KUALA LUMPUR: Aktivis Fatimah Zaharah Rahim yang mendakwa difitnah pelakon dan pengacara televisyen, Nabila Huda Suhaimi di laman media sosial tahun lepas menuntut permohonan maaf dan ganti rugi RM900,000 daripada artis popular itu.
Surat tuntutan telah dihantar oleh firma guaman NHA Advocates & Solicitors yang mewakili aktivis tersebut kepada artis popular itu pada Khamis lalu (20 Januari).
Nabila Huda yang juga anak kepada penyanyi rock legenda, Amy Search didakwa menyebarkan berita palsu dan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah pada 25 Disember tahun lepas dengan memuat naik, menulis dan menerbitkan melalui aplikasi Instagram dengan nama pengguna @kupu_kupu.
Fatimah Zaharah mendakwa, Nabila Huda telah mendedahkan beliau kepada kebencian orang ramai apabila melihat dan membaca apa yang telah ditulis dan diterbitkan oleh pelakon tersebut.
Dalam kenyataan media yang diedarkan hari ini, Nabila Huda didakwa telah menyiarkan kenyataan-kenyataan berbaur fitnah yang membawa maksud yang aktivis tersebut adalah seorang yang tidak bermoral.
Nabil Huda turut mendakwa aktviti itu mengambil dan memberi barang sumbangan orang lain namun mengakui barangan tersebut adalah daripadanya, mengambil kesempatan ke atas orang lain dan lain-lain kenyataan.
“Pada tarikh yang sama, Nabila Huda juga didakwa telah memuat naik gambar aktivis dan menerbitkan satu penyiaran yang mana kenyataan-kenyataan tersebut membawa maksud yang aktivis tersebut telah memberi barang sumbangan yang bukan miliknya namun menyatakan bahawa barang sumbangan tersebut adalah daripada beliau dan mengambil kesempatan ke atas orang lain.
“Kenyataan-kenyataan yang didakwa fitnah dan berita palsu tersebut telah dikongsi dan ditonton di pelbagai platform media sosial yang lain termasuk di platform Youtube, laman-laman portal berita dan juga saluran media.
“Anak guam, Fatimah Zaharah tidak pernah melakukan seperti apa yang didakwa Nabila Huda dan beliau telah menerima kecaman, ugutan dan komen-komen yang tidak benar daripada masyarakat berikutan kata-kata yang dikongsikan oleh pelakon tersebut,” kata peguam Nurul Hafidzah Hassan dalam kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan, sekiranya tiada permohonan maaf, pembayaran ganti rugi RM900,000 atau ganti rugi yang setimpal dengan kesan daripada tindakan dakwaan fitnah tersebut dalam masa tujuh hari selepas penerimaan surat tuntutan, aktivis tempatan itu akan terus memfailkan tuntutan di mahkamah.
Kata kenyataan itu lagi, dakwaan yang dibuat Nabila Huda yang juga seorang pelakon dan pengacara terkenal telah menyebabkan Fatimah Zaharah mengalami malu, tekanan emosi dan kesedihan apabila masyarakat mempercayai dakwaan berita palsu dan fitnah yang telah dimuat naik dan diulang siar oleh pengguna-pengguna media sosial yang lain setelah melihat hantaran tersebut.
Astro Awani
Mon Jan 24 2022

Aktivis Fatimah Zaharah Rahim yang mendakwa difitnah pelakon dan pengacara televisyen, Nabila Huda Suhaimi (gambar) di laman media sosial tahun lepas. - Gambar Instagram @kupu_kupu

Satu PPS dibuka di Jelebu tempatkan 51 mangsa banjir
Sebuah pusat pemindahan sementara dibuka di Dewan D'Sury, Jelebu pada 3 pagi tadi bagi menempatkan 51 mangsa terjejas akibat banjir kilat.

Paus Francis disahkan menghidap pneumonia - Vatican
Pemimpin tertinggi Gereja Katolik Sedunia itu alami pneumonia dia kedua-dua paru-parunya dan keadaannya kekal "kompleks." kata pentadbiran Vatican.

Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab
Sidang kemuncak yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.

