ANAK bongsu Datuk Yusof Haslam, pengarah filem Syafiq Yusof telah menimang cahaya mata sulungnya kira-kira pukul 3 petang, Jumaat.
Syafiq telah memuat naik foto bayi perempuannya yang dinamakan Nuur Jannah itu di akaun Instagram (IG) dua jam yang lalu dengan kapsyen, “Alhamdulillah... Syukur Ya Allah Ya Robb Ya Rahman... syukur atas kelahiran anak pertama saya Nuur Jannah #babygirl ayah dan ibu sayang sangat2 kamu Jannah!!!”
Foto si comel itu telah dihujani ucapan tahniah daripada para pengikut IG termasuk rakan-rakan artis dan ada juga yang menggelarkan Jannah sebagai Baby New Year.
Nuur Jannah juga merupakan cucu ke-empat kepada Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail.
Syafiq telah mendirikan rumah tangga dengan Aeisha Zainal pada 5 April 2014.
Dalam perkembangan lain, Syafiq kini sedang sibuk dengan penggambaran filem terbarunya, ‘Abang Long Fadil 2’.
Abang Long Fadil 2 merupakan filem pertama yang melibatkan kerjasama Skop Production dan Astro Shaw.
Kepada Datuk Yusof, Datin Fatimah, Syafiq Yusof dan isteri, tahniah dari Astro Gempak!
Gempak
Fri Jan 01 2016

Nuur Jannah juga merupakan cucu ke-empat kepada Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail.

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.
Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak akan diumum November
Kementerian Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak akan mengeluarkan senarai kursus ijazah sarjana muda yang terbabit dalam skim pendidikan tinggi percuma negeri itu pada November nanti.
STEM Catalyst-Raspberry Pi diperluas ke 130 sekolah rendah di Sarawak
Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, inisiatif STEM Catalyst-Raspberry Pi bertujuan untuk menarik minat lebih ramai pelajar dalam bidang berkenaan.
Jumlah penerbangan di Sarawak mencukupi - Kim Shin
Menteri Pengangkutan Sarawak,Datuk Seri Lee Kim Shin berkata penekanan diberikan kepada penambahan penerbangan jika diperlukan, di samping kawalan terhadap kadar tambang agar tidak membebankan penumpang.
AirBorneo bakal miliki pesawat ATR72-600
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.
SEB beri jaminan tiada ganggua elektrik ketika aidilfitri
Ketua Pegawai Eksekutif, Sarawak Energy Berhad (SEB) Datuk Sharbini Suhaili berkata sebagai langkah intervensi awal, pihaknya turut mengaktifkan pelan kontingensi dengan memastikan sebarang gangguan dapat dipulihkan dengan pantas.

Polis terima 894 laporan terhadap Zamri Vinoth - KPN
Polis menerima 894 laporan berhubung kenyataan kontroversi pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu.
ASEAN 2025 | 12 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.

'Dulu isteri saya pernah rasa dipinggirkan, sehingga...' - Yusof Haslam
Yusof Haslam memberitahu beliau dan isteri akan menyambut ulang tahun ke-40 perkahwinan mereka pada bulan Mei ini.

Tahniah! Joe Flizzow, Marini Ramlan selamat bergelar suami isteri
Penyanyi rap dan penulis lirik terkenal tanah air, Joe Flizzow selamat mendirikan rumahtangga dengan wanita pilihan hatinya, Marini Ramlan pada Jumaat.

Datuk Yusof Haslam timang cucu keempat di Tahun Baru!
Anak bongsu Datuk Yusof Haslam, pengarah filem Syafiq Yusof telah menimang cahaya mata sulungnya kira-kira pukul 3 petang, Jumaat.