SEBUT sahaja nama U-Wei Haji Saari, ramai yang mengenali beliau sebagai pengarah filem yang sering menghasilkan naskhah-naskhah besar di layar lebar.
Kerana kehebatannya sebagai sutradara, U-Wei sering dijemput membincangkan atau menyampaikan syarahan berkaitan kerjayanya dan dunia filem tempatan dan antarabangsa.
Namun suasana berbeza Sabtu lalu di pentas MENU SKRIP-Lifestival di mana U-Wei tidak hanya berbicara tentang filem, tetapi turut menyentuh isu-isu lain.
Buat pertama kalinya di Malaysia, seorang ahli politik menjadi moderator dan menemu bual seniman dalam sebuah acara yang diadakan di tempat awam.
Bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff yang juga seorang peguam menemu bual U-Wei dalam segmen Bual Santai selama lebih satu jam dengan disaksikan pengunjung MENU SKRIP-Lifestival di Blue Zone, Publika.
U-Wei dalam sesi Bual Santai itu menjelaskan sebelum bergelar pengarah beliau sering ke panggung wayang untuk mendapatkan kedamaian.
Tetapi selepas bergelar pengarah, beliau menyedari membuat filem satu kerja yang meresahkan dan gawat.
Ketika ditanya adakah keresahan menghasilkan filem sama seperti demokrasi yang hanya indah pada pengertian, U-Wei menjawab ringkas: "Demokrasi hanya terdapat di lantai kelab dangdut."
U-Wei juga turut menekankan kepentingan untuk seorang pengarah filem mengenali diri dan akar umbinya dalam menghasilkan karya.
Katanya, pengarah filem yang bagus tidak lahir dari sekolah-sekolah filem.
"Sekolah filem dan duit bukan jaminan akan menghasilkan seorang pengarah yang bagus.
"Tetapi untuk menghasilkan filem, pengkarya memerlukan dana kerana ia berkait," kata U-Wei bila ditanya tentang peruntukan dan pendidikan seni bagi melahirkan lebih ramai pengarah filem yang berkualiti.
U-Wei juga menegaskan beliau tidak akan berkompromi jika jati diri dan niatnya tercabar dan sanggup tidak menghasilkan karya jika prinsip ini cuba dilanggar.
"Tanggungjawab saya yang sebenarnya adalah pada naskhah saya. Saya cuba tidak kompromi jika jati diri saya tercabar, saya tidak akan kompromi jika nawaitu dan jati diri dilanggar, saya sanggup tidak buat kerana saya rasa ini tidak benar," katanya.
MENU SKRIP-Lifestival merupakan sebuah acara yang diadakan dengan sokongan Publika dan MAPS fest 2017 bagi meraikan jalinan kerjasama di antara penggiat industri kreatif dalam pelbagai bidang.
Penyelaras acara Rahim Sadri menjelaskan MENU SKRIP-Lifestival merupakan ruang untuk penggiat industri kreatif berkongsi aspirasi dan pengetahuan.
"Mereka (penggiat industri kreatif) menggunakan acara ini untuk berkongsi pengalaman dan aspirasi. Di MENU SKRIP-Lifestival ini juga bertujuan untuk mengilhami dan memberi inspirasi kepada penggiat industri kreatif tempatan," katanya.
MENU SKRIP-Lifestival diadakan pada 8 dan 9 April lalu turut menampilkan Sani Sudin, Adinda Amiro, Francis Wolf dan Geng Muhammad yang menghiburkan pengunjung dengan lagu-lagu mereka.
Irwan Muhammad Zain
Mon Apr 10 2017

Yusmadi menemu bual U-Wei (kanan) dalam segmen Bual Santai dengan disaksikan pengunjung MENU SKRIP-Lifestival di Blue Zone, Publika. -Astro AWANI/Irwan Muhammad Zain

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Tindakan tegas terhadap sesiapa saja cuba timbul perpecahan dalam negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Demokrasi hanya wujud di lantai kelab dangdut, kata U-Wei
Yusmadi Yusoff yang juga seorang peguam menemu bual U-Wei dalam satu segmen Bual Santai selama lebih satu jam pada Sabtu petang yang disaksikan pengunjung MENU SKRIP-Lifestival di Blue Zone, Publika.