BUKAN sebuah keputusan yang mudah namun kerana sikap profesional dan tanggungjawab terhadap tugas, pemain gitar bass kumpulan Wings, Eddie tetap ikut melakukan persembahan sehari selepas isterinya meninggal dunia.
Isteri Eddie, Allahyarham Norlela Mohd Yusof menghembuskan nafas terakhir kerana komplikasi buah pinggang sekitar pukul 2.10 petang Jumaat di Hospital Ampang.
Wings pula menjadi headliner pada malam pertama NUSA FEST yang berlangsung pada Sabtu di Bandar Malaysia.
Namun Eddie buat keputusan untuk ikut serta dalam persembahan bersama anak perempuannya Bila, dan menyifatkan ia sebagai tanggungjawab selain tidak mahu mencampuradukkan urusan luar dengan kerja.
“Ini tanggungjawab saya sebagai pemuzik. Apa masalah yang timbul di luar, saya tidak boleh campur adukkan, jadi saya fokus malam tadi.
“Apa lagi apabila semua rakan (Wings) membantu pengurusan arwah di hospital sampai kebumi, itu membuat saya lebih kuat.
“Saya bersedia dan saya reda, alhamdulillah,” ujar Eddie yang ditemui di belakang pentas usai Wings membuat persembahan penutup pada malam pertama NUSA FEST.
Eddie juga memberitahu Bila mengikut keputusan yang dibuatnya lalu turut serta menjadi penyanyi latar Wings pada malam tersebut.
“Bila memang ikut saya. Dia kata kalau daddy tak ada, dia pun tak ikut. Dia tulang belakang saya sekarang ini,” tambah Eddie lagi dalam nada sebak.
Mengulas sedikit tentang kenangan terakhir bersama isteri, Eddie memberitahu Allahyarham tahu dia akan membuat persembahan di NUSA FEST dan telah dirawat selama dua minggu di hospital.
“Isteri tahu Wings terbabit dengan NUSA FEST. Arwah berada di hospital dan saya juga Bila bergilir menjaganya.
"Bila datang jaga tengah hari, saya petang dan begitulah rutin kami selama dua minggu sejak arwah dimasukkan ke hospital,” kata Eddie.
Sementara itu vokalis Wings, Datuk Awie mendedahkan Allahyarham meminta maaf setiap hari kepada Eddie sepanjang menerima rawatan di hospital.
“Apa yang saya tahu arwah minta maaf setiap hari kepada Eddie,” katanya.
Awie juga memberitahu tidak memaksa Eddie untuk ikut bermain pada malam tersebut dan bersedia mencari pengganti.
“Sebenarnya kami tahu kalau Eddie tak sedia, kami cari pengganti, kami tidak memaksa.
“Saya risau dari sudut kesihatan dan emosi beliau terganggu atau berlaku benda tak elok atas pentas,” ujarnya.
Meski memberitahu hanya memberi 50 peratus ‘tenaga’ persembahan kerana kesemua anggota Wings masih berduka, namun persembahan kugiran rock tanah air ini tetap mendapat sambutan hangat.
Wings mempersembahkan lagu hit mereka seperti Jerangkung Dalam Almari, Sejati dan lagu Harapan yang ditujukan buat Eddie. -Gempak
Gempak
Sun Jul 09 2023
![Demi tanggungjawab, Eddie Wings sertai persembahan sehari selepas pemergian isteri Demi tanggungjawab, Eddie Wings sertai persembahan sehari selepas pemergian isteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688875262_eddiewings.jpg)
Awie (kiri) memberitahu tidak memaksa Eddie (tengah) untuk ikut bermain pada malam tersebut, namun dia reda dan teruskan juga demi tanggungjawab sebagai pemuzik. -Gempak
![TEKUN RM100 juta: Selepas 14 hari dilancarkan, 143 usahawan India terima RM3.6 juta - Ramanan TEKUN RM100 juta: Selepas 14 hari dilancarkan, 143 usahawan India terima RM3.6 juta - Ramanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738996904_RamananRamakrishnan.jpg)
TEKUN RM100 juta: Selepas 14 hari dilancarkan, 143 usahawan India terima RM3.6 juta - Ramanan
Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, jumlah tersebut telah disalurkan kepada usahawan yang memohon dana TEKUN Nasional.
