Penyanyi solo Korea Selatan, Eric Nam, melabuhkan tirai siri konsert jelajah Asianya di ibu negara pada Jumaat.
Bertempat di The Bee, Publika, konsert jelajah Eric 'Before We Begin' di Kuala Lumpur pastinya merupakan penampilan yang paling dinanti-nantikan oleh NamNation (nama fandom Eric).
Ada NamNation dari Korea Selatan yang sanggup terbang ke Malaysia dan mula beratur seawal 6 pagi di hadapan lokasi konsert.
Selain itu, ada juga peminat tempatan yang sanggup berbelanja kira-kira RM10,000 untuk mengembara ke seluruh Asia demi menghadiri konsert idola kesayangannya.
Malaysia menjadi lokasi terakhir dalam konsert jelajah Asia Eric bagi mempromosikan album Bahasa Inggerisnya yang pertama 'Before We Begin'.
Membuka tirai persembahan penyanyi terkenal tersebut adalah 'Come Through' yang merupakan salah satu lagu daripada album baharunya itu.
Lirik lagu yang berbunyi ‘So won’t you come through’ cukup sesuai untuk menggambarkan malam yang tidak dapat dilupakan.
Eric mendendangkan semua lagu daripada album tersebut seperti “Runaway”, “How’m I Doing”, “Wonder”, “Love Die Young”, “You’re Sexy I’m Sexy”, “Congratulations” kecuali lagu berjudul “No Shame”.
Eric ataupun nama sebenarnya Eric Nam Yoon-do tidak melepaskan peluang untuk menampilkan kemahiran menarinya yang luar biasa menerusi lagu “Don’t Call Me” dan “Potion”.
NamNation turut dihiburkan dengan beberapa lagu hit iaitu “Miss You”, “Good For You”, “This Is Not A Love Song” dan “Hold Me”.
Tidak ketinggalan beberapa lagu yang menjadi kegemaran peminatnya turut dipersembahkan seperti “Idea Of You” dan “Lose You”.
Biarpun tanpa penyanyi, Tablo dan Gallant bagi mempersembahkan lagu kolaborasi “Cave Me In”, Eric mampu menyanyikan lagu tersebut dengan sempurna sekali.
Bukan itu sahaja! Beliau juga sempat menyanyikan beberapa rangkap rap yang pada asalnya dinyanyikan oleh Tablo.
Penyanyi sensasi Korea Selatan tersebut mengucapkan terima kasih kepada peminatnya atas sokongan yang diberikan kepadanya selama ini.
“Saya benar-benar menghargainya. Saya risau konsert ini tidak akan berlaku tetapi ia berjaya!
“Dan kamu mungkin sudah tahu sekarang, ini merupakan TED Talk dan bukannya sebuah konsert,” guraunya semasa ‘ment’ (masa yang diperuntukkan untuk membolehkan penyanyi memperkenalkan diri, bercakap dengan peminat dan menutup konsert).
Konsert tersebut terasa begitu menyenangkan kerana Eric bijak bergurau dan berkomunikasi dengan peminat.
Beliau sering mengajak peminatnya berbual setelah selesai menyanyi satu atau dua buah lagu.
“Saya ingin menukarkan tajuk konsert saya kepada 'Get Fat Tour'.
“Saya makan terlalu banyak pada konsert ini. Saya akan menjalani diet yang ketat selepas ini,” guraunya lagi.
Eric yang prihatin juga menyedari kehadiran orang dewasa yang menemani anak-anak mereka untuk menghadiri konsertnya.
“Terima kasih ibu dan bapa kerana membawa anak-anak anda ke konsert ini,” katanya.
Eric, 31 tahun, turut mengambil hati peminatnya apabila bertanya sama ada ada dalam kalangan mereka yang menyambut hari jadi pada 17 Januari.
Selain menyanyikan lagu “Happy Birthday” kepada peminatnya, beliau juga dipercayai menandatangani poster NamNation.
‘Fan service’ yang diberikan Eric tidak terhenti di situ.
Eric juga mengambil ‘handbanner’ yang dihasilkan oleh peminatnya yang bertulis “Eric Nam, anda ialah kunci ke syurga”.
Tentunya, Eric menyanyikan beberapa baris daripada lagu “Heaven’s Door” dalam versi acapella.
Lagu tersebut merupakan lagu debutnya apabila Eric membuat penampilan sulungnya sebagai penyanyi K-Pop pada 2013.
