PELAKON dan produser, Datuk Fizz Fairuz akhirnya membuka mulut dan memberi kenyataan balas berhubung kritikan yang diterima gara-gara poster filem terbaharu terbitan dan arahannya, Mat Tudung Begins.
Fizz berkata, orang ramai tidak seharusnya menilai terlalu awal dan perlu melihat pengisian filem terlebih dahulu.
“Jangan nilai pada poster, pergi beli tiket tengok apa yang ada… insya-Allah,” katanya kepada Gempak.
Berbicara lanjut mengenai filem, Fizz berkata, dia sebenarnya sudah lama merancang untuk menerbitkan semula filem Mat Tudung yang pernah dijayakan sekitar sembilan tahun lalu.
“Saya ada tanya pada pihak penerbit sebelum ini sama ada nak sambung atau tidak, tetapi tiada jawapan daripada mereka.
“Mungkin sebab kekangan bajet atau ada sebab-sebab lain. Memang saya berminat nak buat sambungannya, cuma ia di bawah produksi Showbiz dan ambil masa juga nak minta kebenaran untuk pembikinannya,” katanya.
Jelas Fizz, setelah menunggu agak lama, akhirnya dia telah mendapat kebenaran daripada Datuk Norman Abdul Halim selaku penerbit Mat Tudung untuk menerbitkan judul itu sendiri pada Mei 2022.
Begitupun, Fizz menjelaskan untuk filem tersebut, ia bukanlah kesinambungan kepada jalan cerita filem pertama.
“Akhirnya hasrat saya ini terlaksana setelah saya dapat kebenaran untuk terbitkan sendiri, tetapi bukanlah Mat Tudung 2. Ia adalah prekuel yang bermakna kisah yang berlaku sebelum Mat Tudung pertama dan sebab itu tajuknya adalah Mat Tudung Begins.
“Filem ini akan menjelaskan tentang bagaimana Johari boleh belajar menjadi Mat Tudung dan rakan yang mencetuskan idea menyebabkan dia menyamar,” ujarnya.
Menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, Damansara dan Genting Highland, Fizz berkata, Mat Tudung Begins masih mengangkat tema cerita sama iaitu tentang seorang lelaki yang menyamar menjadi wanita untuk menyelesaikan masalah yang melanda sebuah keluarga.
Dalam pada itu, Fizz menyatakan filem pertama arahannya itu menyajikan sebuah jalan cerita yang menarik serta sarat dengan elemen-elemen komedi yang mampu menghiburkan penonton.
“Bagi filem Mat Tudung Begins ini, saya percaya ia lebih kelakar berbanding yang sebelumnya dan saya yakin penonton akan rasa terhibur. Selain itu, saya juga menampilkan barisan pelakon-pelakon yang hebat dan turut diserikan lagi dengan kemunculan dua orang influencer terkenal,” kongsinya.
Lebih menarik lagi, Mat Tudung Begins turut menampilkan barisan artis popular seperti Achey, Isyariana, Fazlina Ahmad Daud, Kazar Saisi serta dua influencer popular media sosial iaitu Maryam Durian Kimchi dan Mimi Peri.
Mat Tudung Begins mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Johari yang bekerja di sebuah hotel.
Hotel tempat dia berkerja bakal menerima kedatangan juri The Forbest - iaitu sebuah badan penilai yang akan membuat penilaian sama ada hotel berkenaan layak mendapat tambahan bintang atau tidak.
Namun pihak hotel diberitahu bahawa juri akan datang secara rahsia dan membuat penilaian selama satu minggu.
Hal ini sangat menggusarkan Abang Gee iaitu pengurus hotel tersebut. Kemudian Johari bersama rakan sekerjanya, Sabri mula mengesyaki bahawa sebuah keluarga yang datang menginap di situ merupakan juri The Forbest kerana lagak dan gerak-geri keluarga bersama anak mereka sangat mencurigakan dan mereka tidak kelihatan seperti keluarga yang sebenarnya.
Johari juga cuba mendekati Neesa, anak kepada keluarga itu, tetapi gagal.
Akhirnya Johari menggunakan kaedah menyamar menjadi seorang wanita bertudung bernama Johana, semata-mata mahu rapat dan mendekati Neesa. - Gempak
Gempak
Sat Jul 15 2023

Mat Tudung Begins turut menampilkan barisan artis popular seperti Achey, Isyariana, Fazlina Ahmad Daud, Kazar Saisi serta dua influencer popular media sosial. - Gempak
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Fizz Fairuz, Almy Nadia timang anak perempuan kelima
Pelakon dan pengarah Fizz Fairuz berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Almy Nadia selamat melahirkan anak mereka pada Rabu.

"Janganlah berkira dengan anak" - Fizz Fairuz
Fizz tidak setuju sekiranya ada ibu bapa menganggap majlis graduasi sekolah anak di hotel sebagai satu komitmen besar.

Ditegur pendakwah, Fizz Fairuz nafi filem 'Mat Tudung Begins' cerita tentang pondan
Fizz menjelaskan babak dalam filemnya yang menampilkan lelaki berpakaian wanita itu hanya satu proses penyamaran sesuai dengan jalan cerita yang ditampilkan.

Dikecam netizen gara-gara pakai baju perempuan, ini jawapan Fizz Fairuz
Fizz berkata, orang ramai tidak seharusnya menilai terlalu awal dan perlu melihat pengisian filem terlebih dahulu.

'Itu kan cerita, jangan haramkan dulu' - Fizz Fairuz komen isu filem Mat Tudung Begins
Jelas Fizz, PU Syed tidak sepatutnya membuat sebarang persepsi negatif berhubung filem ini sebaiknya menonton terlebih dahulu untuk mengetahui jalan cerita yang sebenar.

Seniman sangkal kenyataan Fizz Fairuz hanya 82 orang ahli berdaftar dengan PERKESO
Persatuan Seniman Malaysia menyangkal kenyataan pelakon Datuk Fizz Fairuz bahawa mereka tidak berbuat apa-apa bagi membantu ahlinya yang menghadapi kemalangan ketika bekerja.

Almy Nadia hamil luar rahim, perlu jalani pembedahan buang ketumbuhan cyst
Menurut Fizz, ketumbuhan cyst di dalam badan isterinya itu perlu dibuang segera kerana dikhuatiri akan pecah.

Almy Nadia selamat bersalin anak perempuan keempat
Selepas suaminya berkongsi khabar gembira tersebut, Almy juga memberitahu anak keempatnya ini dilahirkan seminggu lebih awal daripada jangkaan.

Cukup sedih! Nak masuk rumah, mangsa banjir terpaksa korek tanah dulu - Fizz Fairuz
Melihat kemusnahan dan penderitaan mangsa banjir dengan mata sendiri nyata cukup menyentap naluri pelakon, Datuk Fizz Fairuz.

Ikhlas, Perkhas ganding bahu salur bantuan RM10,000 kepada komuniti memerlukan
Ketua Ikhlas, Ikhlas Kamarudin berkata, kempen itu berjaya mencapai sasaran kutipan lebih RM1 juta melalui inisiatif derma digital awam.