PUTRAJAYA: Persembahan solo Aisha Retno menerusi lagu Semalam pada minggu separuh akhir Big Stage 2022 kelihatan sedikit goyah.
Jika sebelum ini Aisha mampu mendapatkan markah lebih daripada 60 namun pada persembahan minggu lalu, dia seperti ‘hilang arah’.
Aisha mengakui persembahan pada minggu itu bukanlah persembahan terbaiknya kerana terlalu memberi fokus kepada nyanyian secara duet.
Namun pelantun lagu WHUT ini tidak mengaku kalah dan berikrar pada gelanggang akhir Big Stage 2022 malam ini dia akan bangkit dan melakukan yang terbaik untuk memikat perhatian juri dan peminat.
“Saya kena mengaku pada minggu separuh akhir ini saya lebih fokus kepada persembahan battle bersama dengan Danial dan seperti yang anda boleh lihat daripada markah yang diberikan.
“Jadi untuk minggu akhir, saya akan cuba seimbangkan fokus untuk dua persembahan iaitu nyanyian solo dan duet bersama Jaclyn Victor… saya akan gandakan usaha,” katanya kepada Astro AWANI.
Kata Aisha, sehingga sejauh ini perjalanannya di pentas Big Stage 2022, dia akan memastikan
segala penat lelahnya berbaloi kerana sudah lama dia bercita-cita untuk membariskan namanya seiring juara-juara sebelum ini Sarah Suhairi, Han Byul dan Azzam Sham.
“Kalau cakap pasal penat, saya akui saya penat tapi bercampur dengan keterujaan untuk membuat persembahan pada setiap minggu sebab ini adalah impian saya, ini adalah peluang sekali seumur hidup, jadi saya akan buat sehabis baik,” tambahnya.
Untuk minggu akhir setiap peserta diberikan dua tugasan iaitu Ultimantum Solo dan Ultimantum Duet bersama dengan penyanyi pilihan peserta.
Juara Big Stage 2022 bakal bawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi.
Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing- masing bakal membawa pulang RM15,000, RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.
Big Stage 2022 akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya malam ini dan dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry AlHadad.
Asyraf Roslan
Sun Mar 27 2022

Aisha akan pastikan segala penat lelahnya berbaloi kerana sudah lama dia bercita-cita untuk bergelar juara Big Stage. - Gambar Astro AWANI/ Azrul Rafie

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Permintaan Siti Nurhaliza buat Aina Abdul gementar
Berkongsi pentas dengan Siti Nurhaliza di pentas akhir Big Stage 2022 melengkapkan keinginan Aina Abdul.

Big Stage 2022: Danial Chuer tidak berkecil hati tewas kepada Elica Paujin
Menurut Danial, berjaya mara ke pentas akhir bersama peserta lain sudah satu kemenangan bagi dirinya.

Big Stage 2022: Elica Paujin akui masih tidak percaya raih gelaran juara
Kemenangannya itu sekali gus menafikan kedudukan pesaing terdekatnya Danial Chuer dan Aisyah Retno untuk bergelar juara.

Elica Paujin dinobat sebagai juara Big Stage 2022
Persoalan siapa bakal menjadi juara Big Stage 2022 akhirnya terungkai apabil Elica Paujin diumumkan sebagai juara program tersebut.

Big Stage 2022: Menuju garisan penamat, Aisha Retno akan pastikan usahanya berbaloi
Aisha berikrar pada gelanggang akhir Big Stage 2022 malam ini dia akan bangkit dan melakukan yang terbaik.

Menjelang pentas akhir, ini 8 perkara menarik sepanjang Big Stage 2022
Ini antara momen-momen menarik sepanjang Big Stage 2022 berlangsung.

Big Stage 2022: "Saya akan buktikan boleh nyanyi lagu Melayu" - Yazmin Aziz
Yasmin sahut cabaran untuk tampil terbaik pada kemuncak Big Stage 2022 malam esok.

Big Stage 2022: Tiada rezeki! Ajoi Zainal gagal mara ke minggu akhir
Ajoi menduduki tangga tiga terbawah bersama Elica Paujin dan Tegar Septian.

Big Stage 2022: Syafiq Abdilah, Megat Rahim tersingkir
Syafiq Abdillah menyampaikan lagu "Jeritan Batinku" nyanyian asal Azlan & the Typewriter, manakala Megat lagu "Kelentang Kelentong" nyanyian Hael Husaini.

Big Stage 2022: Tiada lagi Mummy Jerung, perjalanan Sofiaa Marieylla terhenti pada minggu kelima
Sofiaa yang menyanyikan lagu Ku Mahu menduduki tangga tiga terbawah dengan markah 56.8% bersama Tegar Septian (69.8%) dan Yazmin Aziz (47%).