PARA peminat komik adiwira Marvel pasti tidak sabar untuk menunggu filem Avengers: Infinity War ditayangkan.
Dijangkakan filem ini bakal memecah rekod blockbuster dan akan menjadi salah satu filem aksi adiwira yang terunggul sepanjang zaman.
Ini kerana filem berkenaan menampilkan pelbagai watak yang bersatu tenaga demi menggagalkan misi penjahat terunggul dalam komik Marvel, Thanos.
Menurut produser Kevin Feige, Avengers: Infinity War akan menjadi penutup dalam saga epik Avengers dan menganggap filem ini sebagai pengakhiran kepada permulaan.
Kepada yang tertunggu-tunggu, apa kata anda baca dahulu beberapa perkara menarik yang anda mahu tahu mengenai filem epik ini. (Amaran: kami tidak bertanggungjawab sebarang 'spoiler alert'):
Akan ada adiwira yang ‘mati’?
Setelah hampir 10 tahun, pasti tiada siapa yang akan terkejut apabila beberapa pelakon akan menamatkan peranan mereka sebagai adiwira dalam saga epik Avenger ini.
Ini kerana pengarah filem berkenaan, Joe Russo mengesahkan bahawa sudah tiba masanya untuk mengakhiri beberapa watak adiwira Marvel itu.
“Saya percaya bahawa segalanya perlu berakhir pada satu titik agar ia mempunyai nilai dalam filem tersebut.”
Berdasarkan sumber, berkemungkinan salah satu atau kesemua watak yang digelar Big Three iaitu Iron Man, Captain America atau Hulk, akan ‘dimatikan’.
Spider-Man akan menyarung kostum baharu
Seminggu sebelum festival komik terbesar di dunia, iaitu San Dieo Comic-Con pada Julai 2017, peminat komik Marvel mendapat gambaran daripada beberapa konsep lukisan Avengers: Infinity War yang memaparkan ‘sang labah-labah’ itu memakai kostum terbaharu.
Berdasarkan teaser yang baru saja dikeluarkan, ia mengesahkan watak Spider-Man kelihatan 'segar' dengan kostumnya yang ranggi dan canggih seakan-akan ‘Iron Spider’.
Beberapa hero membuat penampilan debut
Filem Avengers: Infinity War menyaksikan beberapa adiwira yang akan 'tidur buat selama-lamanya' dan juga tidak ketinggalan beberapa adiwira akan ‘lahir ke dunia’ Marvel untuk turut beradu tenaga menyelamatkan dunia.
Namun, Ketua Pegawai Kreatif Marvel Entertainment, Joe Quesada membiarkan para peminat terus berteka-teki siapakah adiwira yang akan membuat penampilan sulung dalam filem terbaru itu.
Dia ditanya oleh Kevin Smith dalam program podcast 'Fatman on Batman' sama ada watak Namor dan Captain Marvel akan muncul dalam filem tersebut atau tidak.
“Saya tak boleh mengesahkannya atau menafikannya, dan jawapan ‘tak’ mungkin tidak memberi jawapan sebenar daripada persoalan tersebut," jawabnya, menimbulkan tanda soal kepada peminat.
Mjolnir datang lagi?
Filem terdahulu Thor: Ragnarok yang telah ditayangkan pada 25 Oktober tahun lepas, menyaksikan senjata utama Thor, Mjolnir telah musnah dan menimbulkan keraguan sama ada Thor akan menggunakan senjata terbarunya dalam Avengers: Infinity War.
Tiada kata putus untuk menjawab persoalan tersebut dan tukul terbaharu yang dipegang oleh Thor ketika bersama dengan Rocket Racoon hanya sebuah poster konsep seni untuk Avengers: Infinity War dan belum dipastikan sama ada tukul itu menjadi senjatanya dalam filem terbaharu nanti.
Thanos dan ‘pertubuhan penjahat-penjahat bersatu’
Pengarah filem berkenaan, Joe Russo, dalam satu wawancara ketika sidang media San Diego Comic-Con tahun lepas berkata, francais media Marvel Cinematic Universe ingin jadikan Thanos sebagai ‘Darth Vader’ generasi kini.
Ini bermaksud mereka meletakkan Thanos sebagai villain yang sangat digeruni dan mempunyai sekutunya untuk tampil menjadi sekumpulan 'perosak' dunia yang digelar Black Order yang terdiri daripada Corvus Glaive, Ebony Maw, Proxima Midnight dan Cull Obsidian. Tidak cukup dengan itu, adik Thor yang juga musuhnya, Loki turut serta dalam menghuru-harakan dunia dalam filem berkenaan.
Di mana pula Stan Lee 'buat hal' kali ini?
Sedar atau tidak, Stan Lee asyik ‘menyampuk’ setiap kali filem Marvel dikeluarkan sejak dia membuat penampilan debut dalam filem The Trial of the Incredible Hulk pada tahun 1989. Penampilan istimewa atau dikenali sebagai cameo daripada Stan Lee telah menjadi tradisi dalam tayangan filem adiwira keluaran Marvel sehinggakan beliau dinobatkan sebagai ‘raja cameo’.
Cuma pada kali ini, tidak dapat dipastikan di mana pula legenda penulis buku komik itu akan muncul dalam filem terbaru itu, tetapi ada ura-ura daripada peminat mengatakan penampilan cameo Stan Lee dalam filem berkenaan akan menjadi pemandu bas sekolah ketika adegan Spider-Man berada di luar bas sekolah, sewaktu dia ingin menyarungkan topengnya.
Kepada peminat-peminat adiwira Marvel sekalian, jangan ketinggalan menyaksikan tayangan perdana filem Avengers: Infinity War dan kosongkan tarikh anda pada 25 April bersamaan hari Rabu minggu depan!
Faiq Chong
Sat Apr 21 2018

