VOKALIS kumpulan XPDC, Ali bersyukur diberikan peluang kedua untuk meneruskan kehidupan ketika ini.
Diserang angin ahmar dan ditidurkan akibat kesukaran bernafas kerana masalah jantung dan paru-paru sebelum ini, Ali atau nama sebenarnya Mohd Ali Ismail, 54, semakin stabil.
"Alhamdulillah, saya bagai hilang kata-kata diberi nikmat hidup ini. Saya pernah berada pada tahap peratusan 50/50 untuk hidup.
"Seperti nyawa-nyawa ikan ketika itu. Allah tarik nikmat aset suara saya miliki, tapi dibentangkan banyak hikmah.
"Tapi kini keadaan saya semakin okey. Dulu nak bercakap pun susah. Sekarang boleh bercakap walaupun tak lancar.
"Kalau susah sangat nak bercakap, isterilah yang jadi wakil (bercakap).
"Sehingga kini saya masih meneruskan fisioterapi dan 'rehab' seminggu sekali di Hospital Rehabilitasi Cheras.
"Pergerakan dan kos ulang-alik ke hospital juga dapat dijimatkan serba sedikit kerana saya sudah berpindah menyewa pangsapuri di Seri Kembangan sejak awal Ramadan lalu.
"Dulu masa tinggal di Klang, banyak guna duit," kata Ali kepada wakil media yang berkunjung ke kediamannya baru-baru ini.
Tambah Ali, dia bersyukur di saat hilang punca rezeki, banyak pihak yang datang untuk menghulurkan bantuan kepadanya sekeluarga.
"Kos rawatan di Hospital Ampang sebelum ini selama tiga minggu RM12,000 ditanggung Baitulmal. Begitu juga bayaran sewa rumah RM850 turut dibantu badan berkenaan.
"Kediaman baharu yang disewa pun sewanya dibayar Baitulmal sebanyak RM800. Kami hanya bayar RM50 saja," kata Ali.
Namun, sejak awal Ramadan lalu juga, Ali enggan terus berpeluk tubuh sebaliknya cekal mengusahakan perniagaan menjual kerepek dan kuih tradisional.
"Anak saya syorkan takkan nak terus menerima sumbangan orang, lalu mereka mencadangkan untuk menjalankan perniagaan. Akhirnya kawan syorkan saya menjual kerepek dan kuih diusahakannya.
"Kami berniaga di tapak Pekan Sungai Besi. Tapak pun kawan saya uruskan tanpa perlu saya membayar sewanya.
"Cuma masa nak mulakan perniagaan itu, duit simpanan yang ada ditampung dengan barang kemas digadai isteri jadi modal. Hasilnya dapatlah kumpul RM8,000 sebagai modal.
"Ketika ini, tiga anak saya termasuk lelaki sulung bergilir-gilir menjaga gerai kerana saya belum kuat untuk menjaganya seorang diri.
"Hasil jualan ini bolehlah menampung kehidupan saya sekeluarga.
"Malah pernah hasil jualan cecah RM300 sehari," kata Ali sambil memberitahu wakil kelab peminat XPDC turut datang ke rumah dan menghebahkan perniagaan diusahakannya.
Terdahulu, Ali dan isteri, Sharifah Azuwanna Syed Joned, menerima kunjungan pihak stesen radio Buletin FM bersama Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin.
Mereka menerima sumbangan dan bantuan baucar RM300 sebulan selama tempoh setahun untuk membeli barangan keperluan dapur di premis beli belah itu.
*Artikel asal di Gempak
Gempak
Sun May 01 2022

Diserang angin ahmar dan ditidurkan akibat kesukaran bernafas kerana masalah jantung dan paru-paru sebelum ini, Ali atau nama sebenarnya Mohd Ali Ismail, 54, semakin stabil. -Gempak
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Ali XPDC sesak nafas, Exco bantu hantar ke Hospital Serdang
Ali XPDC dikejarkan ke Hospital Serdang selepas mengalami sesak nafas di kediamannya di Salak Tinggi, Sepang.

Anwar sampaikan sumbangan kepada Ali XPDC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada penyanyi kumpulan XPDC Mohd Ali Ismail yang menderita masalah paru-paru.

Lima rockers otai bergabung bantu Al-Muqwa
Ali XPDC, Ijam Medicine, Datuk Awie, Ady Wow dan Anjang Terra Rossa bersama Iwan Syahman, Kieran dan Faizal Ismail berkongsi pentas bagi membantu pihak pengurusan mengumpul dana.

Ali XPDC sedih tak dapat kerjakan ibadah umrah
Ekoran keadaan kesihatannya yang masih belum pulih sepenuhnya, Ali enggan menyusahkan pihak lain.

Sayu dengar bacaan solat, Ali ralat tidak dapat tunai umrah 10 malam terakhir Ramadan
"Setiap kali dengar laungan bacaan solat Tarawih di surau berdekatan pun jadi sayu."

Bergadai emas buat modal jual kerepek, Ali XPDC syukur diberi peluang kedua
Bergadai Emas Buat Modal Jual Kerepek, Ali XPDC Syukur Diberi Peluang Kedua - "Allah Dah Tarik Nikmat Suara ..."

Berdakwah tentang Islam beri ketenangan, serlah tujuan dalam hidup - bekas vokalis XPDC
Mohd Ali Ismail, atau Ali, bekas vokalis kumpulan XPDC meninggalkan kehidupan muzik rock yang penuh glamour untuk menjalani kehidupan yang boleh membantu beliau memahami erti kewujudan dirinya.

'Selepas dapat nasihat daripada ustaz, saya terima, kerana ingin berdakwah' - Ali XPDC
Setelah 9 tahun akhirnya XPDC kembali dengan buah tangan terbaharu.