KUALA LUMPUR: Memasuki usia 27 tahun dalam industri muzik, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui masa untuk beliau bersaing sudah tamat.
Justeru, penyanyi nombor satu negara itu kini meletakkan sasaran untuk mendekati masyarakat menerusi kerja-kerja amal, selain menghasilkan buah tangan terbaik untuk halwa telinga para peminatnya.
"Saya bersyukur dengan apa yang telah saya kecapi tetapi ini bukan lagi masa untuk saya berlumba dengan bakat-bakat muda yang hebat.
"Sekarang masa untuk saya mengekalkan apa yang ada dengan memberi hasil yang terbaik, kerana muzik adalah sebahagian daripada diri saya. Kalau saya tidak lagi aktif menyanyi, saya akan terus menyokong industri muzik tanah air.
"Saya juga mahu lebih dekat dengan masyarakat, menerusi konsert-konsert amal yang dijalankan kerana ia satu kepuasan apabila dapat berbakti kepada rakyat Malaysia yang banyak menyokong kerjaya saya selama ini," katanya ketika ditemui dalam sidang media konsert Hitman: David Foster and Friends, pada Rabu.
Bintang berusia 44 tahun itu juga mahu terus memartabatkan muzik dan lagu-lagu irama Malaysia, selain berhasrat untuk membawa muzik Malaysia kembali ke pentas antarabangsa.
"Saya mahu memeriahkan dan mahu melihat lagu-lagu irama Malaysia terus dikenang, saya ada cita-cita untuk mengadakan konsert tradisional seterusnya.
"Selain itu, kalau ada rezeki saya mahu muzik Malaysia kembali ke pentas antarabangsa seperti Royal Albert Hall, perancangan itu ada tetapi kita tidak rushing," katanya lagi.
Konsert Hitman: David Foster & Friends akan berlangsung pada 7 Ogos 2023 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.
Selain gandingan Siti dan Foster, konsert itu juga akan menampilkan ramai bintang terkemuka antarabangsa iaitu Michael Bolton, Peabo Bryson, Katharine McPhee serta Loren Allred.
Tiket sudah boleh mula dibeli di laman sesawang myticket.asia berharga antara RM288 sehingga RM988.
Madiha Abdullah
Wed Jun 07 2023
Siti letakkan sasaran mendekati masyarakat menerusi kerja-kerja amal, selain menghasilkan buah tangan terbaik buat peminatnya. - Fail/Gempak
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Siti Nurhaliza tidak endah kecaman, berazam buat yang terbaik
Meskipun bersyukur dengan penghormatan yang diberikan, penyanyi nombor satu negara itu mengakui kekok dengan gelaran tersebut dan lebih selesa dipanggil dengan namanya sendiri, Siti Nurhaliza.
'Selalu cabar diri, cipta nama di luar negara' - Nasihat Siti Nurhaliza buat pelapis baharu
Siti menasihati penyanyi untuk berani mencuba pelbagai jenis genre dan teknik nyanyian bagi menunjukkan kebolehan mereka dan membuka lebih banyak peluang.
Lebar sayap ke Indonesia, Aina Abdul tidak mengalah
Penyanyi, Aina Abdul mengakui kesempatan untuk menempa nama di negara orang adalah merupakan satu impian untuk setiap anak seni.
Pengurus kongsi reaksi pertama Siti Nurhaliza ketika terima berita anugerah Biduanita Negara
Menerusi video berdurasi 2 min 21 saat itu, Siti atau nama penuhnya Siti Nurhaliza Tarudin kelihatan terkejut ketika membaca ucapan yang diterimanya daripada MOTAC Okt lalu.
'Penghormatan besar' - Faizal Tahir teruja jadi artis jemputan konsert Siti Nurhaliza & Judika
Beliau menyatakan rasa terujanya untuk berkongsi pentas dengan dua bintang besar ini dan berharap agar penonton dapat merasai keunikan dan semangat muzik yang dibawanya.
Fahmi ucap tahniah kepada Siti Nurhaliza atas penganugerahan Biduanita Negara
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin yang diiktiraf Biduanita Negara.
Diiktiraf Biduanita Negara 2024, Siti Nurhaliza iltizam angkat seni negara
Siti Nurhaliza anggap Anugerah Biduanita Negara antara pengiktirafan terbesar dalam kerjaya seninya hampir 30 tahun.
Siti Nurhaliza dianugerahkan gelaran Biduanita Negara
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dinobatkan sebagai Biduanita Negara selepas menerima Anugerah Khas Biduan Negara.
Siti Nurhaliza beri bayangan bakal buat ‘kejutan’ sempena 30 tahun dalam industri
Selepas tonton filem dokumentari Rossa, Siti Nurhaliza dapat inspirasi untuk berkongsi kisah perjalanan seninya.
Tersenarai di The Muslim 500, Siti Nurhaliza luah rasa syukur
Sudah sembilan tahun anak seni kelahiran Kuala Lipis ini berjaya berada sebaris dengan individu yang bukan calang-calang.