"LAGU yang baik datang dari perbuatan yang baik, from the heart it goes to the heart. Apabila ia sentuh hati, itu yang boleh jadi lama.”
Vokalis Blues Gang, Ito Mohd berkata, bila sesuatu lirik itu ditulis dari hati, ia pasti akan kekal melekat di hati peminat.
Tambahnya, lagu yang berkualiti adalah lagu yang ditulis sendiri oleh penyanyinya.
“Sebab itu saya lebih suka kalau penyanyi kalau boleh buat lagu sendiri daripada orang lain, sebab suara dia, lagu dia, diri dia sendiri yang tahu sebba banyak untung dia, “ ujarnya kepada Astro AWANI.
Lagu-lagu Blues Gang sehingga kini masih segar setiap liriknya bukan sahaja kepada generasi waktu itu malah generasi baru juga boleh menyanyikan lagu Blues Gang yang ditubuhkan pada akhir 1970-an.
Kata Ito, istimewanya genre blues adalah ia boleh merujuk kepada apa sahaja di sekeliling dan paling utama nilai yang disampaikan.
Kembali kepada industri muzik di Malaysia, Ito berkata, kebanyakan lagu yang dibuat atas dua sebab - pertama untuk hiburkan orang, dan satu lagi, untuk nilai yang kekal.
"Dalam genre blues ni seni kata dia dah bertukar sikit, boleh cakap semua. Mungkin dekat rock susah, tapi blues, seni kata dia terbuka.
"Kita tahu pengajaran, pelajaran, itulah nilai yang rasa perlu ada pada lagu sebab lagu itu akan dimainkan berulang-ulang,” tambahnhya lagi.
Dalam pada itu, Ito turut memberitahu, Blues Gang bakal mengadakan konsert pada September ini.
Ia merupakan comeback mereka selepas sekian lama menyepi.
Bagaimanapun, Blues Gang yang terdiri dari enam anggota itu, akan muncul berlima, selepas pemain bass mereka Jim Mandasamay meninggal dunia pada April lalu.
“Selalunya enam, bagaimanapun kami teruskan juga, sebab belum habis lagi perjuagan Blues Gang.
"Siapa yang rindukan Blues Gang boleh datang ke konsert pertama mereka tahun ini, sempena Kuching Waterfront Jazz Festival pada 27, 28, 29 September 2018,” tambahnya.
Konsert kedua pula bakal diadakan di Langkawi sempena Langkawi International Blues Roots ASEANA, LIBRA pada 29, 30 dan 31 Disember ini.
Khairunnisa Kasnoon
Sat Aug 04 2018
"Perjuangan Blues Gang belum habis" - Ito
Polis siasat dokumen palsu guna Jata Negara, logo Badan Peguam dan nama KPN
Semua perkara yang dinyatakan dalam dokumen terbabit adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan mana-mana jabatan kerajaan.
PBB perlu pastikan gencatan senjata di Gaza dipatuhi - Kaukus Palestin Parlimen Malaysia
Langkah itu amat penting, terutama dalam memastikan pembukaan saluran bantuan kemanusiaan berdasarkan keputusan ICJ dan Majlis Keselamatan PBB.
Filem animasi Dongeng Sang Kancil lahir bakat tempatan
Semua penyelidikan dan pembangunan filem ini dibuat oleh kru Les Copaque Production yang kesemuanya merupakan anak seni tempatan.
AWANI Ringkas: Mahkamah Sesyen beri kebenaran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Malaysia: TFC elak permainan bertahan hadapi JDT
Terengganu FC (TFC) tidak akan sesekali menampilkan corak permainan bertahan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
RM12 bilion perolehan aset ATM tahun ini - Mindef
Sebanyak RM12 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk perolehan aset bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara pada tahun ini.
Perkembangan banjir di Sandakan
Wakil Astro Awani Rebecca Chong, melaporkan perkembangan banjir, hampir semua kawasan di Sandakan, ditenggelami air.
Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.
Tahap buruk di Sabah sehingga Jumaat
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Sabah.
Hujan lebat berterusan, bandar Sandakan terjejas
Hujan lebat tanpa henti sejak pukul 8.30 pagi telah menyebabkan banjir kilat yang menjejaskan hampir kesemua kawasan bandar di Sandakan.
Blues Gang kembali, perjuangkan genre yang belum pernah 'mati'
Kebanyakan kita buat lagu ada dua sebab, pertama nak hiburkan orang satu lagi, untuk nilai yang kekal.
Penyanyi lagenda blues BB King meninggal dunia
Raja irama blues, BB King meninggal dunia pada usia 89 selepas 20 tahun menderita penyakit diabetes tahap 2.