CUMI.. Cumi... Cumi, 36 kali diungkapkan dalam lagu terbaharu Nabila Razali, Pematah Hati namun ramai yang tertanya-tanya apakah makna perkataan itu.
Jika di Indonesia, perkataan cumi-cumi bermaksud hidupan laut seperti sotong dan sering menjadi pilihan untuk juadah enak pelbagai cara.
Namun, apakah perkaitan cumi dalam lirik lagu Pematah Hati?
Kata Nabila, cumi merupakan ringkasan ayat 'Cuba Miss Call' yang dipendekkan untuk menyedapkan sebutan.
"Ramai yang panggil lagu Pematah Hati ini lagu Cumi Cumi, bagi saya tiada masalah pun sebab ia sedikit sebanyak memberi publisiti untuk lagu saya.
"Cumi bermaksud Cuba Miss Call, sama seperti Curahan Hati yang dipendekkan menjadi CurHat.
"Tiada kena mengena pun dengan makanan atau hidupan laut seperti yang sering orang salah anggap," jelas Nabila kepada Astro Gempak.
Pernah pada mulanya lirik 'cumi' yang diulang-ulang pada rangkap lagu Pematah Hati mahu ditukar menjadikan lirik panjang namun Nabila enggan mengubah karya ciptaan Hael Husaini itu.
"Cumi yang diulang berkali-kali kedengaran comel pula, jadi saya rasa lebih baik kekalkan lirik ini untuk nampak unik dan berbeza," tambah Nabila.
Lagu Pematah Hati menjawab kontroversi hubungan cinta Nabila dan pelakon kacak Aedy Ashraf yang mula heboh diperkatakan sejak awal November lalu.
Aedy menjadi pelakon utama dalam muzik video Pematah Hati nyanyian Nabila yang sudah dilancarkan semalam.
Teks oleh: Amri Hassan
Gempak
Thu Nov 30 2017

Nabila Razali kekalkan perkataan 'cumi' bagi menjaga keaslian karya Hael Hussaini.

KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
JPN dan pihak sekolah juga sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan agar penjualan dalam radius 40 meter dari pagar sekolah tidak berlaku.

Kematian kanak-kanak tercekik 'gummy' tiada unsur jenayah - Polis
Polis mengesahkan kematian kanak-kanak berusia 10 tahun, Mohammad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin selepas didakwa tercekik gula-gula gummy, tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

Situasi kusta di Kuala Pilah terkawal, pesakit tidak perlu lagi diasing - KKM
KKM memberi jaminan situasi kusta di Kuala Pilah dalam keadaan terkawal dan pesakit kusta tidak perlu diasingkan susulan terdapat rawatan berkesan bagi penyakit itu.

90 peratus penduduk Syria hidup dalam kemiskinan selepas bertahun-tahun perang saudara
Perang saudara selama 14 tahun di Syria telah menyebabkan 618,000 nyawa terkorban dan 13,000 orang hilang secara paksa.
AWANI Ringkas: 'Gummy' mata - Jabatan Kesihatan Pulau Pinang siasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

New York saman pengedar vape jual e-rokok kepada kanak-kanak
New York pada Khamis menyaman beberapa pengedar rokok elektronik terbesar di negara itu, menuduh syarikat itu melanggar undang-undang negeri yang melarang penjualan vape kepada kanak-kanak.

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.

X naikkan harga langganan X Premium+ sekali lagi, kini RM177 sebulan
X telah meningkatkan harga langganan untuk pelan X Premium kepada RM177 sebulan, selepas peningkatan sebelumnya pada Disember 2024.

Warga emas hilang ketika memancing ditemukan lemas
Mayat mangsa dijumpai oleh orang awam selepas timbul di Jeti Pink Rompin pagi ini pada jarak 2.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Veteran DAP, Kulasegaran tarik diri pemilihan parti
M Kulasegaran mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

Astro Shaw umum watak ikonik kembali dalam filem Kahar: Kapla High Council
Astro Shaw mendedahkan nama-nama daripada siri premium popular Project High Council yang dikembalikan untuk filem prekuel ini.

Aedy Ashraf bersuara spekulasi berkait Daiyan Trisha, Ahirine Ahiruddin
Aedy berkata tulisan dalam sebuah buku yang diterbitkan seorang rakan industri tidak mempunyai sebarang kaitan dengan dirinya seperti yang didakwa sesetengah pihak.

'Saya selesa dengan dia' - Aedy serah urusan jodoh bersama Amelia pada takdir
Aedy Ashraf meluahkan rasa syukur apabila hubungannya dengan aktres Amelia Henderson direstui direstui peminat.

'Saya bukan tumpang populariti Aedy Ashraf' - Daiyan Trisha
Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha menegaskan antara dia dengan Aedy Ashraf adalah kawan biasa.

'Projek: Anchor SPM' cipta fenomena, penonton desak mahu musim kedua
Bukan sahaja mendapat kadar rating yang tinggi malah, penonton setia juga mendesak agar drama bersiri itu disambung untuk musim yang kedua.

'Projek: Anchor SPM' bukan 'Bad Genius' kerana...
Siapa dah bersedia nak ambil SPM balik?

'Saya harap jangan tercari-cari Putri, kerana ...'- Fazura jelas mengapa tiada dalam 'Gol & Gincu' 2
Fazura berkata dia ada sebab mengapa tidak berlakon dalam filem GG2 meskipun pernah terlibat dalam Gol & Gincu sebelum ini dengan watak Putri.

Bintang iklan 'Dugaan Raya Aida' antara pelakon '3 Gadis Manis' musim terbaharu
Mengekalkan konsep penceritaan serupa, musim terbaharu ini akan mengetengahkan kisah yang berbeza namun masih dalam genre komedi santai.

Cumi Cumi Cumi... Tahu nyanyi tak tahu maksud, ini makna lirik 'Pematah Hati'
36 kali perkataan 'cumi' diungkapkan dalam lagu terbaharu Nabila Razali, Pematah Hati namun ramai yang tertanya-tanya apakah makna perkataan itu.