JUTAWAN kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman mengumumkan kerjasama beliau dengan jenama terkemuka, Louis Vuitton (LV) untuk menghasilkan produk beg tangan jenama sendiri, iaitu DSV-LV.
Usahawan itu, yang lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida atau DSV, berkata rekaan mengikut tempahan itu akan tersedia untuk pasaran Asia Tenggara menjelang tahun depan.
Vida memiliki lebih 100 beg tangan LV tempahan khusus yang boleh dilihat menerusi gambar di akaun Instragram beliau.
"Setengah-setengah pihak menuduh saya menunjuk-nunjuk kekayaan saya, namun sebenarnya, ia adalah bentuk promosi, iklan awal mengenai apa yang akan ada selepas ini.
"Semua orang tahu saya sangat sayangkan beg tangan saya, tetapi saya tidak mempunyai keupayaan untuk menghasilkan produk beg tangan saya sendiri, memandangkan membuat beg tangan bukan kepakaran saya.
"Jadi, setakat ini, ia akan dilaksanakan melalui kerjasama dengan LV," katanya kepada pemberita Malaysia di sini, selepas temu bual dengan V Radio FM di sini.
Vida berkata, beliau meminati beg tangan yang dihasilkan mengikut tempahan dan edisi terhad atas faktor keunikan dan produk itu jarang berada di pasaran, serta mempunyai nilai jualan semula yang tinggi.
"Saya akan membuat rekaan yang cantik, jarang (ada di pasaran) dan unik, khusus untuk peminat saya di Asia Tenggara. Beg itu mesti ada 'bling' dan bersilang," katanya semasa temu bual dalam segmen "Bangun Pagi" di stesen radio tersebut.
Vida kini berada di Jakarta untuk mempromosikan lagi produk kosmetiknya di pasaran Indonesia, serta melancarkan buku beliau di Pesta Buku Antarabangsa Indonesia esok.
Buku beliau, "I AM ME: Rahsia Niaga DS Vida" yang diterbitkan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) itu juga boleh didapati secara dalam talian di laman web ITBM, itbm.com.my.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 08 2017

Datuk Vida umum kerjasama dengan jenama Louis Vuitton. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.

Peti besi, jongkong emas milik pempengaruh ditemukan di dasar sungai
Polis berjaya menemukan semula peti besi yang mengandungi empat jongkong emas milik seorang pempengaruh, yang "disembunyikan" di dasar Sungai Sembrong, Batu Pahat, Johor.

Beg tangan persis 'LV' lebih kecil dari sebutir garam dilelong pada harga AS$63,000
Sebuah beg tangan kecil berukuran kurang daripada 0.03 inci lebar dijual pada harga lebih AS$63,000 (RM294,052) dalam sesi lelongan dalam talian, Rabu lalu.

Bukan sekadar perhiasan, aksesori dan kasut tampil personaliti diri
Pemilihan aksesori seperti barangan kemas, beg tangan, cermin mata hitam, jam dan kasut, lazimnya dipengaruhi trend semasa.

Beg tangan, kasut, milik Rosmah dan Nooryana adalah hadiah dari rakan, orang kenamaan
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa, 263 buah beg tangan yang disita pihak polis di kediaman Najib Razak berkaitan penyelewengan dana 1MDB, adalah hadiah daripada rakan dan orang kenamaan.

Tidak tepat kata Najib ada kawalan langsung ke atas 1MDB - Peguam
Beliau berkata demikian ketika berhujah pada prosiding pelucuthakan membabitkan kerajaan terhadap Najib dan 17 lagi di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.

Polis buru dua suspek cubaan ragut di Bandar Sri Damansara
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Nik Ezanee Mohd Faisal berkata kejadian itu telah dirakam netizen menerusi kamera yang dipasang pada sebuah kereta.

Pasangan warga emas cedera diragut selepas pulang dari dengar ceramah
Pasangan itu baru pulang daripada mendengar kuliah agama di sebuah pasar tani iaitu Pasar Selasa di Kampung Kedai Menanti, Pasir Puteh.

Polis tahan dua suspek kes curi tular di media sosial
Suspek pertama ditangkap oleh orang awam di lokasi kejadian setelah mangsa seorang wanita berusia 56 tahun menjerit meminta bantuan sejurus selepas suspek mencuri beg mangsa di atas meja makan.

Cubaan ragut beg tangan, mangsa terseret lima meter
Dalam kejadian jam 10.40 pagi itu, mangsa yang berusia 57 tahun dan berasal dari Taman Tanjong Chat, dekat sini, didekati satu kenderaan jenis Proton Waja selepas membeli belah di pasar Wakaf Bharu.