Pempengaruh media sosial, Ubai akui pernah menjadi peminat Shila Amzah, 33, dalam diam sejak tahun 2011 iaitu ketika dia masih di bangku sekolah.
Kata Ubai atau nama lengkapnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, dia terpaksa mengumpul duit sekolah untuk membeli salah satu album Shila yang kini sah menjadi isterinya.
“Masa tu saya sekolah di tingkatan 1. Jadi ketika itu saya dapat duit belanja RM3 dan setiap hari saya akan simpan 50 sen untuk saya kumpul sampai dapat beli album Shila.
“Saya memang suka pada dia sejak dia berduet dalam 3 Suara bersama Jaclyn Victor dan Ning Baizura. Sejak daripada itu saya meminatinya.
“Bila sudah bekerja dalam bidang media, saya cuba mencari jalan untuk berjumpa dengan dia sebelum berkomunikasi dengannya melalui live TikTok.
“Alhamdulilah kini dia sudah menjadi isteri saya, tak sangka perjalanan itu sangat indah,” katanya kepada Gempak.
Ubai yang juga penerbit kandungan digital Gempak ditemui bersama Shila selepas majlis akad nikah mereka di Boathouse, Ampang, Kuala Lumpur semalam.
Sementara itu, Shila sempat berkongsi cerita daripada arwah ibu mentuanya mengenai fanatiknya Ubai ketika dahulu memintinya sebagai penyanyi
"Masa 2014, Ubai in sebenarnya memang peminat saya... lepas itu dia beli album saya. Arwah mak beritahu dulu dia sampai nak pengsan terpaksa dengar lagu Shila Amzah.
"Sebab dalam perjalanan dari Kuala Lumpur sampai ke Kelantan, memang lagu Shila saja yang dia pasang...bayangkanlah dari KL ke Kelantan lagu Shila sahaja.
"Malah Ubai siap letak gambar profil Facebook dia foto saya," kongsinya.
Berkongsi mengenai Ubai, Shila memberitahu dia mahu membuka lembaran baru bersama jejaka itu mengecapi Bahagia serta membesarkan anaknya, Seth, 4.
“Saya mahu mebuka lembaran baharu dengan Ubai, segalanya baharu dengan dia. Saya percaya dia boleh membahagiakan saya dan anak-anak.
“Seth juga sudah mula biasa dan rapat dengan dia dan saya berharap kami akan kekal hidup bersama buat selamanya,” katanya.
Sementara itu, bercakap soal zuriat, Shila dan Ubai tidak menolak rezeki sekiranya dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat ini.
"Kami tiada perancangan khusus berkaitan anak sebab bagi saya, kalau ada Alhamdulillah.
"Kami 'sekufu' bab ini... untuk urusan anak, seandainya ada rezeki kami tidak menolak, katanya.
Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Amir Amzah Salleh atau ND lala dengan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Darul Ehsan Taman Tun Razak Ampang, Mohamad Khairi Hussein.
Untuk rekod, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun hubungan mereka berakhir dengan penceraian pada Februari 2022.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia empat tahun. - Gempak
Gempak
Sun Aug 06 2023
![Dari peminat jadi suami, Ubai sanggup kumpul duit belanja sekolah nak beli album Shila Amzah Dari peminat jadi suami, Ubai sanggup kumpul duit belanja sekolah nak beli album Shila Amzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691314098_TBubai.jpg)
Kata Ubai, dia terpaksa mengumpul duit sekolah untuk membeli salah satu album Shila yang kini sah menjadi isterinya. - Gambar Gempak
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak berkali-kali
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
Dua beradik berusia 10, 15 tahun hilang dari rumah
Dua beradik berusia 10 dan 15 tahun hilang selepas keluar dari sebuah pangsapuri dekat Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor sejak Khamis lalu.
![Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738745035_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714357801_PalestinesPresiden.jpg)
Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air
Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Sabtu menegaskan penolakannya terhadap sebarang usaha untuk memindahkan rakyat Palestin dari tanah air mereka.
![Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup keluar 6,000 liter minyak petrol di Kudat Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup keluar 6,000 liter minyak petrol di Kudat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739630318_MaritimMalaysiagag.jpg)
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup keluar 6,000 liter minyak petrol di Kudat
Bot serta barang rampasan yang dianggarkan bernilai hampir RM60,000 dibawa ke Jeti Marina Kudat untuk siasatan lanjut.
AWANI Ringkas: bakal haji wajib suntik vaksin meningococcal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Pihak berkuasa Israel bebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin Pihak berkuasa Israel bebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739630242_Palestinianprisoner.jpg)
Pihak berkuasa Israel bebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin
Pihak berkuasa Israel membebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin pada Sabtu, selaras dengan perjanjian gencatan senjata di Gaza.
![PM Anwar bantu tampung sebahagian kos rawatan bayi 10 bulan hidap mutasi genetik PM Anwar bantu tampung sebahagian kos rawatan bayi 10 bulan hidap mutasi genetik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739629283_AhmadFarhanFauzi.jpg)
PM Anwar bantu tampung sebahagian kos rawatan bayi 10 bulan hidap mutasi genetik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan bagi menampung sebahagian kos rawatan Sophie Abdul Raof, bayi berusia 10 bulan yang menghidap komplikasi mutasi genetik SCN8A.
![Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739630205_MuhammadBasirAbuB.jpg)
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak pekerja Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak pekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739626080_TetakMautShahAl.jpg)
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak pekerja
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Shah Alam.
![Dari peminat jadi suami, Ubai sanggup kumpul duit belanja sekolah nak beli album Shila Amzah Dari peminat jadi suami, Ubai sanggup kumpul duit belanja sekolah nak beli album Shila Amzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691314098_TBubai.jpg)
Dari peminat jadi suami, Ubai sanggup kumpul duit belanja sekolah nak beli album Shila Amzah
Pempengaruh media sosial, Ubai akui pernah menjadi peminat Shila Amzah, 33, dalam diam sejak tahun 2011 iaitu ketika dia masih di bangku sekolah.