KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Aishah mengesahkan dirinya positif virus COVID-19.
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di Instagram, pada Isnin.
“Covid positif, tolong doakan kami,” tulisnya ringkas dalam kapsyen bersama sebuah video menunjukkan dirinya sedang melakukan ujian calitan di rumah.
Dalam hantaran terbaharu, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin memuat naik gambar di dalam ambulans dan memaklumkan beliau dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan.
Sementara itu, portal Kosmo melaporkan, penyanyi Janji Manismu itu mengalami simptom demam dan paras oksigennya juga tidak berada di paras normal.
“Saya memang sudah ada penyakit asma dan sekarang mempunyai gejala seperti demam panas dan semput. Doakan saya supaya kuat dan cepat sembuh,” kata Aishah seperti yang dipetik portal tersebut.
Aishah juga memaklumkan suami dan anak-anaknya disahkan negatif virus berkenaan.
Astro Awani
Mon Aug 30 2021

Dalam hantaran terbaharu, Aishah memuat naik gambar di dalam ambulans dan memaklukan dia dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan. - Instagram/Aishah

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Nasihat Aishah buat pendatang baharu
Kata Aishah, penting buat setiap penyanyi mempunyai identiti sendiri untuk kekal lama.

Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.

Aishah kongsi jadual padat di GV10 dari Isnin hingga Ahad, ini rupanya yang berlaku
Tidak hanya menyanyi, para bintang juga memiliki komitmen lain yang harus dilaksanakan setiap minggu.

'Dulu tiada sponsor sebab banyak kain, kini berebut' - Aishah nak berfesyen di GV10, bakal ada glam team
Menurut Aishah, masalah yang dihadapinya itu bukanlah bersama pihak Astro sebaliknya penaja yang tidak mengotakan janji.

'Berat turun ke 57kg' - Aishah dah muat baju tahun 1993, impian pakai kebaya raya tercapai
Menurut Aishah, dia mengalami penyusutan berat badan selepas berpuasa selama 20 hari.

'Saya sendiri nak pergi tengok' - Bertindih tarikh konsert, Aishah rela beralah demi peminat
Tambah Aishah, tidak timbul isu sama ada peminat akan datang atau tidak jika konsertnya berlangsung pada tarikh yang sama dengan Anuar dan Ziana Zain.

Penyanyi Aishah terima gelaran Datuk
Penyanyi popular Aishah merupakan antara individu yang tersenarai sebagai penerima darjah kebesaran, bintang pingat sempena Hari Keputeraan ke-74 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, pada Jumaat.

'Ingatkan dah sampai masa saya ... ' - Aishah kongsi pengalaman perangi COVID-19
Penyanyi Aishah akui pernah mempunyai rasa seperti nyawanya mahu berakhir ketika sedang bertarung melawan COVID-19.

"Ya Allah mental tak kuat hari ini" - Aishah
Melihat pesakit-pesakit lain turut dirawat di wad yang sama menyebabkan mental Aishah tidak kuat.

Demam dan oksigen tak normal, Aishah positif COVID-19
Dalam hantaran terbaharu, Aishah memuat naik gambar di dalam ambulans dan memaklukan dia dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan.