Astro, syarikat penyiaran terkemuka Malaysia menerusi anak syarikatnya iaitu Astro Shaw peneraju industri perfileman tempatan, telah mendapat lesen hak cipta drama siri thriller yang tercalon di BAFTA Awards dan British Screenwriters' Awards, ‘Liar’ untuk adaptasi ke dalam format Malaysia melalui produksi independent televisyen, filem dan digital serta syarikat pengedaran terkemuka, All3Media International. Liar merupakan idea asal oleh calon penerbit dan penulis skrip terbaik di BAFTA and Golden Globe, Harry dan Jack Williams. Selain Liar, konten yang turut akan mendapat hak cipta adaptasi menerusi kerjasama bersama Astro adalah drama siri ‘Call My Agent!’ (Dix Pour Cent), pemenang dua tahun berturut-turut bagi Drama Siri Televisyen Terbaik di Globes de Cristal Awards, France (2018 & 2019).
Hasil usaha sama ini turut melibatkan Double Vision sebagai produksi yang akan menghasilkan Liar. Produksi Double Vision yang banyak menghasilkan karya-karya hebat seperti nominasi TV Format Adaptasi Terbaik (Skrip) di The ContentAsia Awards, ‘The Bridge’, juga memainkan peranan penting dalam mendapatkan hak cipta adaptasi ini.
Diterbitkan oleh Two Brothers Pictures untuk ITV dan Sundance TV pada tahun 2017, Liar mengangkat genre thriller yang meneroka tema persefahaman, stereotaip jantina di zaman masa kini, kekeluargaan serta penipuan. Drama hebat ini telah berjaya meraih jumlah tontonan paling tinggi 7 juta dan sekali gus mencatatkan jumlah terbesar bagi drama baru yang pernah ditonton di ITV sejak 2014. Tambah lagi, drama ini juga ditayangkan di Australia dan New Zealand. Manakala versi remake di Spain pada tahun 2020 menggunakan tajuk Mentiras. Terkenal dengan jalan cerita yang penuh plot twist dan watak-watak yang menonjol sehingga berjaya mencetus keterujaan dalam kalangan penonton untuk menantikan setiap episod, Liar mengisahkan tentang dua insan yang bertemu dalam sebuah temu janji, namun semuanya berubah di luar jangkaan pada hari keesokannya. Seorang telah memperdaya, manakala seorang lagi diperdaya. Oleh sebab kuasa, penipuan mampu memadamkan kebenaran.
Call My Agent! siri komedi drama hasil ‘creator’ Fanny Herrero, memaparkan kisah agensi bakat yang sentiasa sibuk dan di kenali dengan nama A.S.K di Paris berusaha untuk memuaskan hati bintang-bintang di bawah naungannya di samping memantapkan lagi perniagaan mereka. Tiga agen, Mathias, Gabriel dan Andréa tempuhi bersama setiap suka dan duka di dalam kehidupan profesional mahupun personal. Call My Agent! juga telah diadaptasi ke versi India (Call My Agent: Bollywood), Canada (Call My Agent!) dan Turkey (Menajerimi Ara). Selain Malaysia, negara lain yang bakal mengadaptasi siri ini adalah Korea Selatan, Indonesia, Timur Tengah, Filipina dan Poland.
Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Kami amat teruja untuk menghasilkan drama siri premium yang akan diadaptasi daripada siri terbaik antarabangsa untuk dipersembahkan kepada penonton Malaysia. Kami percaya usaha bersama produksi Double Vision ini bukan sahaja mampu memberi percaturan berbeza buat landskap industri seni tempatan, tetapi turut melihat kerjasama strategik bersama All3Media International dapat memperkukuhkan keupayaan Astro sebagai platform yang menghasilkan karya dengan hasil produksi berkualiti tinggi serta berada di landasan yang tepat untuk mendominasi arena antarabangsa menerusi drama premium terbitannya. Sementara itu, kami juga ingin ucapkan terima kasih kepada produksi Double Vision kerana memainkan peranan penting dalam usaha sama ini dan kami teruja untuk bekerjasama dengan salah satu produksi terbaik Malaysia tersebut.”
Kit Yow, Naib Presiden, APAC All3Media Internasional berkata, “Kami rasa amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan pihak Astro dan Double Vision dalam menghasilkan drama premium adaptasi daripada naskhah hit antarabangsa, Liar. Subjek konflik lelaki dan wanita yang diketengahkan telah membuktikan mampu menyuntik keterujaan dalam kalangan penonton yang mengikuti siri ini, dan kami percaya keupayaan Astro dan produksi Double Vision bersama barisan pelakon mampu mempersembahkan
sesuatu yang berbeza sekali gus memberi pengalaman berbeza penonton Malaysia.”
Drama premium Liar dan Call My Agent! versi Malaysia dijangka akan menemui penonton pada hujung
tahun ini. Kesemua adaptasi ini boleh ditonton di saluran Astro dan On Demand atau Astro GO.
Kenyataan Media
Tue Apr 12 2022
Astro terokai arena antarabangsa dalam hasilkan drama premium adaptasi daripada siri luar negara untuk penonton Malaysia.
