PENGACARA popular Datuk Aznil Nawawi tampil menghulurkan sumbangan kepada 500 orang rider e-hailing bagi menyemarakkan kedatangan bulan Syawal tidak lama lagi.
Menerusi projek istimewa Bingkisan Raya Rider hasil inisiatif murni syarikat bumiputera Eskayvie Sdn. Bhd. bersama Pak Nil itu, ia merupakan tanda penghargaan kepada golongan berkenaan yang melakukan tugas penghantaran sebagai penghantar makanan ataupun bungkusan.
Kata Pak Nil yang juga duta kepada Eskayvie, penunggang motosikal yang menyediakan khidmat penghantaran makanan atau e-hailing juga sebahagian daripada wira dan pekerja barisan hadapan yang perlu disanjungi.
"Melihat kesungguhan dan kegigihan riders dalam usaha menyara keluarga disamping pentingnya penjagaan kesihatan sewaktu berinteraksi dengan orang ramai, Eskayvie mengambil inisiatif ini untuk sama-sama memberikan sokongan dan suntikan semangat kepada mereka.
"Ini antara sumbangan kecil kami di Eskayvie. Ia termasuklah menyampaikan sumbangan berbentuk duit raya, juadah raya istimewa serta Eskayvie Diffenz.
"Besar harapan kami supaya setiap ‘riders’ dapat bawa pulang dan kongsikan bersama ahli keluarga atau ibu bapa masing-masing," kata Aznil yang turut teruja melihat kemeriahan ibu pejabat Eskayvie di Shah Alam yang diserbu oleh rider seawal 11 pagi Jumaat.
JENDELA RAMADAN AL-MUBARAK
Inisiatif dilaksanakan selari dengan kempen #KitaIkhtiarSebelumKena yang menekankan kepentingan untuk berikhtiar sebelum dijangkiti sebarang wabak mahupun penyakit merbahaya yang lain.
Tambah Aznil lagi, riders menjadi sebahagian daripada pihak yang telah banyak membantu memudahkan urusan selama ini.
"Bahkan mereka juga antara yang mengambil risiko mempertaruh nyawa demi kelangsungan hidup. Mereka sendiri mudah terdedah kepada pelbagai virus di luar sana.
"Jadi, bekalan Eskayvie Diffenz ini adalah sebagai Ikhtiar kita untuk melindungi diri dan keluarga terutamanya ketika berkumpul beramai-ramai pada hari raya nanti.
"Eskayvie sangat prihatin dengan penjagaan kesihatan untuk diri dan keluarga, lebih-lebih lagi buat masa ni semua sekatan pergerakan telah dilonggarkan dan masyarakat kini kembali bergaul tanpa sebarang pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
"Namun, kita belum sepenuhnya selamat. Apa saja kemungkinan boleh terjadi. Jadi tatkala balik kampung, kita perlu patuhi SOP dan berikan perlindungan kepada ibu bapa kita.
"Sudah dua tahun kita tak balik meraikan hari raya bersama keluarga, jadi tahun ini bila pulang ke kampung, kita nak riders semua bawa Eskayvie Diffenz dan hadiahkan kepada ibu bapa dan insan tersayang mereka," katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan jenama itu, Kartika Wati Mohamed berkata, beliau tidak mahu ada di antara kita yang dalam diam membawa virus dan menjangkiti ahli keluarga yang lain.
"Terutama sekali ibu bapa kita yang sudah tua. Semestinya kita mahu jadikan raya kali ini lebih bermakna dan bukanlah bertukar menjadi sebuah tragedi.
"Semoga usaha murni ini akan memberi manfaat serta inspirasi kepada masyarakat sekeliling untuk turut sama berkongsi kebaikan dan terus meningkatkan kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan,” kata Kartika Wati yang turut sama mengagihkan sumbangan bersama Aznil.
Artikel asa di Gempak boleh dibaca di sini
Gempak
Sat Apr 30 2022

Datuk Aznil Nawawi tampil menghulurkan sumbangan kepada 500 orang rider e-hailing bagi menyemarakkan kedatangan bulan Syawal tidak lama lagi.
[TERKINI] Rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah gagal ke fasa kedua
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan rejim Israel telah gagal.

