PENYANYI dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina, 43, mendedahkan dirinya mula mengenali suami, Essam Muhammad pada tahun 2015.
Berkongsi cerita detik perkenalannya dengan rapper dari Amerika Syarikat itu, Mizz Nina memberitahu ia bermula selepas mereka bertegur sapa dan berbual ringkas di sebuah festival.
"Kali pertama kami bersua adalah di sebuah festival pada 2015. Saya ingat lagi dia datang kepada saya selepas saya membaca puisi di atas pentas.
“Dia sapa ‘Assalamualaikum, saya Essam dari Seattle. Saya suka apa yang awak sebutkan atas pentas tadi,’ dan saya balas dengan ucapan terima kasih.
“Kami cuma bercakap ringkas, itu sahaja,” katanya.
Penyanyi yang pernah popular lagu What You Waiting For itu berkata demikian ketika memberi ucapan, sambil ditemani suaminya, pada majlis resepsi mereka yang diadakan di Ampang, pada Ahad.
Ia dirakamkan dalam sebuah video yang mula tular sejak semalam.
Sementara itu, Essam yang berdiri bersebelahan Mizz Nina sempat melahirkan kesyukuran kerana dapat bersama isterinya selepas lapan tahun kemudian.
"Perkara terindah sekali adalah lapan tahun kemudian iaitu tahun 2023 sebaik kami mendirikan rumah tangga, Alhamdulilah," ucapnya.
Pasangan itu telah diraikan dalam majlis persandingan di sebuah acara tertutup di ibu kota Kuala Lumpur, pada Ahad.
Difahamkan, majlis tersebut diadakan di sebuah ruang acara bertempat di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh ahli keluarga serta kenalan rapat.
Menerusi video yang dikongsikan, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman kelihatan anggun dalam persalinan berwarna putih hasil rekaan pereka fesyen tempatan Ezzati Amira.
Sekadar info, anak kepada tokoh perbankan terkemuka Tan Sri Azman Hashim itu mengejutkan pengikut di Instagram dengan mengumumkan dirinya sudah berkahwin dengan penyanyi rap berasal dari Amerika Syarikat pada 15 Jun lalu.
Terdahulu, pengasas aplikasi Qalby itu pernah mendirikan rumah tangga bersama vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh pada tahun 2011 namun berpisah secara baik selepas 11 tahun hidup bersama.
Gempak
Thu Sep 07 2023

Mizz Nina dan Essam diraikan dalam majlis persandingan di sebuah ruang acara tertutup bertempat di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur, pada Ahad. - Foto Gempak
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Tahun 2009 saya tak tahu Alif Ba Ta, hanya hafal al-Fatihah, tiga Qul - Mizz Nina
Mizz Nina 'menyahut' trend #10yearchallenge dengan perkongsian yang boleh dijadikan iktibar.

Noh, Mizz Nina reda jika tiada rezeki cahaya mata
Noh Salleh dna isteri tidak sedih seandainya tiada rezeki mereka untuk timang cahaya mata