Biarpun sudah mencipta nama di Indonesia, pelakon Bront Palarae belum terfikir untuk berhijrah ke negara jiran itu seperti yang dilakukan rakan-rakan pelakon yang lain.
Kata Bront, buat masa ini, dia selesa berkongsi bakat dengan peminat di tanah air sendiri, dan mahu terus berbakti kepada industri seni tempatan.
"Saya rasa kehadiran saya masih diperlukan di sini, dan saya mahu terus bekerjasama dengan pengkarya di tanah air sendiri.
"Dalam masa yang sama, saya juga akan sentiasa mencari peluang untuk bekerja dengan penggiat seni di luar negara, termasuk Indonesia kerana saya percaya, sebagai pelakon saya perlu sentiasa mencabar diri sendiri untuk cuba sesuatu di luar kebiasaan," kata Bront.
Bront ditemui di majlis Tayangan Gala filem Ayat-Ayat Cinta 2 di GSC Pavilion, pada Isnin.
Bawa watak tentera Israel, saya tahu batas saya - Bront
Ditanya tentang watak Baruch, seorang tentera Israel yang dibawanya dalam filem tersebut, Bront mengakui tertarik dengan karakter tersebut yang disifatkan sebagai peluang sekali seumur hidup.
"Susah nak dapat watak sebegitu di Malaysia. Jadi apabila ditawarkan, saya tahu saya perlu menerimanya," ujarnya.
Bront juga berharap tidak ada pihak yang akan menjadikan watak yang dipegangnya itu sebagai isu.
"Saya hanya melakonkan watak itu dari sudut pandangan mereka (tentera Israel), tiada kena mengena dengan akidah dan pegangan agama saya sebagai orang Islam.
"Penulis novel ini dan pengarah filem ini juga tahu saya beragama Islam, malah mereka sendiri beragama Islam. Tak mungkin mereka akan tawarkan watak itu kepada saya jika tidak sesuai, dan saya sendiri tahu batas saya," tambahnya.
Selain Bront, seorang lagi pelakon Malaysia yang turut membintangi filem itu ialah Nur Fazura yang memegang watak Brenda.
Ayat-Ayat Cinta 2 dibintangi Fedi Nuril, Dewi Sandra, Chelsea Islan dan Tatjana Saphira sebagai teraju utama, dan akan mula ditayangkan di Malaysia 11 Januari ini.
Madiha Abdullah
Tue Jan 09 2018
Bront bersama pelakon-pelakon Ayat-Ayat Cinta 2 selepas Tayangan Gala filem itu di GSC Pavilion. - Instagram Antenna Ent
Polis serah kertas siasatan isu jenaka 'ham' kepada Pejabat Peguam Negara esok
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan kertas siasatan berhubung isu jenaka 'ham' yang didakwa menghina agama Islam kepada Pejabat Peguam Negara esok untuk tindakan lanjut.
Selangor sedia beri bantuan persekolahan kepada anak-anak pengikut GISB
Kerajaan negeri bersedia memberikan bantuan persekolahan sewajarnya kepada anak-anak pengikut GISB sekiranya mereka mengikuti pendidikan di sekolah kerajaan.
AWANI Borneo [27/1/2025] – Video Tular | Pemilihan PBB | Trash To Cash
Tumpuan AWANI Borneo 27 Jan 2025 bersama Jasmine Abu Bakar
- Wanita warga emas maut diserang anjing liar di Kudat
- Lima jawatan tertinggi PBB tidak akan dipertandingkan
- Trash to Cash, usaha MPS & IJM Land jadikan Sandakan bandar mesra alam sekitar
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Wanita warga emas maut diserang anjing liar di Kudat
- Lima jawatan tertinggi PBB tidak akan dipertandingkan
- Trash to Cash, usaha MPS & IJM Land jadikan Sandakan bandar mesra alam sekitar
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
Kepengerusian ASEAN: PBT di Selangor perlu pastikan kebersihan, kemudahan ditahap terbaik - MB
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu memastikan semua kemudahan dan kebersihan di seluruh Selangor berada pada tahap terbaik sempena Kepengerusian ASEAN 2025.
Tiada penyesalan, suspek bunuh dan kerat Uswatun Khasanah nyanyi lagu 'Sephia' ketika soal siasat
Pihak berkuasa menyiarkan siasatan secara langsung di TikTok, dan Antok mengaku hubungan mereka sudah terjalin selama tiga tahun.
Suami isteri maut, motosikal berkuasa tinggi terbabas ketika konvoi di Thailand
Mohd Sofi Ismail dan isteri, Zaimima Ismail, masing-masing berusia 43 tahun, meninggal dunia di lokasi jam 9 pagi waktu tempatan.
Pasaran getah ditutup rendah, jejaki pasaran serantau
Pasaran getah tempatan ditutup rendah pada Isnin, menjejaki trend dalam pasaran niaga hadapan getah serantau disebabkan peniaga dipengaruhi oleh data ekonomi China yang lemah.
Usaha MPS & IJM land jadikan sandakan bandar mesra kitar semula
Program Trash to Cash (TTC) anjuran Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) terus memperkukuhkan kesedaran masyarakat terhadap amalan kitar semula.
Sarawak terus anjur kejohanan sukan berprestij
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penganjuran acara sukan berprestij ini bukan hanya fokus kepada naik taraf fasiliti pada masa sama menyokong ekosistem industri pelancongan.
Warisan ambil pendekatan turun padang, dekati rakyat
Warisan mendakwa masih mempunyai sokongan kuat di peringkat akar umbi dengan pendekatan sentiasa turun padang dan melihat sendiri keadaan rakyat. Ahli Majlis Tertinggi Warisan, Alias Sani yakin dengan pendekatan itu sokongan rakyat terhadap parti Warisan akan meningkat
Cipta nama di Indonesia, Bront Palare belum terfikir berhijrah
Bront mahu terus berkongsi bakat dengan peminat di tanah air sendiri, dan berbakti kepada industri seni tempatan.