PELAKON Remy Ishak tidak menolak kenyataan setiap orang bujang mengimpikan untuk berkahwin, begitu juga dengan dirinya.
Remy berkata dia belum bersedia untuk bercakap atau memikirkan soal jodoh lagi buat masa sekarang.
“Rasanya semua orang bujang pun merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat bila jodoh dah sampai…betul tak?
“Tapi kita hanya merancang, dah benda belum ada sekarang, jadi saya tunggu sahajalah,” katanya.
Tambah Remy lagi, dia masih lagi berusaha untuk melengkapkan hidup bergelar seorang suami suatu hari nanti.
“Saya sentiasa berusaha untuk pergi ke ‘next level’ tapi, belum ada rezeki lagi buat masa ini. Saya tidak mahu berharap sangat kerana ia boleh membuatkan saya menjadi seorang yang pemarah.
“Ya la, bila benda tak jadi kita akan berfikir dalam keadaan emosi yang tidak stabil atau ‘full of anger’, itu kan tidak bagus?
“Jadi saya hanya berserah kerana pernah merancang beberapa kali dan tidak jadi sebelum ini. Percayalah pada takdir Allah SWT bahawa jodoh dan ajal itu sudah disusun,” katanya ketika ditemui HLive! baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, Remy kini sedang sibuk dengan rangka promosi filem Sangkar, arahan pengarah popular Khabir Bhatia.
BACA: "Pada yang ingin melawat boleh datang..." - Remy Ishak kena belasah?
Filem yang menampilkan empat penerbit gergasi iaitu Primeworks Studios dan Astro Shaw bersama syarikat produksi Infinitus Gold dan mm2 Entertainment sudah mula menemui penonton bermula 29 Ogos (hari ini).
Remy bergandingan dengan seorang lagi pelakon tersohor negara, Zul Ariffin.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Gempak
Fri Aug 30 2019

Remy berkata dia belum bersedia untuk bercakap atau memikirkan soal jodoh lagi buat masa sekarang.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 27 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

MMM bolehkan media di negara ini jalankan tugas lebih berkesan - Fahmi
Konsep kawal selia kendiri dalam RUU itu menjadi satu indikator bahawa industri media di negara ini adalah sihat.

Utusan Sarawak tamat era cetakan selepas hampir 80 tahun, beralih ke platform digital
Akhbar Utusan Sarawak dan Mingguan Sarawak akan menghentikan penerbitan edisi cetak mulai esok selepas penerbitannya bermula pada tahun 1949.

Chow Kon Yeow kekal terajui Majlis Pimpinan PH Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang bagi tempoh 2024-2026.

Bekas Pengerusi 1MDB diasak soalan berhubung kenyataan bukan proksi Najib
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, 75, diasak dengan soalan pasukan pendakwaan berkaitan kenyataan beliau bukan proksi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mogok di Lapangan Terbang Munich jejaskan 80 peratus penerbangan
Syarikat penerbangan membatalkan 80 peratus penerbangan berjadual pada Khamis dan Jumaat.

Buka aib pasangan di media sosial bawa fitnah, perpecahan dalam keluarga - Mohd Na'im
Perbuatan membuka aib pasangan di khalayak ramai terutama di media sosial bertentangan dengan ajaran Islam serta nilai-nilai murni masyarakat.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dewan Rakyat lulus usul Laporan Ketua Audit Negara 1/2025
Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025 Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2023.

'Histeria' kembali menghantui, bongkar misteri kematian pelajar sekolah
Episod pertama "Histeria the Series" akan ditayangkan secara serentak di saluran Astro Citra dan Astro Ria pada jam 9 malam, 6 Jun ini.

'Dah usaha tapi belum ada rezeki' - Remy Ishak belum fikir soal jodoh
Remy berkata dia belum bersedia untuk bercakap atau memikirkan soal jodoh lagi buat masa sekarang.

Menghiburkan! 'Sangkar' bukan sekadar filem aksi MMA
Secara keseluruhan 'Sangkar' merupakan filem yang harus ditonton, baik anda seorang penggemar MMA ataupun bukan.

Hantu Kak Limah bakal disambung?
Penerbit Eksekutif Infinitus Gold, Gayatri Su-lin Pillai memberi bayangan naskhah berkenaan akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.

Gempak! 'Hantu Kak Limah' pecah panggung catat kutipan RM20.5 juta
Filem 'Hantu Kak Limah' (HKL) terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold terus mencetuskan fenomena apabila mencipta rekod ke-4 dengan memungut RM20.5 juta dalam tempoh hanya 11 hari tayangan.

Buat hal betul! Paling susah berlakon sebelah Ropie - Zul Ariffin
Pelakon Zul Ariffin mengakui berdepan kesukaran apabila berada di sebelah Ropie sepanjang penggambaran filem Hantu Kak Limah.

Filem Hantu Kak Limah raih RM1.8 juta di hari pembukaan
Filem francais komedi seram, Hantu Kak Limah catat sejarah selepas meraih kutipan tertinggi berjumlah RM1.8 juta pada hari pembukaannya semalam.