BINTANG Spider-Man, Tom Holland mengambil keputusan berundur dari media sosial, dengan menyifatkan ia "memudaratkan" kesihatan mentalnya.
Pelakon berusia 26 tahun itu membuat pengumuman tersebut dalam video pendek yang dimuat naik ke Instagram, Ahad lalu.
Sebelum kemas kini terbaharu itu, kali terakhir Holland mengemas kini Instagram ialah enam minggu lalu adalah untuk mempromosikan organisasi amalnya, The Brothers Trust.
Dalam klip tiga minit itu, Holland memaklumkan dia telah memadamkan Instagram dan Twitter daripada telefon pintarnya.
"Saya mahu berehat dari media sosial demi kesihatan mental kerana saya mendapati Instagram dan Twitter mencelarukan minda.
"Saya terperangkap dan terkeliru apabila saya membaca perkara tentang diri saya dalam talian dan akhirnya ia memudaratkan keadaan mental saya.
"Kerana itu saya memutuskan untuk berundur dan memadamkan aplikasi-aplikasi itu," katanya.
Holland seterusnya bercerita tentang kerja amal yang dilakukan Stem4, sebuah badan amal kesihatan mental remaja yang berpangkalan di United Kingdom, yang menerima sokongan dan kerjasama The Brothers Trust.
"Terdapat stigma buruk terhadap kesihatan mental dan walaupun saya tahu mendapatkan bantuan bukanlah sesuatu yang memalukan, tetapi ia lebih mudah diucapkan daripada dilakukan," tambahnya.
Holland mengakhiri video itu dengan ucapan terima kasih kepada peminatnya atas kasih sayang dan sokongan mereka.
"Saya sayang anda semua dan kita akan bertemu lagi."
Agensi
Tue Aug 16 2022

Dalam klip tiga minit itu, Holland memaklumkan dia telah memadamkan Instagram dan Twitter daripada telefon pintarnya. - REUTERS/Mario Anzuoni

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.

Demi kesihatan mental, Tom Holland undur diri dari media sosial
Dalam klip tiga minit itu, Holland memaklumkan dia telah memadamkan Instagram dan Twitter daripada telefon pintarnya.

Filem terbaharu Tom Holland tanpa sut Spider-Man catat 'box office'
"Uncharted" yang menelan belanja AS$120 juta itu dijangka memperoleh kutipan lebih AS$100 juta dari tayangan globalnya dan juga tayangan di China mulai 14 Mac.

Tom Holland ayah kepada anak Nicki Minaj? Peminat jadi tak keruan!
Bukan sahaja nama ratu rap antarabangsa Nicki Minaj trending di media sosial selepas berkongsi sekeping gambar beliau sedang memegang perut dengan kapsyen - -#preggers.

Spider-Man kekal di MCU, ini reaksi epik Tom Holland dan Zendaya
Menerusi laman sosial Instagram dan Twitter, dua pelakon itu berkongsi keterujaan menerusi entri mereka.

Sony dan Marvel capai kata putus, Tom Holland kembali pegang watak Spider-Man
Syarikat penerbitan filem antarabangsa popular Sony Pictures dan Marvel akhirnya mencapai kata putus untuk membawa Spider-Man kembali ke layar perak.

Tiada lagi Spider-Man dalam MCU, bagaimana nasib Tom Holland?
Spider-Man bukan lagi sebahagian daripada Marvel Cinematic Universe (MCU)

Selepas Aladdin, Will Smith jadi ejen perisik pula
Kemunculan pelakon dan pelawak, Will Smith dalam filem Aladdin sebagai Genie sememangnya mengujakan peminat.

Tom Holland buat kejutan, datang hospital di Seoul gaya Spiderman
Baiknya Tom Holland ni.

Jangan tonton trailer 'Spider-Man: Far From Home' jika... - Tom Holland
Filem arahan Jon Watts ini akan menemui peminat pada 2 Julai 2019.