Eric bukan sahaja berjaya tampil dengan persembahan yang penuh bertenaga sepanjang konsert yang berdurasi selama satu jam setengah itu, beliau juga mampu mengekalkan vokal yang mantap menerusi lagu “Interview”, “Can’t Stop Rain” dan “4AM” dalam versi acapella.
“Jika saya kembali ke Malaysia, anda perlu berjanji untuk kembali juga,” katanya dan ia disambut dengan sorakan oleh peminat yang hadir.
Eric menutup tirai konsert yang dianjurkan Onion Production dan EN Management berkenaan dengan lagu “Honestly” dan “Can’t Help Myself”.
Konsert yang cukup menghiburkan peminatnya dengan persembahan hampir 20 buah lagu popularnya tidak mengecewakan peminat yang hadir malah turut meninggalkan kenangan manis buat mereka.
Konsert jelajah Asia “Before We Begin” turut melibatkan lima lokasi lain iaitu Taipei, Manila, Singapura, Jakarta dan Bangkok.
Isabelle Leong
Sat Jan 18 2020
ERIC: Jika saya kembali ke Malaysia, anda perlu berjanji untuk kembali juga. - Astro AWANI/ISABELLE LEONG
Syaiful Rizal dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bank Rakyat
Yayasan Bank Rakyat (YBR) melantik Syaiful Rizal Abdul Ghani sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yayasan itu, berkuat kuasa 22 Jan lepas.
Bakal kembali bergelar duda, Along selesai urusan pengesahan lafaz taklik
Along Cham atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, memaklumkan, dia sudah menyelesaikan urusan berkaitan mahkamah syariah.
Titah Diraja: JPA tumpu lima inisiatif utama perkukuh perkhidmatan
JPA menumpukan lima inisiatif utama bagi memperkukuh perkhidmatan awam sebagai tunjang utama pentadbiran negara selaras Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Pengeluar China akan pindah pengeluaran ke luar negara elak tarif AS
Pengeluar dari China merancang untuk mempercepat usaha memindahkan pengeluaran ke negara lain bagi mengelak tarif Amerika Syarikat.
China fail aduan kepada WTO terhadap kenaikan tarif AS
Tindakan AS mengenakan tarif tambahan ke atas produk China dilihat melanggar peraturan WTO secara serius.
Singapura rampas lebih 970,000 produk kesihatan haram pada 2024
Penguasa Sains Kesihatan Singapura (HSA) merampas 970,707 unit produk kesihatan haram dan mengeluarkan 7,351 penyenaraian produk dari platform e-dagang serta media sosial tempatan tahun lalu, hasil tindakan penguatkuasaan bersepadu dengan agensi tempatan dan luar negara.
Bomba Pulau Pinang periksa hotel pastikan tahap keselamatan di tahap tinggi
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang menjalankan pemeriksaan di hotel-hotel di negeri itu bagi memastikan tahap keselamatan berada pada tahap tinggi terutama sepanjang Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025
Misi solidariti damai di selatan Thailand
Editor Astro AWANI, Dr. Azlinariah Abdullah turun padang ke tiga wilayah bergolak di selatan Thailand bagi meninjau semula segala bentuk bantuan yang dihulurkan Malaysia, yang kini memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN, dari segi sokongan serta kerjasama ekonomi, pendidikan dan budaya sebagai komponen penting untuk mengembalikan keamanan di wilayah berkenaan.
Penganggur ditahan, tujuh kes penipuan selesai
Polis Selangor berjaya menyelesaikan tujuh kes penipuan di beberapa negeri termasuk menyamar sebagai pihak berkuasa dengan penahanan seorang lelaki warga tempatan.
Malaysia Kekal Komited Pertahan Ekonomi Terbuka
Kerajaan menegaskan komitmennya untuk mengekalkan Malaysia sebagai negara ekonomi terbuka dengan mengambil langkah strategik bagi mengimbangi kepentingan negara dalam menghadapi perubahan dasar pentadbiran baharu Amerika Syarikat.
#BeforeWeBegininKL: Demi Eric Nam, peminat belanja hampir RM10,000 jelajah Asia
Noradila atau lebih mesra disapa Adila, 31 tahun, berkata beliau sudah berkunjung ke Singapura dan Bangkok sebelum ini.
#BeforeWeBegininKL: Eric Nam akhiri konsert jelajah Asia di Malaysia, janji akan kembali
Bertempat di The Bee, Publika, konsert jelajah Eric 'Before We Begin' di Kuala Lumpur pastinya merupakan penampilan yang paling dinanti-nantikan oleh NamNation.