NAMA pelakon Fathia Latiff sekali lagi menjadi sebutan pengguna laman sosial.
Kali ini, gara-gara 'kelurusannya' mentafsirkan istilah cashless atau tanpa wang.
Fathia semalam memuat naik satu status ke akaun Twitter mengulas kenyataan yang dibuat Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tentang aspirasi cashless society untuk negara.
Cashless society merujuk kepada sistem jual beli tanpa menggunakan wang tunai dan peningkatan penggunaan kad debit sebagai gantinya.
Namun Fathia tersilap tafsir istilah berkenaan dan beranggapan ia membawa maksud sistem barter, atau sistem tukaran barang, yang diamalkan masyarakat zaman dahulu kala.
Ia menerima kecaman netizen yang berpendapat Fathia sepatutnya membaca isi kandungan berita berkenaan dan memahaminya terlebih dahulu.
Apatah lagi sebagai selebriti, setiap gerak geri, perlakuan dan status di laman sosial akan menjadi perhatian.
Dalam kemas kini status terbaharunya, Fathia mengakui kesilapannya yang membuat kesimpulan hanya dengan membaca tajuk berita.
Astro Awani
Thu Oct 12 2017
Fathia tersilap tafsir istilah berkenaan dan beranggapan ia membawa maksud sistem barter atau sistem tukaran barang yang diamalkan masyarakat dahulukala. -Gambar fail
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Inisiatif kampung tanpa tunai giatkan industri pelancongan di Pahang
Langkah itu juga dapat memperluaskan aktiviti ekonomi peniaga dan orang awam melalui platform yang tersedia.
60 peratus kutipan kerajaan pada 2020 melalui e-payment - Muhyiddin
Ia hasil penerapan aspek digitalisasi dalam pelbagai urusan kerajaan, dengan sasaran pembayaran tanpa tunai bagi semua perkhidmatan menjelang 2022.
Mahkamah Syariah Perak pertama guna kaedah e-payment
Merangkumi kategori pembayaran seperti pendaftaran kes dan pembayaran denda yang akan berkuat kuasa 1 Julai depan.
UniSZA kampus universiti pertama di pantai timur sedia aplikasi tanpa tunai
Warga Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kini boleh menggunakan eDompet sebagai kaedah pembayaran tunggal untuk semua pembelian di dalam kampus universiti itu.
Penggunaan kad debit di sekolah akan diperluas - Mahdzir
Kementerian akan melaksanakan aplikasi digital itu mengikut kemampuan sekolah terutamanya sekolah di luar bandar.
Cashless? Nak tulis tajuk biar terang - Fathia Latiff
Fathia tersalah tafsir maksud cashless kerana tidak membaca berita secara keseluruhan.