Drama bersiri adaptasi novel karya E-Man Sufi yang ditayangkan di Astro Mustika HD, Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC) telah mencatat jumlah penonton sebanyak 780 ribu pada episod akhir drama tersebut yang ditayangkan pada malam Selasa.
Ini menjadikan BKATC sebagai drama bersiri yang paling ramai penonton sejak ia diperkenalkan di saluran Mustika HD berbanding drama bersiri lain sebelum ini.
Menurut Pengarah Urusan Pena Creative, Ziela Jalil sambutan tersebut adalah di luar jangkaannya.
“Saya sendiri tak sangka akan mendapat sambutan yang hangat begini, saya sebenarnya berterima kasih kepada E-Man Sufi kerana membenarkan kami menggunakan hasil karya beliau untuk diadaptasi dalam bentuk drama.
“Alhamdulillah, saya juga dikelilingi para pelakon dan krew belakang tabir yang sangat-sangat ‘supportive’,”katanya ketika ditemui pada majlis tayangan episod akhir drama tersebut, di Red Carpet Avenue, Encorp Strand, Kota Damansara.
Sementara tonggak utama drama ini Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose juga berkongsi pendapat sama dan terharu dengan sokongan para penonton BKATC.
“Terima kasih kepada semua yang telah menonton dan menyokong Jebat dan Mastura. Tak sangka ramai yang suka gandingan kami dalam BKATC,” kata mereka.
Pada majlis tayangan episod akhir yang di adakan semalam, seramai 3,000 penonton telah membanjiri dataran Encorp Strand.
Dalam pada itu hashtag #BKATC juga telah menjadi trending di laman sosial Twitter yang menduduki tempat ke empat selepas bekas pengurus pasukan Manchester United, David Moyes.
Malahan rata-rata penonton di laman sosial Twitter dan Facebook juga memuji jalan cerita BKATC dan sukakan gandingan mantap Sharnaaz dan Nelydia.
Gempak
Thu Apr 24 2014
Drama bersiri yang ditayangkan di Astro Mustika HD, Bukan Kerana Aku Tak Cinta.
Tiada mangsa dijangka selamat dalam nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Kejadian melibatkan sebuah pesawat penumpang yang berlepas dari Wichita, Kansas, dengan sebuah helikopter tentera Black Hawk.
Toyota kekal peneraju pengeluar kereta terbesar dunia pada 2024
Toyota Motor Corp merekodkan jualan sebanyak 10.82 juta unit pada 2024, susut 3.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Ahli Parlimen India ditahan selepas didakwa lakukan serangan seksual
Mangsa dakwa MP itu mengeksploitasinya secara seksual selama empat tahun dengan janji untuk mengahwini serta membantu memajukan kerjayanya.
APM perkenal APM@Gig, benarkan anggota terlibat kerja sementara di luar aktiviti rasmi
APM memberi peluang kepada sukarelawan yang kompeten untuk memberikan perkhidmatan bersifat gig terutama membabitkan pengurangan risiko atau ancaman.
Sabah Electricity pantau bekalan elektrik di kawasan terjejas banjir
Sabah Electricity telah mengerahkan pasukan teknikal untuk bersiap sedia 24 jam membaiki sebarang kerosakan di daerah terjejas banjir.
Mangsa banjir di Sarawak, Sabah meningkat
Di Sarawak, jumlah mangsa meningkat kepada 7,503 orang daripada 2,096 keluarga berbanding 6,718 orang daripada 1,825 keluarga petang semalam.
Reagan National Airport kekal ditutup susulan operasi mencari mangsa nahas udara
Penutupan itu hanya melibatkan Reagan National Airport, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles di ibu negara Amerika Syarikat itu beroperasi seperti biasa.
Jawatankuasa Bencana Sarawak bakal bincang isu keselamatan kediaman lereng bukit - Uggah
Isu keselamatan kediaman di kawasan lereng bukit akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam masa terdekat.
Thailand sambut baik pembebasan warganya di Gaza
Kesemua rakyat Thailand berkenaan sedang dipindahkan ke hospital untuk menerima rawatan perubatan.
Belgium anggap Inisiatif Autonomi Maghribi sebagai asas baik untuk penyelesaian bersama
Pendekatan konstruktif Belgium ini selaras dengan momentum antarabangsa yang dipacu oleh Raja Maghribi, Raja Mohammed VI.
BKATC trending Twitter, penonton banjiri Encorp The Strand
Drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC) telah mencatat jumlah penonton sebanyak 780 ribu pada episod akhir drama tersebut.