SHAH ALAM: Baru masuk minggu kedua, mungkin ramai masih tidak mempercayai bahawa juri tetap program hiburan, Big Stage musim kelima Ajai dan Aina sudah mengambil keputusan untuk menggunakan Imuniti X bagi menyelamatkan Naufal Azrin daripada tersingkir.
Namun dalam menyelamatkan Naufal, peserta yang berada di tangga tiga terbawah bersamanya laitu Isaac Voo terpaksa akur apabila namanya dipilih sebagai peserta yang harus meninggalkan pentas tersebut.
Pastinya babak itu memberi tekanan kepada semua peserta yang masih kekal tetapi menurut salah seorang peserta, Nadeera Zaini, dia amat menyokong dengan format Imuniti ini kerana ia boleh menyelamatkan peserta yang benar-benar layak untuk meneruskan perjuangan di Big Stage.
“Saya sokong Imuniti X ini, sebab ia dapat menyelamatkan orang yang tepat, contohnya peserta yang mempunyai kemajuan lagi yang boleh dia tonjolkan untuk minggu-minggu depan tetapi dia dah terkeluar. Jadi sayang bakat tu.
“Jadi adanya imuniti ini sedikit sebanyak dia dapat membantu juri membuat pilihan yang tepat bagi memilih siapa yang harus kekal dalam pertandingan,” katanya.
Nadeera berada di kedudukan selesa apabila mendapat markah tertinggi daripada juri iaitu sebanyak 85.67 markah secara keseluruhan diikuti dengan Waode (84) dan Putera Muhammad (68.67).
Menyanyikan lagu Levitating nyanyian asal Dua Lipa melayakkan Nadeera memenangi anugerah Dominasi Persembahan Terbaik minggu kedua.
Pada masa sama, Nadeera juga melihat kebanyakan peserta sememangnya memberikan saingan sengit buat dirinya lebih-lebih lagi wakil BBNU Antarabangsa.
“Kalau ikutkan semua memberi saingan yang hebat namun peserta antarabangsa seperti Hoondoo dan Waode memberikan saingan yang lebih sengit buat saya.
“Bukan peserta tempatan tak bagus, Coex pun antara kumpulan yang memberi saingan hebat jadi agak sukar untuk saya yang artis solo untuk bersaing dengan mereka,” katanya.
Program yang dikendalikan oleh Elly Mazlien dan Rina Nose ini bersiaran secara langsung selama sepuluh minggu di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9 malam dan dipancarkan terus menerusi saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.
Asyraf Roslan
Tue May 16 2023

Menyanyikan lagu Levitating nyanyian asal Dua Lipa melayakkan Nadeera memenangi anugerah Dominasi Persembahan Terbaik minggu kedua. - Foto Astro/Azrul Rafie
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

"Tengok muka depan cermin"- Misha Omar tempelak netizen hina wajah Nadeera
Penyanyi Misha Omar menempelak netizen yang didakwa menghina wajah juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini sehingga disamakan dengan haiwan.

Big Stage 2023: Curi 'spotlight' peserta? Inilah dunia hiburan - Rina Nose
Setiap minggu pasti ramai yang menantikan kemunculan mereka berdua sehinggakan ada sesetengah peminat Big Stage mendakwa mereka hanya mengenali hos dan bukannya barisan peserta yang bertanding.

Big Stage 2023: Isu seluar ketat, Putera Muhammad mohon maaf
Apa yang berlaku di luar kawalan, kata Putera Muhammad.

Big Stage 2023: Menang bergaya, Nadeera Zaini dinobat juara musim kelima
Dengan jumlah markah sebanyak 68, Nadeera Zaini dinobatkan sebagai juara Big Stage 2023.

Finale Big Stage 2023: Ini 10 perkara menarik perlu anda tahu
Malam ini kita akan tahu siapa yang bakal membawa pulang gelaran juara Big Stage 2023.

Big Stage 2023: 'Putera lebih layak' - Firdaus Rahmat terima hakikat tersingkir di separuh akhir
Sudah melakukan yang terbaik dan memperoleh markah yang tinggi daripada juri, Firdaus berkata pada akhirnya ia berbalik kepada rezeki.

Big Stage 2023: Bergelek atas pentas? Itu semua aksi spontan saya - Ajai
Ajai juga mengakui bahawa dirinya sekadar menunjukkan dua sisi berbeza mengikut situasi.

Big Stage 2023: Harapan Dem Lepak Boyz dan Firdaus Rahmat ke minggu akhir musnah
Peserta Big Stage 2023, Dem Lepakz Boyz dan Firdaus Rahmat harus menerima kenyataan langkah mereka terhenti hanya di minggu separuh akhir.

Big Stage 2023: Reda tersingkir, perjalanan Coex baru bermula
Hanya tinggal tiga minggu sahaja lagi untuk melangkah ke minggu akhir namun perjalanan Coex di Big Stage terhenti setakat minggu ketujuh.

Big Stage 2023: Perjalanan Coex berakhir, giliran Nadeera dapat 100 markah
Perjalanan satu-satunya peserta berkumpulan di pentas Big Stage 2023, Coex terhenti setakat minggu ketujuh.