KUALA LUMPUR:Lebih 100 bakat dari Malaysia bertanggungjawab dalam penghasilan kesan visual dalam siri Disney +, The Mandalorian dan blockbuster fiksyen sains 2019, Star Wars: Episode IX - The Rise Of Skywalker.
Pada September, The Mandalorian dipilih sebagai pemenang Kesan Visual Khas Terbaik di Anugerah Emmy.
Hal itu didedahkan oleh Sailash Kumar, Pengurus Besar Base Digital Production Sdn Bhd, dalam satu persidangan secara maya.
"Yang menarik apabila terbabit dalam pasukan The Mandalorian ialah dapat menghasilkan visual ikonik yang akhirnya menjadi sebutan di media sosial. Melihat produk akhir di skrin besar juga sesuatu yang membanggakan," katanya.
"Apa sahaja cabaran yang dihadapi adalah demi mencapai kualiti tertinggi yang boleh dilihat dalam hasilnya. Apabila anda menginginkan kualiti yang baik, anda juga dapat mengembangkan kreativiti dan kemahiran teknikal anda," kata penerbit, Nicole Maria Nonis.
Ketua animator, Edmund Wong, yang mengasah kemahirannya dengan bekerja di studio kesan khas dan animasi ILM di Singapura, yakin industri permainan digital di Malaysia menyumbang kepada kekukuhan industri animasi.
"Jika kami mengupah orang tempatan dari industri permainan digital untuk menjadi animator, bermakna mereka memang mempunyai kemampuan.
"Mereka hanya memerlukan sedikit tunjuk ajar untuk beralih dari permainan ke kesan visual. Tetapi mereka sebenarnya setara dengan industri lain," kata Wong.
Base Digital Production adalah sebahagian daripada Base Media, sebuah studio kesan visual dan animasi yang beribu pejabat di Beijing, China.
Ia memperluas operasinya di luar Beijing dan membuka pejabat di Los Angeles terlebih dahulu sebelum membuka cawangan di Kuala Lumpur, dua tahun lalu.
Base Media banyak terbabit dalam pembikinan lebih 50 buah filem Hollywood termasuk Star Wars: The Force Awakens, Transformers: Age Of Extinction, Captain America: Winter Soldier dan Aquaman.
Salah satu projek besar yang dikendalikan oleh cawangan di Kuala Lumpur ialah projek kesan visual untuk filem aksi 6 Underground yang diarahkan oleh Michael Bay pada 2019.
Turut hadir dalam persidangan itu ialah Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Shakib Ahmad Shakir dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Filem Nasional (FINAS), Ahmad Idham.
"Bagi pihak kementerian, saya dengan bangga mengumumkan bahawa melalui inisiatif kami, lebih 100 bakat tempatan diberi pendedahan dengan penghasilan filem blockbuster Hollywood.
"Semua ini adalah hasil Film In Malaysia Incentive (FIMI), yang berjaya menarik studio antarabangsa mendekati syarikat yang berpangkalan di Malaysia untuk menghasilkan kesan visual bagi filem-filem mereka," kata Shakib.
FIMI merupakan insentif kerajaan dengan memberikan subsidi 30 peratus kepada produksi antarabangsa dalam perbelanjaan yang dibuat di Malaysia, baik untuk penggambaran ataupun projek pasca produksi.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Agensi
Sat Dec 05 2020

Filem Star Wars: Episode IX - The Rise Of Skywalker antara yang dapat sentuhan bakat tempatan.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kolaborasi Sofyank-Zach King hadiah untuk peminat
Sofyank berkata, kolaborasi tersebut adalah untuk semua peminat yang sentiasa memberi sokongan kepada video yang dihasilkannya.

Bakat tempatan bantu hasilkan kesan khas filem blockbuster Hollywood
Hal itu didedahkan oleh Sailash Kumar, Pengurus Besar Base Digital Production Sdn Bhd, dalam satu persidangan secara maya.

Industri kreatif digital tarik pelaburan RM1.06 bilion dari luar negara
Shakib Ahmad Shakir berkata Malaysia mempunyai bakat untuk memenuhi pasaran industri animasi dan kesan khas yang dianggarkan bernilai RM40.74 bilion.

Francais filem terbesar India mahu tawan penggemar filem Hollywood
Pembuat filem 'Baahubali 2' berharap dapat memaparkan kesan khas terbaik yang dapat memikat hati penggemar filem Hollywood.