KUALA LUMPUR: Penyiar prolifik, Sir David Attenborough, akan menerima anugerah kesatria kedua peribadinya atas jasa dan sumbangan dalam dunia penyiaran.
Beliau yang kali pertama menerima gelaran tersebut pada 1985 oleh Ratu Elizabeth II, bakal menerima gelaran lebih tinggi, Knight Grand Cross of the Order of St Michael And St George.
Menerusi laporan Sky News, penganugerahan itu dikurniakan sebagai tanda terima kasih dan penghargaan atas penerbitan dokumentarinya yang menyentuh tentang pemuliharaan alam sekitar.
Pengurniaan gelaran dilaporkan akan disempurnakan oleh Prince of Wales, Putera Charles, pada majlis penghormatan yang akan disempurnakan di Istana Windsor.
Terdahulu pada sambutan acara Jubli Platinum sempena meraikan 70 tahun pemerintahan Ratu Elizabeth II di atas takhta Britain, wajah David, 96, antara yang dipaparkan dalam pertunjukan pemetaan cahaya di Istana Buckingham.
Malah Duke of Cambridge, Putera William semasa ucapannya pada acara tersebut menyifatkan David sebagai salah seorang pencinta alam sekitar yang berwawasan.
David menyertai stesen televisyen terkenal di Britain, British Broadcasting Corporation (BBC) pada tahun 1952 sebagai penerbit pelatih dan menerima peluang pertamanya menerbitkan siri dokumentari pertamanya berjudul Zoo Quest yang ditayangkan bermula 1954 sehingga 1964.
Kemudian pada 1965, beliau dilantik sebagai pengawal penyiaran dan antara individu penting yang bertanggungjawab memperkenalkan siaran televisyen berwarna di Britain.
Seterusnya beliau dilantik sebagai pengarah program untuk saluran BBC bermula 1969 sebelum membuat keputusan meninggalkan bidang pengurusan pada 1973 dan kembali menerbitkan dokumentari.
Antara dokumentari terkenal yang mendapat sentuhannya termasuk Life on Earth yang diterbitkan pada 1979, The Living Planet (1984), Life of Birds (1998), Life of Mammals (2002) dan Life on David Attenborough: A Life on Our Planet (2020).
Astro Awani
Wed Jun 08 2022
![David Attenborough bakal terima kesatria kedua atas sumbangan dalam dunia penyiaran David Attenborough bakal terima kesatria kedua atas sumbangan dalam dunia penyiaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654669747_TBDavidAttenborough.jpg)
David menyertai stesen televisyen terkenal di Britain, British Broadcasting Corporation (BBC) pada tahun 1952 sebagai penerbit pelatih. - Reuters
![Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739429889_MAJLISPENYERAHANBI.jpg)
Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im
MAIWP berkata, sebanyak RM230.63 juta telah diperuntukkan bagi tahun 2025 untuk meningkatkan modal insan, dengan RM5.8 juta adalah untuk bantuan biasiswa.
![Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000 Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739431283_NursyafiqahHermansh.jpg)
Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000
Nursyafiqah Hermanshah, 27, didakwa menipu Afreena Suhaimi, 33, sehingga mendorong mangsa membayar wang berjumlah RM105,380 kepada tertuduh melalui 26 transaksi ke lima akaun berbeza.
[TERKINI] Harga lantai belian padi diselaras RM1,500 per tan metrik berkuat kuasa Ahad ini
Kerajaan bersetuju menyelaraskan harga belian lantai padi kepada RM1,500 per tan berbanding RM1,300 per tan berkuat kuasa Ahad ini.
![Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739429986_tbFahmiFadzilDewan.jpg)
Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.
AWANI Ringkas: PPR: RM185 juta diperuntuk baik pulih
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739427948_tbAnwarIbrahimmel.jpg)
PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM
Kerajaan telah memperuntukkan RM185 juta untuk projek baik pulih 358 Program Perumahan Rakyat (PPR) seluruh negara tahun ini.
![4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan 4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739429620_TBTaiwanExplosion.jpg)
4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan
Insiden berlaku sekitar jam 11.30 pagi dan dipercayai berpunca daripada letupan gas membabitkan kerja-kerja perobohan di tingkat 12.
"Sebab itu Machang tidak maju" - PM Anwar
Perdana Menteri menjawab persoalan dari Ahli Parlimen Machang mengenai isu kejatuhan saham ekonomi negara.
“Saya akan kaji beberapa keperluan untuk Machang supaya Machang boleh maju sedikit lagi"katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
“Saya akan kaji beberapa keperluan untuk Machang supaya Machang boleh maju sedikit lagi"katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
![Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723548182_TBAdnanMat.jpg)
Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan
Cuepacs meminta kerajaan mempertimbangkan keputusan kerajaan tidak menyambung perkhidmatan 30,000 kakitangan kontrak yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
![Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739428519_tbAnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar
Kerajaan sentiasa mengenal pasti ikhtiar baharu untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik dan berdaya saing, kata Perdana Menteri.
![David Attenborough bakal terima kesatria kedua atas sumbangan dalam dunia penyiaran David Attenborough bakal terima kesatria kedua atas sumbangan dalam dunia penyiaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654669747_TBDavidAttenborough.jpg)
David Attenborough bakal terima kesatria kedua atas sumbangan dalam dunia penyiaran
Penyiar prolifik, Sir David Attenborough, akan menerima anugerah kesatria kedua peribadinya atas jasa dan sumbangan dalam dunia penyiaran.
![Putera William lancar Earthshot Prize, hadiah misi pulih dunia Putera William lancar Earthshot Prize, hadiah misi pulih dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/81577895257_PrinceWilliam.jpg)
Putera William lancar Earthshot Prize, hadiah misi pulih dunia
Putera William Duke of Cambridge lancar hadiah global 'The Earthshot Prize yang memberi ganjaran usaha baik pulih dunia.