AKTRES dan ahli perniagaan popular, Rozita Che Wan bingung dan kecewa apabila akaun Instagram (IG) @rozitachewan1 digantung atas alasan kononnya melakukan aktiviti agresif selain tidak mengikuti garis panduan komuniti ditetapkan sejak 15 September lalu.
Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, serentak dengan itu, dia turut menerima emel daripada pihak IG untuk mengambil tindakan segera termasuk melakukan rayuan jika tidak mahu kehilangan akaun berkenaan.
Kata Rozita atau Che Ta lagi, dia diberi tempoh masa hingga 13 Mac 2024 untuk melakukan rayuan.
“Sejak akaun digantung, saya sudah melakukan banyak kali rayuan. Namun belum berhasil.
“Malah saya juga sudah beberapa kali menghubungi pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk meminta pertolongan. Tapi kecewa tak pernah berangkat,” katanya.
Kata Che Ta yang bakal muncul dengan filem Mat Kola arahan Hafiz Nafiah tak lama lagi, dia hampir buntu mengenangkan nasib dan ujian yang hadir.
“Selama ini dengan IG jugalah saya menjana pendapatan dan beroleh rezeki menjual produk keluaran sendiri, by RCW.
“Saya juga melakukan ulasan promosi produk di platform sama.
“Tapi sudah jadi begini, siapa yang tak sedih. Kini buat sementera waktu, saya guna platform media sosial lain seperti TikTok,” katanya.
Che Ta berkata, hingga kini dia tidak putus harap berdoa semoga dapat kembali memiliki akaun IG berkenaan.
“Tak mampu bayangkan jika akaun IG itu ‘lesap’ begitu saja. Sehingga kini IG saya sudah mempunyai 5.2 juta pengikut.
“Dari kerendahan hati dan diri, saya berharap akaun IG itu akan saya perolehi semula.
“Kalau ada pihak yang boleh membantu saya mendapatkan semula akaun IG itu, saya amat hargai. Mungkin mereka boleh hubungi kawan saya atau menghantar mesej langsung ke akaun IG anak, suami atau teman rapat saya,” katanya. - Gempak
Gempak
Thu Sep 21 2023

Che Ta berkata, hingga kini dia tidak putus harap berdoa semoga dapat kembali memiliki akaun IG berkenaan. - Gambar/ Gempak

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

"Beruntung Ayu, Zaquan, empat orang anak syurga sudah menanti di sana" - Che Ta
"Kehilangan anak kecil membuatkan kita rasa sedih dan hiba di atas dunia, namun membawa khabar gembira di alam akhirat, Insya-Allah," kata Che Ta.

Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi
Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan mana-mana pihak yang berhutang wajib membayar pinjaman tersebut.

Barangan rumah Che Ta hampir RM100,000 disita, lelongan dalam masa terdekat
Selain penilaian harga barangan, writ turut diserahkan kepada ibu Rozita setelah pelakon berusia 51 tahun yang lebih kenali sebagai Che Ta itu tiada di rumah.

Rumah Che Ta diserbu, didakwa gagal bayar pinjaman Mara hampir RM1 juta
Menurut sumber, tindakan itu dilakukan bagi membolehkan pihak Mara menilai barangan di dalam kediaman aktres itu bagi tujuan penyitaan.

'Tiada beza pun saya dengan orang lain' - Che Ta nafi hina golongan B40
Che Ta berkata kenyataan tidak benar itu boleh mengundang kecaman orang ramai terhadap selebriti.

Hasrat Che Ta rai ulang tahun perkahwinan terbantut akibat COVID-19
Ibu kepada tiga cahaya mata itu mengakui keadaannya sedikit lemah.

"Takut reput je muka hang" - Che Ta tegur Aaisyah sebab...
Aaisyah sentiasa mahu kelihatan cantik biarpun dalam keadaan tidur.

Che Ta bingung IG digantung, didakwa lakukan aktiviti agresif
Rozita Che Wan bingung dan kecewa apabila IG digantung atas alasan kononnya melakukan aktiviti agresif sejak 15 September lalu.

20 tahun menunggu, Hafiz Nafiah akhirnya arahkan filem sulung 'Mat Kola'
Hafiz berkata, filem Mat Kola terbitan AA Success Pictures Sdn Bhd itu cukup bermakna kerana sudah lama menanti peluang mengarah filem pertama.

Hadiah bermakna buat Che Ta di usia 50 tahun, berpindah ke banglo mewah RM10 juta
Banglo yang terletak di Petaling Jaya itu akhirnya siap juga selepas empat tahun hadapi pelbagai masalah.