SEREMBAN: Penyanyi popular era 1980-an, Dayangku Intan atau nama sebenarnya Tengku Intan Abdul Hamid mengumumkan menyertai Pas pada Sabtu.
Beliau mengakui tidak sangka bersama Pas kerana selama ini takut dengan parti Islam itu lebih-lebih lagi statusnya sebagai artis.
"Saya dimomokkan dengan pelbagai cerita tentang Pas. Jadi saya takut, ditambah pula saya seorang artis.
"Tapi mengimbau semula pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), saya sebenarnya banyak di pentas Pas untuk bersama-sama membawa kemenangan kepada PR (Pakatan Rakyat) waktu itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang akhbar pengumuman penyertaan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Zool Amali Hussin ke dalam Pas.
Jelasnya, ketika itu ramai dalam kalangan Muslimat Pas yang mengajaknya menyertai parti itu tetapi hatinya masih belum terbuka.
Tambah Dayangku Intan, keputusannya menyertai Pas bukan untuk mendapatkan apa-apa imbuhan tetapi tertarik dengan cara parti itu.
"Jadi jika saya dipanggil untuk memberi ceramah untuk mengajak orang ramai menyertai Pas saya bersedia," katanya.
Penyertaan Dayangku Intan di dalam politik pada awalnya bermula dengan UMNO, namun dia memilih menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun 2012 sebelum membuat keputusan keluar parti itu selepas PR dibubarkan pada 2015.
Beliau juga pernah bertanding atas tiket PKR di kerusi Parlimen Pengerang, Johor pada PRU13, namun tewas.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 17 2022

Penyanyi popular era 1980-an, Dayangku Intan atau nama sebenarnya Tengku Intan Abdul Hamid mengumumkan menyertai Pas pada Sabtu. - Sinar Harian
MOTAC gantung lesen syarikat umrah Hejira Travel And Tours
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd kerana didapati melakukan pelanggaran terhadap Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
Pelanggaran polisi punca akaun TikTok media tempatan digantung
TikTok memaklumkan keputusan menggantung akaun milik media tempatan secara kekal, dibuat selepas semua agensi terbabit dikenal pasti melanggar polisi keselamatan berkaitan remaja di platform itu.

Sabah catat kunjungan 3.14 juta pelancong tahun lepas
Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 20.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Indonesia dan Apple meterai perjanjian, buka laluan untuk jualan iPhone 16
Menteri Perindustrian Agus Gumiwang Kartasasmita berkata perjanjian itu satu pencapaian penting selepas 5 bulan rundingan yang mencabar.
Tumpuan Khamis – 27 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sanusi mohon maaf kepada Amirudin, saman RM10 juta selesai
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu berhubung kes saman fitnah RM10 juta berkaitan kenyataan mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).
AWANI Tonight | 26 Feb 2025
AWANI Tonight with Hafiz Marzukhi
- Zelensky to visit White House after mineral deal agreed
- South Korea's birthrate rises for the first time in 9 years
- Zelensky to visit White House after mineral deal agreed
- South Korea's birthrate rises for the first time in 9 years
10 Berita Pilihan - (26 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Dayangku Intan sertai Pas
Penyanyi popular era 1980-an, Dayangku Intan atau nama sebenarnya Tengku Intan Abdul Hamid mengumumkan menyertai Pas pada Sabtu.

Anak penyanyi Dayangku Intan meninggal dunia
Penyanyi era 80-an, Dayangku Intan memaklumkan anak perempuannya, Wanku Intan Syarafana Rosman meninggal dunia akibat komplikasi selepas pembedahan hati pada Jumaat.

"Bukan tak sayang, saya pun pernah tertinggal anak di kedai" - Aishah
Dia sendiri secara tidak sengaja pernah tertinggal anaknya di sebuah kedai tidak lama dahulu kerana salah faham.

"Derma buah pinggang buat suami, pengorbanan Dayangku Intan buat ramai kagum" - Nash
Pengorbanan Dayangku Intan kepada suami menjadi buah mulut netizen.

Derma sebelah buah pinggang untuk suami, Dayangku Intan ada sebab tersendiri
Melihat ia sebagai satu tanggungjawab, seperti mana suaminya juga menjalankan tanggungjawabnya dengan baik sepanjang perkahwinan.