BUKIT MERTAJAM: Pemergian pelakon Allahyarham Badrul Muhayat Ahmad Jailani, 55, hari ini amat mengejutkan rakan baiknya yang juga pelakon Zazly Baginda.
Zazly berkata, mereka datang ke Pulau Pinang bersama beberapa rakan artis yang lain bagi mengikuti program Karnival Usahawan selama tiga hari.
Menurutnya, mereka berdua rapat sejak sama-sama terlibat dalam perniagaan, dan menyifatkan Badrul Muhayat seorang sahabat yang sangat baik dan penyayang.
Zazly berkata, tiada sebarang perubahan ketara ditunjukkan namun sejak sebulan lepas arwah sering bercakap soal mati sewaktu mereka berbual.
"Dia sangat menyenangkan, dia memang suka dengan sayalah... dia rapat dengan saya, memang dia pernah cakap - aku macam nak matilah sebelum ini.
"Masa itu saya ingat biasalah dia... cakap-cakap saja.. kemudian dia jadi sangat mesra... masa nak salam dia selalu cakap - boleh tak aku nak peluk engkau. (Ini kira-kira) sebulan lepas.
"Memang dua tiga bulan ni saya rapat dengan dia. Kita pergi event sama-sama tidur dengan dia, tidur satu homestay dengan dia," katanya.
Seorang lagi rakan artis, Nadia Kesuma,47, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan Badrul Muhayat adalah petang semalam dan arwah kelihatan sangat aktif serta gembira sewaktu menyertai program keusahawanan tersebut.
Nadia berkata, Badrul Muhayat menghidap penyakit kencing manis namun keadaannya semakin sihat berbanding dahulu.
"Arwah ni seorang yang sangat jovial, sangat energetic. Semalam hari pertama kami berniaga, jadi tak sempat nak tegur sangat. Dia ada pergi booth kawan, saya ralat sebab tak sempat bercakap dengan dia. Dia ada dekat booth Achong Sweet Child, borak-borak.
"Semalam dia okay, nampak sangat sihat," katanya.
Nadia berkata, ketika ini jenazah dibawa ke Hospital Seberang Jaya ( HSJ) untuk bedah siasat.
Katanya, dia dimaklumkan jenazah akan dibawa pulang ke Sentul, Kuala Lumpur untuk urusan pengebumian.
Media hari ini melaporkan, Badrul Muhayat meninggal dunia dalam tidur di sebuah homestay di Taman Pauh Jaya, Bukit Mertajam hari ini.
Pemergian pelakon yang juga usahawan itu disedari isterinya, Norhayati Zulkapli sewaktu mengejutkannya dari tidur kira -kira jam 10.50 pagi tadi.
Badrul Muhayat bersama beberapa selebriti lain berada di pulau mutiara itu kerana menyertai Karnival Usahawan UDA di Seberang Perai.
Beliau baru sahaja melangsungkan pernikahannya dengan Norhayati pada April lepas dan belum sempat mengadakan majlis resepsi yang dirancang hujung tahun ini.
Badrul dikurniakan dua cahaya mata berusia 14 dan 16 tahun menerusi perkahwinan kali kedua sebelum ini dengan bekas isterinya, Julia Daud.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Oct 28 2023

Zazly (kiri) dan Nadia turut mengikuti program Karnival Usahawan bersama-sama Allahyarham Badrul Muhayat. - Gambar/ Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Jenazah Badrul Muhayat selamat dikebumi di Gombak
Jenazah Allahyarham dikebumikan sekitar pukul 9.35 pagi tadi selepas disembahyangkan di Masjid Al-Hidayah, Sentul.

'Badrul sahabat baik, sering cakap soal mati sejak sebulan lepas' - Zazly
Pemergian pelakon Allahyarham Badrul Muhayat Ahmad Jailani,55, hari ini amat mengejutkan rakan baiknya yang juga pelakon Zazly Baginda.

'Pemergian Badrul Muhayat kehilangan besar, banyak memori kami bersama' - Azhar Sulaiman
Pemergian Allahyarham Badrul Muhayat adalah satu kehilangan besar buat industri filem negara, kata pelakon senior, Azhar Sulaiman, 52.

Fahmi ucap takziah kepada keluarga Badrul Muhayat
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pelakon Badrul Muhayat atas pemergian pelakon itu, hari ini.

Sifat santun dan wajah tampan Allahyarham Badrul Muhayat akan dirindui
Badrul Muhayat, pelakon lelaki yang terkenal dengan ketampanan, murah senyuman dan lembut bicara ini berusia 55 tahun saat dijemput Ilahi.

Pelakon Badrul Muhayat meninggal dunia
Pelakon Badrul Muhayat dilaporkan meninggal dunia dalam tidur pada pagi Sabtu.

Tak mahu tangguh, Badrul Muhayat bernikah di bulan Ramadan
Badrul Muhayat nekad bernikah dengan wanita pilihan hatinya Norhayati Zulkapli di bulan Ramadan selepas empat bulan mengenali hati budi masing-masing.