Warga emas hilang di hutan Sarikei hampir seminggu ditemukan selamat
Seorang warga emas yang dilaporkan hilang hampir seminggu di hutan kawasan Rumah Luang Empaong, Roban, Saratok, ditemukan selamat hari ini.
MCA mahu bertanding semua PRN, PRU16
MCA menegaskan pendiriannya untuk bertanding dalam semua PRN dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Kadar dividen 2024
Kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus bagi kedua-dua jenis simpanan, konvensional dan shariah.
KWSP antara dana persaraan terbesar di dunia - CEO
KWSP berada di ranking ke-13 sebagai dana persaraan terbesar di dunia dan kelima terbesar di Asia setakat September 2024.

Peta haba tunjukkan musim panas Australia semakin panas, berisiko
Musim panas di Australia semakin panas dan lebih berbahaya, dengan lebih banyak pinggir bandar di bandar yang berisiko akibat panas melampau.

PM Anwar seru umat Islam perkukuh ibadah dan takwa di bulan Ramadan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.

Dua lelaki melecur dalam kebakaran bengkel di Klang
Dua lelaki melecur dalam kebakaran membabitkan sebuah bengkel kenderaan di Jalan Sungai Puloh 5, Kawasan Perindustrian Sungai Puloh di Kapar, Klang hari ini.
AWANI Borneo [1/3/2025] – Kebakaran | Sambut ramadan di PPS | Majlis berbuka puasa MADANI
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
- 80 rumah setinggan di Likas musnah dalam kebakaran
- Mangsa banjir di Telupid dan Paitan sambut Ramadan di PPS
- Majlis Berbuka Puasa MADANI, PM rancang berbuka puasa bersama rakyat
- 80 rumah setinggan di Likas musnah dalam kebakaran
- Mangsa banjir di Telupid dan Paitan sambut Ramadan di PPS
- Majlis Berbuka Puasa MADANI, PM rancang berbuka puasa bersama rakyat

Tiada peruntukan jelas dakwa aktiviti campur beras - KPKM
Tiada peruntukan undang-undang yang jelas bagi mendakwa aktiviti mencampur beras putih import (BPI) dan beras putih tempatan (BPT).

Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.

“Terima kasih Universiti Malaya” - Aznil
Pelantikan sebagai Profesor Adjung di Universiti Malaya disifatkan Aznil hadiah paling bermakna di hari kelahiran ke-61 beliau hari ini.

Koreografer legenda Ahmad Kassan meninggal dunia
Pak Nil menyifatkan Allahyarham sebagai sahabat yang sangat rapat dengannya dan tunjang utama kejayaan program Macam Macam Aznil.

Pak Nil mohon maaf, kesal 'prank' melampau peserta program
Pak Nil yang juga bertindak selaku mentor program tersebut berkata tindakan peserta itu sudahpun melampui batas.

Aznil teruja kembali ke pentas graduasi selepas 37 tahun
Pak Nil memberitahu kehadiran beliau buat julung kalinya ke istiadat konvokesyen berkenaan adalah sebagai Duta Alumni UM.

"Terima kasih rakyat Malaysia" - Aznil serah kutipan dana buat Zamani
Sebanyak RM100,000 yang dikumpul daripada orang ramai diharap bantu Zamani jalani rawatan sakit belakang.

Pak Nil kutip lebih RM100,000 biayai kos pembedahan Zamani Slam
Kutipan tersebut bertujuan membantu Zamani yang menderita penyakit tulang belakang atau skoliosis.

Plot twist! Aznil terkedu terima Anugerah Khas MeleTOP
Sinonim dengan tema #tetibaAME2021, Anugerah Khas Meletop tiba-tiba 'memutar-belit' plot apabila Datuk Aznil yang merupakan pengumum bagi Kategori itu adalah penerima anugerah tersebut.

Aznil kongsi rezeki dengan 500 rider e-hailing
Semoga semakin murah rezeki Pak Nil yang memang terkenal dengan sikapnya yang gemar melakukan jariah.

Banjir: Hari ini, hari mereka... siapa tahu, esok lusa hari kita pula - Aznil
Sebahagian daripada diri Aznil Nawawi rasa bersalah jika tidak turun padang membantu mangsa-mangsa banjir.