Peminat Marvel pasti teruja dengan gabungan adiwira kesayangan mereka dalam Avengers: Infinity War.

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Avengers: Infinity Stones bukan sekadar cereka, ini 5 perkara anda perlu tahu
Ada sesuatu yang lebih menarik mengenai filem ini yang mungkin anda tidak ketahui iaitu kewujudan Infinity Stones atau Batu Keabadian yang dikatakan sudah wujud sejak sekian lama.

Penuntut Malaysia buat parodi Avengers dibawa bertemu pengarah Joe Russo
Dalam pertemuan itu, Russo mendedahkan bahawa babak menggunakan pinggan adalah yang paling lucu dari video parodi itu.

'Avengers: Infinity War' pecah rekod, kutip RM2.4bil pada minggu pertama
Angka itu berjaya dicatatkan walaupun filem tersebut belum memulakan tayangan di China.

'Yang dah tengok jangan post spoiler ya' - Pesan PM untuk penonton 'Avengers: Infinity War'
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di akaun Twitternya meminta orang ramai yang sudah menonton filem Avengers: Infinity War agar tidak mendedahkan spoiler di media sosial.

Avengers: Infinity War - Epik, penantian 10 tahun yang sangat berbaloi
'Avengers: Infinity War' merupakan penantian 10 tahun yang berbaloi untuk peminat filem-filem dari Marvel Cinematic Universe (MCU) terbitan Marvel Studios apabila filem.

Beberapa hari saja lagi! Apa anda perlu tahu tentang 'Avengers: Infinity War'
Menurut produser Kevin Feige, Avengers: Infinity War akan menjadi penutup dalam saga epik Avengers dan menganggap filem ini sebagai pengakhiran kepada permulaan.

Trailer 'Avengers: Infinity War' trending, peminat mula kongsi ramalan jalan cerita
Trailer 'Avengers: Infinity War' kini mendapat hampir 30 juta jumlah tontonan di laman YouTube Marvel Entertainment.