Debaran pencarian penyanyi cover terbaik tanah air kini semakin terasa apabila keputusan senarai pendek peserta yang berjaya mara ke peringkat seterusnya bakal diumumkan petang ini.
Pertandingan Cover Star ERA yang bermula sejak 2 April lalu telah mendapat kira-kira 10,000 penyertaan di Instagram dengan pelbagai gaya olahan muzik namun hanya sembilan peserta sahaja yang bakal dipilih untuk melepasi sesi saringan yang seterusnya.
Peserta yang layak ke pusingan seterusnya akan berpeluang untuk berguru dengan penyanyi terkenal tanah air seperti Sufian Suhaimi, Hael Husaini, Khai Bahar dan Syamel yang turut menjadi juri mengadili mereka sepanjang pertandingan.
Penonton boleh menyaksikan ujibakat Cover Star Era yang akan bersiaran secara langsung menerusi Facebook Live mereka bermula jam 2 petang ini.
Terdahulu, peserta dikehendaki memuat naik video berdurasi satu minit di laman sosial Instagram menggunakan hashtag #CoverStarERA bagi membolehkan penyertaan mereka ditonton oleh para juri.
Cover Star Era ini menguji daya kreativiti peserta apabila mereka perlu memilih lagu dari senarai yang disediakan dan mempersembahkan lagu tersebut bersama alat-alat muzik pilihan mereka.
Wafa Aula
Tue Apr 17 2018

Peserta yang layak ke pusingan seterusnya akan berpeluang untuk berguru dengan penyanyi terkenal tanah air seperti Hael Husaini, Khai Bahar dan Syamel. - Astro Gempak

Letupan periuk api ragut 4 nyawa di Hodeidah, Yemen
Empat individu, termasuk seorang kanak-kanak, terkorban dalam bencana letupan periuk api di wilayah barat Yemen, Hodeidah, kata pegawai perubatan tempatan pada Khamis.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi hari ketiga berturut-turut
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.4230/4270 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4270/4320 pada Rabu.
AWANI Ringkas: Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Dewan Rakyat labuh tirai, 10 RUU diluluskan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KPDN Perak pertingkat pemantauan sepanjang Op Pantau 2025
Pemantauan itu akan terarah kepada bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya, serta kedai runcit yang menjalankan perniagaan melibatkan barangan keperluan harian.

Kerajaan komited tingkat kualiti kurikulum prasekolah 2026
Kerajaan komited dalam memastikan kurikulum prasekolah yang dihasilkan berkualiti, relevan dan setanding dengan kurikulum negara lain.
AWANI Tonight: Govt introduces special passes for investors, expats
The government will introduce special passes for investors and expatriates on April 1, allowing easier and faster entry for business and investment purposes.
AWANI Tonight: UMNO denies links to MACC probe into Ismail Sabri
UMNO denied links to the MACC’s investigation into Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. The ex-PM was due to give his statement tomorrow but it has been postponed to next week as he is on MC.
AWANI Tonight: Marriott Bonvoy launches 'The Malaysian Kitchen' to celebrate local food heritage
Marriott Bonvoy Hotels and Resorts across Malaysia have launched The Malaysian Kitchen, a year-long culinary initiative celebrating the country’s diverse food heritage.

Arang batu kekal sumber utama penjanaan elektrik negara kerana kos rendah - Akmal Nasrullah
Kerajaan masih mengekalkan arang batu sebagai sumber utama penjanaan elektrik negara kerana kos penghasilannya yang lebih murah.

Cover Star ERA: Siapakah 9 peserta yang bakal berentap bergelar bintang?
Debaran pencarian penyanyi cover terbaik tanah air kini semakin terasa apabila keputusan senarai pendek peserta yang berjaya mara ke peringkat seterusnya bakal diumumkan petang ini.