Aktivis teater Zakaria Ariffin meninggal dunia
Allahyarham Zakaria yang berusia 73 tahun meninggal dunia akibat stroke di Hospital Slim River, Perak, sekitar pukul 2.30 pagi tadi.
Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, menangguhkan lawatannya ke Arab Saudi bagi mengelakkan sebarang legitimasi terhadap mesyuarat antara pegawai Amerika Syarikat dan Rusia di Riyadh pada Selasa.
Ketika berada di Turki, Zelenskyy menjelaskan bahawa lawatannya, yang dijadualkan pada Rabu, ditangguhkan ke 10 Mac bagi mengelakkan sebarang kebetulan dengan pertemuan tersebut.
Ketika berada di Turki, Zelenskyy menjelaskan bahawa lawatannya, yang dijadualkan pada Rabu, ditangguhkan ke 10 Mac bagi mengelakkan sebarang kebetulan dengan pertemuan tersebut.

Ribuan berhimpun bantah pentadbiran Trump pada Hari Presiden
Protes besar-besaran itu dibuat ketika cuti umum Hari Presiden yang disambut pada hari Isnin ketiga dalam bulan Februari setiap tahun.
PGA tumpaskan sindiket dadah, temui 393 pil yaba di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah dalam op taring wawasan Kelantan selepas menyerbu sebuah rumah di Pulau Belanga, Kota Bharu pada Isnin.
Wanita warga Belanda cedera ketika mendaki gunung jasar
Penolong pengarah operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa dalam kenyataan pada Selasa berkata, mangsa berusia 51 tahun yang mendaki secara berkumpulan itu mengalami kecederaan pada bahagian lutut.
Mayat kedua remaja lemas di Sungai Perak ditemui
Mayat seorang lagi pelajar sekolah yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam sungai perak dekat Kampung Tepus, Tanjung Belanja di parit pada Isnin ditemui pada Selasa.

Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi untuk elak beri ‘legitimasi’ kepada Mesyuarat AS-Rusia
Ukraine enggan orang lain buat keputusan di belakang mereka, tiada keputusan boleh dibuat tanpa Ukraine mengenai bagaimana untuk menamatkan perang di Ukraine.

Mira Filzah, Kamal Adli bintangi Hikayat Bawang Merah Bawang Putih
Hikayat Bawang Merah Bawang Putih mengisahkan kehidupan Bawang Putih anak yatim yang tinggal bersama ibu tiri dan adik tiri.

'Masa kenal, dia bukan suka saya pun' - Nabila Huda kongsi momen awal perkenalan dengan suami
Abil mula terpikat selepas melihat kemesraan Izwan bersama anak perempuannya itu dan memasang impian untuk mengahwini lelaki itu.

Lima hari tayangan, filem Rahsia raih kutipan RM2.2 juta!
Selepas lima hari tayangan, filem reboot Rahsia berjaya mengaut kutipan RM2.2 juta.

Rahsia rasuk penonton! Tiga hari tayangan kutipan sudah cecah RM1.3 juta
Baru tiga hari ditayangkan, filem terbitan Astro Shaw dan Five Star Trading iaitu Rahsia versi reboot telah meraih kutipan sebanyak RM1.3 juta.

'Saya sambut Aidiladha dengan papa' - Nabila Huda lega ibu pilih beraya dengan sahabat
Oleh kerana telah menyambut Syawal bersama keluarga suaminya, Mohd Izwan Johar di Singapura, dia memutuskan untuk berkampung di kediaman bapanya Amy Search.

Enggan buat IVF, Nabila Huda reda belum dapat tambah anak
Nabila Huda positif dan reda belum diberikan rezeki untuk tambah cahaya mata.

"Sakit kali ni teruk daripada yang pertama.." - Nabila Huda positif COVID-19
Anak kepada legenda rock Amy Search itu memohon doa orang ramai agar dia segera sembuh dan boleh kembali menjalani penggambaran seperti biasa.

Didakwa memfitnah, aktivis tuntut Nabila Huda minta maaf, ganti rugi RM900,000
Nabila Huda didakwa memfitnah aktivis Fatimah Zaharah di laman media sosial tahun lepas.

Imbasan berita dan peristiwa tumpuan sepanjang Mei tahun ini
Tanpa kita sedari, hari ini merupakan hari terakhir bagi bulan kelima pada tahun ini.

Kepada selebriti, cukup-cukuplah sakitkan hati masyarakat - Nabila Huda
Bergelar selebriti atau pempengaruh (influencer) bukan tiket untuk bersikap riak, menunjukkan keburukan dan menyakiti hati para pengikut.