astro Oasis dan TVIQ, sangat bersesuaian untuk ditonton pelajar-pelajar di sini. Kami harap mereka dapat menggunakannya dengan baik dan mendapat faedah daripadanya," kata Mazhairul ketika ditemui selepas selesai majlis.
NJOI juga tidak menolak untuk mengadakan kerjasama seumpama itu lagi di masa hadapan, serta akan terus komited dalam menjalankan aktiviti dan program yang memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.