Johor catat hasil RM2.1 bilion tahun lepas, tertinggi pernah direkodkan - Onn Hafiz
Beliau berkata pencapaian itu sekali gus menyaksikan jumlah tersebut melebihi sasaran yang ditetapkan kerajaan negeri sebanyak RM1.9 bilion.
Malaysia perlu jadi lokasi penting dalam radar pelabur dunia - PM
Anwar menekankan bahawa pentadbiran Malaysia ketika ini disifatkan sebagai stabil dan mempunyai satu dasar yang konkrit.
Melaka kesan cubaan sebar 'The Ahmadi'
Kerajaan negeri menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang berlangsung pada 3 Oktober tahun lalu juga telah fatwa ajaran itu sebagai sesat dan menunggu untuk diwartakan tidak lama lagi.
Pengubahan wang haram: Bekas CEO syarikat penyiaran pula ditahan
Kes pengubahan wang haram membabitkan seorang CEO syarikat penyiaran di Sarawak memasuki episod baharu apabila bekas CEO syarikat berkenaan turut ditahan.
Singapura yakin Malaysia angkat martabat agenda kelestarian
Singapura meletakkan harapan kepada Malaysia untuk memajukan agenda kelestarian rantau ini semasa mempengerusikan ASEAN 2025.
Menteri Luar Negeri, Dr Vivian Balakrishnan berkata, ini boleh dicapai dengan melengkapkan keperluan infrastruktur dan sokongan kewangan untuk peralihan tenaga boleh diperbaharui.
Menteri Luar Negeri, Dr Vivian Balakrishnan berkata, ini boleh dicapai dengan melengkapkan keperluan infrastruktur dan sokongan kewangan untuk peralihan tenaga boleh diperbaharui.
Thailand alu-alukan rakyatnya cari makan di Malaysia, kembali
Gabenor Wilayah Narathiwat, Trakul Thotham berkata, kerajaan Thailand mengalu-alukan rakyatnya termasuk yang masuk secara haram ke Malaysia untuk mencari rezeki di negara jiran, untuk kembali memandangkan pihak berkuasa negara itu giat meningkatkan sosial ekonomi penduduk terutamanya di wilayah Selatan.
Tujuh pertuduhan Muhyiddin Yassin didengar, dibicara bersama
Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan RM232.5 juta dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan wang RM200 juta dihadapi Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, dibicarakan dan didengar bersama.
KPM beri jaminan tiada pemotongan Bantuan Awal Persekolahan
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang pemotongan Bantuan Awal Persekolahan (BAP).
Ketua Polis Negara bantu mangsa di lokasi
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain membantu seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban.
Kerajaan diarahkan segerakan pelarasan pencen
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan memihak kepada sekumpulan bekas penjawat awam dengan mengarahkan kerajaan segera melaksanakan pelarasan pencen seperti yang ditetapkan keputusan mahkamah terdahulu.
Astro anjur School Attack, promosi 'SMK' musim ke-5 di SMK Taman Melawati
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati dipilih menjadi lokasi program School Attack yang dianjurkan oleh Astro bagi mempromosikan musim kelima siri popular, SMK.
Konsert Countdown MeleTOP 2025 meriahkan malam Tahun Baharu dengan hiburan dan misi amal
Lebih 30,000 pengunjung memeriahkan sambutan ambang Tahun Baharu 2025 melalui Konsert Countdown MeleTOP 2025 anjuran Astro di IOI City Mall, Putrajaya.
GV11: 'Illa, Reshmonu paling rapat dengan saya' - Zehra Zambri terkejut dua penyingkiran sekali gus
Zehra berharap Illa dan Reshmonu akan terus semangat dan kembali aktif dalam industri muzik, walaupun tersingkir dari GV11.
Innovathon 2: Ciptaan bahan pembinaan penebat dipilih juara minggu kelima
Dengan proses penghasilan yang singkat, Bio Polyol mempunyai kebolehulangan yang tinggi (konsisten) dan sifar sisa serta tiada pembebasan gas bertoksik.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Astro One tawar tiga pakej hiburan lebih fleksibel serendah RM49.99 sebulan
Astro One menggabungkan saluran televisyen terbaik, aplikasi penstriman popular dan pilihan jalur lebar berkelajuan tinggi.
Kami Care Misi Banjir: 40 penyampai dari 13 stesen Astro Radio turun padang
Astro Radio dengan kerjasama Yayasan Astro Kasih telah menganjurkan kempen Kami Care Misi Banjir yang berlangsung pada 7 Disember 2024 di kawasan parkir LOTUS Cheras, dari jam 10 pagi hingga 5 petang.
ZAYAN raih anugerah Sahabat Dakwah di Majlis Anugerah Pendakwah Negara 2024
ZAYAN dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sahabat Dakwah pada Majlis Anugerah Pendakwah Negara 2024 di Putrajaya.
Astro lancar kempen ‘Astro’s Big Thank You’ sebagai penghargaan buat pelanggan setia
Astro, peneraju hiburan terkemuka di Malaysia, hari ini melancarkan kempen terbesar baharu Astros Big Thank You sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia.