Taman Tema Air Cartoon Network yang pertama akan dibuka untuk julung kalinya pada bulan ini di Thailand.
Orang ramai dapat menyaksikan persembahan dari karekter kartun seperti The Powerpuff , Johnny Bravo, Ben 10 dan sebagainya.
Selepas beberapa tahun pembinaannya, perlancaran taman tema ini akan dibuka mula 31 Julai ini.
Terletak di Bang Saray Bay, Thailand iaitu 20 minit dari bandar Pattaya dan dua jam perjalanan dengan kereta dari Bangkok, Taman Tema Air Cartoon Network terdiri daripada 10 permainan termasuk rollercoaster, kolam mandi ala pantai dan Cartoonival.
Taman tema itu juga dinobatkan sebagai taman tema akuaria terbesar dan memiliki 150 seksyen kolam mandi.
Aktiviti malam pula disediakan persembahan dari penari professional dan para akrobat berserta dengan persembahan lampu projektor.
Di Malaysia Taman Tema Twentieth Century Fox sedang dalam rangka pembinaan yang menyediakan beberapa tema dari filem terkenal seperti Ice Age dan Night at the Museum.
Ia dijangka akan siap pada tahun 2016.
Agensi
Sun Jul 06 2014
Taman Tema Air Cartoon Network bakal dibuka bulan ini. - Foto AFP
Tahun Baharu Cina: Keluarga dibenarkan lawat penghuni penjara pada 1, 2 Feb
Keluarga semua penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan perjumpaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Feb ini.
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
[TERKINI] Kerajaan setuju diskaun 50% bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina
Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
AWANI Ringkas: Isu 'Ham': Polis rakam keterangan Harith Iskander
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cartoon Network buka taman tema air pertama di Thailand
Taman tema air Cartoon Network yang pertama akan dibuka untuk julung kalinya pada bulan ini di Thailand.