FESTIVAL Filem Malaysia Ke-30 (FFM30) telah melabuhkan tirainya malam tadi. Filem One Two Jaga arahan Namron telah dinobatkan sebagai Filem Terbaik dalam acara berprestij itu.
Manakala, filem Munafik 2 pula telah meraih Anugerah Filem Box Office dengan jumlah kutipan sebanyak RM37,797,423.00.
Berlangsung di Pusat Konvensyen Antrabangsa Putrajaya (PICC), acara ini dimeriahkan dengan kehadiran penggiat seni tempatan antaranya Datin Paduka Umie Aida, Fauziah Ahmad Daud, Datin Seri Tiara Jacquelina, Ashraf Muslim, Keith Foo, Datin Diana Danielle dan ramai lagi.
Seperti biasa, acara gilang gemilang sebegini akan menyaksikan pelbagai perkara menarik dan gelagat artis tempatan yang menarik perhatian.
Di sini, Gempak kongsikan kepada anda corat-coret FFM30, antaranya :
1. Suasana Sibuk Sebelum Acara Bermula
Tetamu dan selebriti tempatan mula memasuki ruang dewan sekitar jam 8.15 malam, semuanya sibuk mencari tempat duduk masing-masing seakan tidak sabar menantikan acara itu bermula.
2. Persembahan Pembukaan Yang Menghangatkan Suasana
Jaclyn Victor berjaya membuka tirai acara itu dengan menyanyikan lagu 'throwback' nyanyian asal Fauziah Ahmad Daud iaitu Wajah Rahsia Hati diikuti kemunculan Datin Alyah yang berduet bersamanya untuk lagu Sangkar Cinta.
3. Gimik Nabil Tarik Perhatian!
Nabil yang mengacarakan FFM30 bersama Adibah Noor malam tadi menarik perhatian apabila muncul dengan gimik muka ditutup dan tangannya diikat pada sebuah kerusi berlatar belakangkan lagu Evo nyanyian Joe Flizzow, ramai penonton terhibur melihat gelagatnya.
4. Unsur Jenaka Afdlin Shauki
Datuk Afdlin Shauki sememangnya tidak pernah gagal berjenaka, penonton tertawa dengan kata-katanya ketika menyampaikan salah sebuah kategori yang dipertandingkan malam tadi, antaranya dia mengatakan mahu menjadi anak angkat kepada Datuk Yusuf Haslam.
5. Adibah Noor Tak Nak Kalah!
Ketika mengacarakan acara tersebut, Adibah Noor tampil memegang ular mainan dan tengkorak seakan-akan watak yang dilakonkan Datin Seri Umie Aida dalam filem Dukun, penonton tertawa melihat kerenahnya!
6. Imej Anak Nabila Huda Curi Perhatian
Anak kepada Nabila Huda, Keisha Laila mencuri perhatian ramai apabila apabila tampil berpakaian tradisional Melayu seperti yang selalu digayakan oleh ibunya itu. Nabila tidak dapat hadir dan Keisha telah mewakilinya ke pentas untuk menerima anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik bagi filem Makrifat Cinta.
7. Keunikan Penyampaian Kategori Lagu Tema Terbaik
Kelainan ditonjolkan ketika menyampaikan pencalonan untuk kategori Lagu Tema Terbaik. Calon-calon tidak ditunjukkan dalam VT atau dibacakan, namun ia dipersembahkan dalam nyanyian yang disampaikan oleh Zizi Kirana, Billy Zulkarnain dan Nicole Lai.
8. Kemunculan Datuk Seri Siti Nurhaliza...Makin Happening!
Suasana semakin meriah apabila penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza muncul dengan persembahan berprestij menyanyikan lagu Joget Berhibur dan Joget Kasih Tak Sudah.
9. Fattah Amin & Fazura Tampil Menyampaikan Anugerah...Sweet Couple!
Pasangan merpati dua sejoli, Fattah Amin dan Fazura tampil menyampaikan anugerah bagi kategori Anugerah Khas Juri. Kedua-duanya kelihatan mempersonakan dalam persalinan Rizman Ruzaini.
10. Persembahan Tribute Untuk Penggiat Seni Yang Telah Pergi
Dalam keseronokan meraikan penggiat seni yang masih ada, FFM 30 tidak lupa untuk mengenang jasa penggiat seni yang telah pergi meninggalkan kita. Lagu Pelangi Petang yang dipersembahkan oleh Innuendo dan Flag Nation didedikasikan khas kepada pelakon dan penyanyi seperti Tan Sri Jins Shamsuddin, Zaibo, Pak Ngah, Norma Alang, Saleem dan ramai lagi.
Teks: Asraf Aided
Gempak
Sun Mar 31 2019

Seperti biasa, acara gilang gemilang sebegini akan menyaksikan pelbagai perkara menarik dan gelagat artis tempatan yang menarik perhatian. - Instagram: FFM30
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Hilang tiada ganti... pemergian selebriti tanah air sepanjang 2022
Tahun 2022 menyaksikan beberapa selebriti tanah air telah pergi buat selama-lamanya.

'Arwah nampak macam diva, tapi dia sangat baik' - Kru kenang memori bersama Adibah Noor
Menurut Hasliza, Adibah yang membawakan watak Datuk Null dalam HRPP merupakan seorang yang komited dan sangat setia pada watak yang diberikan kepadanya.

"Semoga terus menginspirasi kita semua" - Ini 7 kebaikan Adibah Noor dikongsi Fadzilah Kamsah
Semoga kebaikan mengalir berterusan untuknya.

Adibah Noor dari kaca mata Hetty Koes Endang
Perkara yang akan sentiasa diingat Hetty mengenai Adibah Noor ialah penyanyi itu seorang yang ceria dan humor.

Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Adibah Noor
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.

Bapa sifatkan Adibah Noor sebagai anak yang taat
Adibah Noor juga disifatkan sebagai seorang anak yang tidak kedekut dan pemurah.

Hasrat Adibah Noor terbit album jazz tidak kesampaian - Mokhzani
Mokhzani berkata, beliau bersetuju untuk menerbitkan album dengan lima buah lagu kerana sudah agak lama genre jazz Big Band tidak dikeluarkan.

Jenazah Adibah Noor selamat dikebumikan
Antara rakan selebriti yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah penyanyi dan komposer Datuk M. Nasir, Anuar Zain, Datuk Hans Isaac, dan pelakon Remy Ishak.

Adibah Noor tak pernah mengadu tentang diri, sentiasa 'okay' - Hans Isaac
Malah, ujar Hans, Adibah begitu jarang bercakap mengenai perihal dirinya.

Kenalan artis hadir, beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham Adibah Noor
Antara yang terawal tiba ialah penyanyi terkenal Ziana Zain dan adiknya, Anuar Zain