SUPERB! Itulah kata yang dapat menggambarkan persembahan artis Indonesia Afgan dalam konsertnya di Kuala Lumpur malam tadi.
Afgan Konsert Dekade Live in Kuala Lumpur dianjur bagi meraikan 10 tahun penglibatan Afgan (atau nama sebenarnya Afgansyah Reza) sebagai artis rakaman.
Konsert anjuran Nizra Production ini merupakan penghargaan buat peminat yang banyak menyokongnya sedari album pertama Confession No.1 hinggalah ke album terbaharu Dekade.
Bertempat di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), sekitar 2,500 peminatnya dari Brunei, Indonesia, Singapura dan tentunya peminat tegar yang sedia menanti di Malaysia mula memenuhi ruang seawal 8.30 malam.
Konsert diserikan lagi dengan kehadiran Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman.
Afgan memulakan persembahannya dengan lagu “Jalan Terus” yang sememangnya memukau penonton yang hadir.
Sekali sekala dia bijak menyelitkan kisah peribadinya secara bersahaja dalam nada gurauan dan disambut gelak tawa bersama penonton.
Figura itu nyata menghargai sambutan yang diberikan penonton dan pandai mengambil hati mereka sebagai tanda menghargai kehadiran mereka di dewan tersebut.
Menurut Afgan, konsert Dekade itu sebenarnya telah dirancang awal untuk diadakan di Indonesia namun terpaksa ditangguhkan apabila tarikhnya bertembung dengan temasya Sukan Asia.
Akhirnya, dia memutuskan konsert diadakan di Malaysia.
Walaupun sebelum ini harga tiket dikatakan agak mahal mencecah RM1,288, namun bagi sekitar 2,500 peminat yang hadir malam tadi, 'pelaburan' itu nyata berbaloi apabila rata-rata mereka terhibur dengan 23 lagu dendangannya.
Malah khabarnya ada peminat yang sanggup berkorban dua bulan wang gaji sebagai pekerja kilang semata-mata untuk membeli tiket VIP persembahannya.
Prestij persembahannya memang tidak dapat dipertikaikan -- baik daripada segi vokal, muzik, sistem audio yang hebat sehinggalah kepada penataan cahaya dan penari latar -- ia adunan lengkap untuk menjadikannya sebuah persembahan yang hebat.
Secara keseluruhannya, konsert Dekade malam tadi berjaya meletakkan Afgan sebagai penghibur yang mempunyai kelas tersendiri dalam dunia hiburan di rantau ini.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sun Nov 04 2018
![Dekade Afgan, antara lagu dan cerita peribadi Dekade Afgan, antara lagu dan cerita peribadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/61541317168_TBAFGHAN.jpg)
Afgan Konsert Dekade Live in Kuala Lumpur dianjur bagi meraikan 10 tahun penglibatan Afgan (atau nama sebenarnya Afgansyah Reza) sebagai artis rakaman. -Astro AWANI
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Rai 17 tahun album pertama, Afgan lancar Confession No. 1 edisi istimewa Rai 17 tahun album pertama, Afgan lancar Confession No. 1 edisi istimewa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739602378_afgan.jpg)
Rai 17 tahun album pertama, Afgan lancar Confession No. 1 edisi istimewa
Penyanyi popular Indonesia, Afgan melancarkan album Confession No. 1 - 17th Anniversary Edition sempena ulang tahun ke-17 album pertamanya.
![Penutup 2024, Afgan buktikan kehebatan di konsert solo skala besar di Malaysia Penutup 2024, Afgan buktikan kehebatan di konsert solo skala besar di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51735611499_Afgan.jpg)
Penutup 2024, Afgan buktikan kehebatan di konsert solo skala besar di Malaysia
Konsert 'Afgan Live in Penang' yang berlangsung di Setia Spice Arena pasti meninggalkan kenangan indah yang akan terus tersemat di hati peminat.
![Afgan anggap penyanyi hulur mikrofon kepada penonton bukan pemalas Afgan anggap penyanyi hulur mikrofon kepada penonton bukan pemalas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41728794301_tbAfganpenyanyih.jpg)
Afgan anggap penyanyi hulur mikrofon kepada penonton bukan pemalas
Afgan tidak bersetuju dengan komen netizen yang menyatakan penyanyi yang menghulurkan mikrofon kepada peminat semasa konsert sebagai pemalas.
![Tiket habis dijual, Afgan teruja jayakan konsert bersama orkestra Malaysia Tiket habis dijual, Afgan teruja jayakan konsert bersama orkestra Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701595342_AfganKonsert.jpg)
Tiket habis dijual, Afgan teruja jayakan konsert bersama orkestra Malaysia
Penyanyi lagu Jodoh Pasti Bertemu itu juga memuji kehebatan kira-kira 25 pemuzik orkestra dari Malaysia yang disifatkan hebat dan profesional.
![Afgan kembali beraksi di Kuala Lumpur bersama Malaysian Philharmonic Orchestra Afgan kembali beraksi di Kuala Lumpur bersama Malaysian Philharmonic Orchestra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71688345789_AfganMPO.jpg)
Afgan kembali beraksi di Kuala Lumpur bersama Malaysian Philharmonic Orchestra
Afgan Live In Concert With Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) di Plenary Hall, KLCC akan diadakan pada 2 Disember 2023.
![Peminat suka, tapi Afgan benci lagu Jodoh Pasti Bertemu Peminat suka, tapi Afgan benci lagu Jodoh Pasti Bertemu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81671344340_TBAFGHANKONSERT.jpg)
Peminat suka, tapi Afgan "benci" lagu Jodoh Pasti Bertemu
Afgan memberi tahu bahawa beliau tidak suka dengan lagu Jodoh Pasti Bertemu.
![Dapat nasihat rakan, Afgan mengaku jumpa ahli psikiatri Dapat nasihat rakan, Afgan mengaku jumpa ahli psikiatri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81671240596_AfganKonsert.jpg)
Dapat nasihat rakan, Afgan mengaku jumpa ahli psikiatri
Semasa pandemik berlangsung ia merupakan tahun yang amat sukar buat semua termasuk dirinya sendiri.
![Afgan tak sabar nak bagi 'Panah Asmara' buat peminat Malaysia Afgan tak sabar nak bagi 'Panah Asmara' buat peminat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81671238484_AfganKonsert.jpg)
Afgan tak sabar nak bagi 'Panah Asmara' buat peminat Malaysia
Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza mahukan konsertnya kali ini lebih santai dan mahu lebih dekat dengan peminatnya sepanjang konsert berlangsung
![KJF 2022: Afgan gamatkan bandar raya Kuching, sentiasa intai ruang kolaborasi KJF 2022: Afgan gamatkan bandar raya Kuching, sentiasa intai ruang kolaborasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71667031852_TBKUCHINGJAZZ.jpg)
KJF 2022: Afgan gamatkan bandar raya Kuching, sentiasa intai ruang kolaborasi
Selain teruja berkongsi pentas dengan artis tempatan, Afgan turut melihat festival ini sebagai penyatuan bakat serta karya dari serata dunia.
![Afgan bakal memeriahkan Dewan Plenari, KLCC Disember ini Afgan bakal memeriahkan Dewan Plenari, KLCC Disember ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662166637_AfganKLDisember.jpg)
Afgan bakal memeriahkan Dewan Plenari, KLCC Disember ini
Afgan bakal mengadakan konsert Afgan Evolution Kuala Lumpur di Dewan Plenari, KLCC 17 Disember ini.