![Pempengaruh media sosial diingatkan tidak keterlaluan hasilkan kandungan - Fahmi Pempengaruh media sosial diingatkan tidak keterlaluan hasilkan kandungan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738991687_FahmiFadzil.jpg)
Pempengaruh media sosial diingatkan tidak keterlaluan hasilkan kandungan - Fahmi
Pempengaruh media sosial diingatkan untuk berpada-pada dan tidak keterlaluan dalam menghasilkan kandungan semata-mata bagi mendapatkan tontonan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
AWANI Ringkas: Uniform celoreng tentera selaras amalan negara lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Cubaan curi dalam pesawat, lelaki warga asing ditahan Cubaan curi dalam pesawat, lelaki warga asing ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738991353_TBLAPANGAN.jpg)
Cubaan curi dalam pesawat, lelaki warga asing ditahan
Polis menahan seorang lelaki warga asing berumur 52 tahun kerana disyaki terlibat dalam cubaan mencuri di dalam pesawat, semalam.
![KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738994165_FadhlinaSidek.jpg)
KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina
KPM tidak pernah membenarkan mana-mana syarikat swasta atau sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan masuk ke sekolah-sekolah.
![Banjir Sabah, Sarawak: Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar Banjir Sabah, Sarawak: Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738990621_FadhlinaSidek.jpg)
Banjir Sabah, Sarawak: Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar
Kementerian Pendidikan (KPM) menjangkakan kos membaik pulih keseluruhan sekolah dan premis yang mengalami kerosakan akibat banjir di Sabah dan Sarawak melibatkan jumlah perbelanjaan yang sangat besar.
Agrobank sasar 80,000 penyertaan bagi Kempen Mega Million 2.0
Agrobank menyasarkan penyertaan 80,000 peserta bagi Kempen Mega Million 2.0 yang berlangsung dari 1 November, 2024 hingga 31 Oktober, 2025.
![Trump umum henti akses keselamatan dan taklimat risikan harian Biden Trump umum henti akses keselamatan dan taklimat risikan harian Biden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738989913_BidenTrump.jpg)
Trump umum henti akses keselamatan dan taklimat risikan harian Biden
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat mengumumkan bahawa beliau menghentikan akses keselamatan bekas presiden Joe Biden serta menamatkan taklimat risikan hariannya, lapor Xinhua.
![KDN kenakan perintah larangan tiga judul buku termasuk puisi masturbasi KDN kenakan perintah larangan tiga judul buku termasuk puisi masturbasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738990557_KDN.jpg)
KDN kenakan perintah larangan tiga judul buku termasuk puisi masturbasi
Kerajaan mengenakan Perintah Larangan ke atas tiga judul penerbitan buku, berikutan dikhuatiri memudaratkan kemoralan masyarakat Malaysia.
[TERKINI] KDN haramkan tiga buku
KDN memaklumkan perintah larangan tiga buku iaitu My Shadow Is Purple oleh Scott Stuart, Koleksi Puisi Masturbasi oleh Amir Hamzah bin Akal Ali (Benz Ali) dan All That’s Left In The World oleh Erik J. Brown.
!['Sejarah akan tercipta' - Konsert TRIAD bakal lakar nama dalam MBOR 'Sejarah akan tercipta' - Konsert TRIAD bakal lakar nama dalam MBOR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734693673_KonsertTRIAD.jpg)
'Sejarah akan tercipta' - Konsert TRIAD bakal lakar nama dalam MBOR
Tiga kumpulan ikonik itu yang pernah dikemudi Awie ialah Wings, Search Kid Din, dan Dragon Malaya.
![Rock Warrior Music Festival, acara muzik epik untuk semua peminat rock Rock Warrior Music Festival, acara muzik epik untuk semua peminat rock](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726979390_RockWarriorMusicF.jpg)
Rock Warrior Music Festival, acara muzik epik untuk semua peminat rock
Menampilkan band rock terkemuka seperti Wings, Search (KidDin), dan XPDC, festival ini bertujuan menghidupkan kembali era kegemilangan muzik rock.
