Wany dan suami, Mohd Al-Adib Fahmi sepakat memilih nama yang cukup indah buat cahaya mata sulung mereka iaitu Aishah Al Iman.

Menerusi akaun Instagramnya, Wany turut memuat naik sekeping gambar keluarga bersama suami dan cahaya mata sulung mereka ketika pulang dari hospital.
“Aishah Al Iman Binti Mohd Al-Adib Fahmi, genap 7 hari dah.
“Alhamdulillah, pagi tadi siap cukur rambut dia, tu pun ibu tengok ibu dah sebak.
"Ibu tangkap banyak-banyak gambar dia sebelum cukur tadi, padahal tumbuh je balik nanti,” kongsi Wany di kapsyen.

Dalam pada itu, penyanyi yang kini bergelar ibu ini juga turut menitipkan doa buat anaknya sambil mengharapkan perjalanan yang indah dengan akhlak dan budi pekerti yang mulia.
“Uncle & Aunty doakan Aishah jadi anak solehah, lembut hatinya, cergas mindanya, baik budi pekerti akhlaknya ya.
“P/s: sbb kita tak buat majlis, kita throwback gambar masa ibu nak discharge hospital hari tu, muka ada senyum tapi dalam hati sedih Aishah kena tinggal nursery 1 malam sebab kuning,” tulisnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya memuji pilihan nama Wany yang cantik dan sedap. Tak kurang juga disertakan dengan doa-doa yang baik untuk si comel Aisyah. -Pa&Ma