PENSYARAH sambilan filem dan penyiaran berpengalaman yang juga fasilitator bengkel latihan berkaitan industri kreatif, Zaki Abdul Rahim mengakui terkejut apabila namanya disebut sebagai calon paling layak untuk menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).
Beliau yang sering dijemput sebagai panel dan moderator program diskusi filem dan produksi di peringkat institusi pengajian tinggi, kebangsaan dan antarabangsa berpandangan tugas Pengerusi FINAS cukup besar dan berat dalam memimpin pengurusan badan perfileman itu.
"Beliau (Pengerusi FINAS) kena faham industri perfileman melalui produk kreatif secara keseluruhan sekaligus mencetus serta menggerakkan idea tambah baik perlaksanaan polisi FINAS.
"Lebih penting pengerusi harus sentiasa menasihati serta mendokongi peranan Ketua Pengarah tanpa sebarang kepentingan peribadi," katanya kepada Astro Gempak.
Zaki mengulas lanjut kenyataan seorang pengarah drama yang juga Biro Pembangunan Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Ahmad Hashim yang mencalonkan namanya sebagai Pengerusi FINAS yang baru.
Berkongsi pandangan secara peribadi, Zaki mengakui individu yang bakal dilantik Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo ini bukanlah calang-calang calon yang diberi kepercayaan.
"Amat jelas Pengerusi FINAS harus menjalinkan hubungan baik dengan menteri, media dan kepimpinan industri. Seboleh mungkin tampil dalam semua majlis berprestij industri hiburan.
"Bukan mudah juga untuk Pengerusi FINAS ini mempengerusi mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah. Beliau kena urus dengan baik dan perlu ada kreadibiliti itu," katanya.
Zaki yang pernah menjadi fasilitator di Radio Television Brunei (RTB) dan Asia Pasific Broadcasting Union (ABU) juga menyatakan Pengerusi FINAS perlu bijak dalam menguruskan orang industri secara profesional.
BACA: Pilih calon paling layak, berpengalaman luas untuk pacu Finas
Malah, beliau juga mengharapkan peranan Pengerusi FINAS tidak mencampuri urusan pengagihan dana supaya tidak timbul persepsi negatif dalam kalangan penggiat seni.
"Saya rasa kurang layak, ada orang lain lebih layak dari aspek karisma dan kreadibili. Jika dilihat sebelum ini nama-nama calon untuk jawatan ini memang hebat berlaka.
"Seperti kita tahu, Pengerusi FINAS bukanlah calang-calang tugas seperti pengerusi persatuan belia.
"Namun, jika ada orang lain mencalonkan Hassan Abd Muthalib dan Sharifah Amani, saya berlapang dada turut menawarkan diri," katanya dalam nada berseloroh tetapi tegas.
Gempak
Wed Aug 01 2018

Zaki berpendapat Pengerusi FINAS perlu bijak dalam menguruskan orang industri secara profesional. Facebook Zaki Haji Abdul Rahim
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).
RUU Tahanan Rumah sedang diperhalusi
Kementerian Dalam Negeri sedang memperhalusi draf rang undang-undang (RUU) Tahanan Rumah yang memberikan kuasa kepada mahkamah untuk menahan atau mengeluarkan perintah tahanan rumah sebagai alternatif kepada pemenjaraan.
10 Rang Undang-Undang termasuk Perkhidmatan Parlimen diluluskan
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 yang berakhir hari ini telah meluluskan 10 rang undang-undang termasuk kelulusan bersejarah Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025.
Enam jenis ubat termasuk dari Jepun dirampas dari rumah Ridz Okumura
Enam jenis ubat-ubatan termasuk dari Jepun dirampas polis dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura, Jumaat lalu.

Bapa Yasmin Ahmad meninggal dunia
Berita sedih tersebut diumumkan oleh adik arwah Yasmin, Datin Orked Ahmad menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.

Bukan calang-calang individu galas tanggungjawab Pengerusi Finas - Zaki
Beliau berpandangan tugas Pengerusi FINAS cukup besar dan berat dalam memimpin pengurusan badan perfileman itu.