![PRK Nenggiri: Awie ikrar beri khidmat kepada rakyat tanpa mengira warna politik PRK Nenggiri: Awie ikrar beri khidmat kepada rakyat tanpa mengira warna politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723909866_AzmawiFikri.jpg)
PRK Nenggiri: Awie ikrar beri khidmat kepada rakyat tanpa mengira warna politik
Mohd Azmawi berkata tanggungjawab itu pastinya akan digalas sebaik mungkin kerana telah dipilih sebagai wakil kepada semua penduduk di DUN berkenaan.
!['Saya hilang banyak masa bersama keluarga' – Awie tutup karier solo dengan konsert Journey 'Saya hilang banyak masa bersama keluarga' – Awie tutup karier solo dengan konsert Journey](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719028543_tbKonsertJourney.jpg)
'Saya hilang banyak masa bersama keluarga' – Awie tutup karier solo dengan konsert Journey
Keputusan tersebut dibuat bagi mengurangkan beban komitmen sebagai anak seni dan memberikan lebih tumpuan terhadap keluarga.
![Awie mahu kotakan janji, jaga kesihatan demi keluarga Awie mahu kotakan janji, jaga kesihatan demi keluarga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718943421_AwieJagaKesihatan.jpg)
Awie mahu kotakan janji, jaga kesihatan demi keluarga
Awie berkongsiperkembangan terkini keadaan kesihatannya selepas menjalani pembedahan membuang tumor di bahagian pinggangnya, pada tahun 2021.
![Konsert amal The Legends raih lebih RM100,000, bantu penggiat seni memerlukan Konsert amal The Legends raih lebih RM100,000, bantu penggiat seni memerlukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717388910_RamliSaripKhatija.jpg)
Konsert amal The Legends raih lebih RM100,000, bantu penggiat seni memerlukan
Konsert 'Makan Malam Amal The Legends' yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, di sini malam tadi, berjaya mengumpul dana lebih RM100,000.
![Saya tak takut dibenci penonton kerana watak jahat - MK K-Clique Saya tak takut dibenci penonton kerana watak jahat - MK K-Clique](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714970546_tbmkkcliquewatak.jpg)
Saya tak takut dibenci penonton kerana watak jahat - MK K-Clique
Selain Ben dan MK K-Clique, filem arahan sulung Awie itu turut dibintangi Shiqin Kamal, Noralbaniah, Azlan Komeng dan Awie sendiri.
![Rebel: Tak adil kalau tak tengok, dengar komen orang dari luar saja - Awie Rebel: Tak adil kalau tak tengok, dengar komen orang dari luar saja - Awie](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714387945_TBAwie.jpg)
Rebel: Tak adil kalau tak tengok, dengar komen orang dari luar saja - Awie
Awie memberitahu kisah perjuangan berkaitan kumpulan pertubuhan yang cuba diketengahkan itu sudah lama ada di dalam masyarakat, cuma tidak diketahui saja pergerakannya.
![Awie anggap bayaran rendah untuk artis veteran satu penghinaan Awie anggap bayaran rendah untuk artis veteran satu penghinaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713865348_tbAwieArtisVetera.jpg)
Awie anggap bayaran rendah untuk artis veteran satu penghinaan
Pengarah filem Rebel itu juga mengajak penggiat seni untuk mengenang kembali perjuangan para artis senior suatu ketika dahulu.
!['Ini tanggungjawab besar' - Awie kini bergelar pengarah filem aksi 'Ini tanggungjawab besar' - Awie kini bergelar pengarah filem aksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711792035_AwiePengarahAksi.jpg)
'Ini tanggungjawab besar' - Awie kini bergelar pengarah filem aksi
Biarpun idea dan cerita asal filem Rebel ini adalah cetusan daripada dirinya sendiri, Awie menyatakan jalan ceritanya langsung tiada berkaitan dengan mana-mana pihak atau pertubuhan.