KUALA LUMPUR: Andai dapat dihentikan masa, mungkin itu yang akan dilakukan hampir 3,000 peminat Cakra Khan pada Konsert A Decade Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2.0 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, Sabtu lepas.
Walaupun beraksi selama tiga jam mendendangkan lagu-lagu balada yang membuai perasaan dengan suara serak basahnya, namun masih tidak cukup buat peminatnya yang hadir pada malam itu.
Apatah lagi, dengan iringan orkestra di bawah pimpinan maestro muzik Datuk Ramli MS menjadikan konsert solo kedua penyanyi terkenal Indonesia itu lebih istimewa dan tidak keterlaluan jika dikatakan tiada ruang untuk penonton merasa bosan.
Memulakan konsert dengan tayangan video konsertnya yang berlangsung di dewan sama tahun lepas, Cakra atau nama sebenarnya Cakra Konta Paryaman memohon doa dan restu peminatnya pada hujung video itu.
"Mohon doanya, minta restunya... Malaysia aku kembali," tulis Cakra pada video itu yang disambut sorakan dan tepukan gemuruh peminatnya.
Beraksi buat kali kedua di Dewan Plenari, Cakra dilihat lebih santai dan bersahaja ketika berinteraksi dengan peminatnya malah gelagatnya yang cuba berkomunikasi dalam slanga rakyat Malaysia mencuit hati penonton yang hadir.
Gelagatnya itu turut mencuri tumpuan Ramli apabila berulang kali menyuruh Cakra berkomunikasi dalam bahasa ibundanya.
"Buruk sangat bunyi cakap Kuala Lumpur, cakap sahaja bahasa Indonesia kami semua faham," usik Ramli dan Cakra membalas beliau hanya mencuba untuk rasa 'lebih dekat' dengan peminatnya.
Cakra juga berjaya mencuit emosi setiap yang hadir ketika menyampaikan lagu 'Rindu Tak Bersuara' yang didedikasikan untuk Allahyarham bapanya Hermana yang meninggal dunia pada 2020, serta lagu 'A Song For Mama' nyanyian Boys II Men yang didedikasikan khas buat ibunya Entik Trisuyatmi yang tidak dapat hadir pada konsert kali ini.
Kemunculan peminat setia yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) Jaheerah Nadzri bersama-sama bapanya Nadzri Abdul Majid di pentas sebagai kejutan untuk Cakra sekali lagi mencuri tumpuan penonton apabila Jaheerah atau Eerah turut membawa burger sebagai 'hadiah' kepada penyanyi kesayangannya itu.
Sebelum kehadiran Eerah di pentas, Cakra sempat berkongsi kisah Eerah membantu keluarga mencari rezeki dengan menjual burger bersama-sama bapanya yang pernah tular di media sosial menerusi tayangan video.
Ketabahan Eerah menurut Cakra telah memberi inspirasi dan membuka matanya supaya menjadi seorang insan yang sentiasa bersyukur.
Turut dikongsikan panggilan video antara mereka berdua dan Cakra sempat menyatakan hasrat untuk mengundang Eerah menyaksikan konsertnya, namun ditolak Eerah kerana sibuk berniaga.
Kemunculan Eerah jelas memberi kejutan dan menyentuh hati Cakra sebelum beliau mendendangkan lagu istimewa buat gadis itu bertajuk Jangan Mudah Putus Asa.
Selain itu, kehangatan konsert terus dirasai dengan kehadiran artis jemputan Dayang Nurhafizah, Datuk Seri Rossa dan Judika dengan masing-masing berduet bersama Cakra serta menyanyikan dua buah lagu.
Tidak ketinggalan segmen duet Cakra bersama anak saudara Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ummi Umairah atau Umai mendendangkan lagu Seluruh Cinta yang dilakukan secara spontan.
Kehebatan vokal Cakra yang memiliki karakter tersendiri tidak dapat disangkal lagi apabila mendendangkan lebih 20 lagu termasuk medley dan berduet dengan kebanyakan lagu yang dipilih membolehkan penonton menyanyi bersama-sama.
Antara lagu yang didendangkan adalah Mencari Cinta Sejati, Setelah Kau Tiada, Salah Tapi Baik, Terlanjur Cinta, Hal Hebat, Kepada Hati, Rindu Tak Bersuara, Kekasih Bayangan dan Harus Terpisah.
Cakra juga tidak melepaskan peluang mendendangkan lagu-lagu dari album terbaharunya buat kali pertama untuk peminatnya iaitu Broken Symphony dan Kamu Adalah, selain turut menyanyikan lagu hits penyanyi dari Malaysia antaranya Malampagi, Mentera Semerah Padi dan Khayalan.
Konsert itu turut diserikan dengan keberangkatan Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah. Turut hadir beberapa selebriti tanah air antaranya Fazura, Isyariana, Merqeen dan Aisha Retno.
Ternyata persembahan tiga jam penyanyi yang bakal meraikan ulang tahun ke-32 pada 27 Feb ini tidak akan dilupakan dan akan sentiasa menjadi kenangan terindah buat penonton yang menghadirinya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 24 2024

Cakra Khan menghiburkan peminat setianya pada Konsert A Decade Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2.0 di Dewan Plenari, KLCC, Sabtu lepas. -- fotoBERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Aura Cakra Khan memukau penonton di konsert 'Live' KL
Walaupun beraksi selama tiga jam, Cakra Khan mendendangkan lagu-lagu balada yang membuai perasaan dengan suara serak basahnya.

AGT 2023: Impian Cakra Khan lebur
Impian penyanyi Cakra Khan ke peringkat seterusnya di America's Got Talent 2023 (AGT 2023) nampaknya tidak kesampaian.

'Nervous sekali!' - Beraksi di Asia Got Talent 2023, Cakra Khan tak hirau komen Simon Cowell
Berdepan dengan Simon buat kali pertama, Cakra memberitahu dia hanya mahu beri yang terbaik dalam persembahannya dan selebihnya terpulang kepada juri itu untuk menilai.

Simon Cowell suka suara Cakra Khan, tapi hentikan nyanyiannya di AGT
Cowell menghentikan persembahan Cakra Khan saat dia membawa lagu Make It Rain, milik Foy Vance pada 2009.

Ibu datang ke konsert besar pertama, momen paling berharga buat Cakra Khan
Penyanyi yang popular dengan lagu Kekasih Bayangan ini, dia cuba menahan emosi sepanjang konsert berlangsung apabila melihat sosok ibunya hadir ke konsert besar pertamanya tanpa arwah ayahnya.

'Bila saya patah balik, ayah dah meninggal dunia' - Cakra Khan
Cakra Khan sempat menjaga arwah ayahnya, Hermana yang dirawat di ICU sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat sakit strok.

Beli tiket konsert Rossa tapi...
Peminat tak senang duduk dengan kemunculan Cakra Khan dan Datuk Amy Search yang hadir di konsert Rossa 25 Shining Years.

Big Stage buka gelanggang untuk peserta serantau, termasuk BBNU Korea Selatan
Sebut sahaja mengenai Big Stage, sudah pasti anda akan ingat dengan frasa Budak Baru Nak Up atau BBNU.

"Lirik lagu adalah doa, itu prinsip saya" - Cakra Khan akan berhenti menyanyikan lagu sedih
Apapun jenis lagu suara tetap best!