'INFLUENCER' media sosial dan editor yang terkenal dengan skil suntingan kesan visual video (VFX), Sofyank terkejut dan tidak menyangka hasil karyanya mendapat perhatian daripada bintang ternama Hollywood, Ryan Reynolds.
Kata Sofyank atau nama sebenarnya Mohamad Sofian Abdullah, 26, dia menyedari Ryan mengulang siar video ciptaannya pada Isnin lalu apabila mendapat notifikasi tanpa henti di Twitter ketika waktu berbuka puasa.
"Saya tengah makan berbuka puasa dengan kawan-kawan. Tiba-tiba notifikasi Twitter saya naik dan saya semak apa yang sedang berlaku.
"Rupa-rupanya ada orang quote 'Sofyank tengok ni'. Dalam tu ada nama Ryan dan bila buka rupa-rupanya ada video saya dalam tu.
"Saya menjerit, kawan-kawan di sebelah terkejut. Kami tak sangka sebab video itu saya dah letak di media sosial sudah tiga hari dan hari ketiga baru dia perasan. Saya ingatkan mungkin dah tak ada peluang untuk tunjuk kat dia.
"Tugasan kami pada mulanya untuk buat video sahaja bersama content creator lain, bila Ryan retweet tu saya anggap rezeki terpijak," katanya kepada Gempak.
Video yang dihasilkan Sofyank memaparkan dirinya menaiki hoverboard untuk memasuki portal seperti salah satu babak dalam filem sains fiksyen, The Adam Project sebelum akhirnya bertemu dan duduk bersebelahan dengan Ryan.
Puji Ryan apabila menyaksikan video terbabit; "Saya rasa ini telah menetapkan piawaian yang tidak adil untuk temubual tergesa-gesa selama 4 minit."
BACA: Video YouTuber Malaysia Sofian dapat perhatian bintang Hollywood Ryan Reynolds
Proses sebulan
Menceritakan semula proses suntingan video berkenaan, kata anak kelahiran Wakaf Bahru, Kelantan itu, ia mengambil masa lebih sebulan untuk disiapkan.
"Saya ditawarkan sebulan sebelum mendapat peluang untuk menyertai junket video sempena promosi The Adam Project. Selepas menyediakan storyboard untuk menghasilkan video bersama Ryan, agensi bersetuju dan saya berpeluang untuk membuat panggilan video ringkas bersamanya selama empat minit.
"Selepas habis sesi video bersama Ryan, saya rakamkan babak saya pula menggunakan layar hijau (green screen). Proses itu mengambil masa cuma tiga jam.
"Proses panjangnya adalah suntingan kerana daripada panggilan video, saya cuma ada 16 saat sahaja untuk mendapatkan momen terbaik bersamanya.
"Jadi, saya putuskan untuk menambah kesan visual khas (CGI) pada permulaan video yang mengambil sedutan daripada filem lakonannya itu, tapi dibuat semula dalam versi bajet," ceritanya bersungguh-sungguh.
Meminati lakonan Ryan sejak menonton filem Deadpool, Sofyank terharu apabila mendapat perhatian daripada pengguna media sosial dalam dan luar negara memberikan kata-kata positif terhadap karyanya.
"Ramai yang support dan quote komen Ryan, saya terkejut bila baca komen ramai rakyat Malaysia support. Saya terharu pengguna Twitter luar negara pun komen yang positif. Jadi, ini viral secara baik," tambahnya.
Ditanya tentang minatnya untuk berkolaborasi dengan artis antarabangsa selepas ini, Sofyank masih menyimpan impian untuk bekerjasama dengan idolanya, Zach King.
"Saya berangan-angan untuk berkolaborasi dengan idola saya, Zach King. Saya masih letak dalam impian untuk berkolaborasi bersamanya tapi bila dapat perhatian dari artis luar negara, itu saya masih anggap rezeki ekstra," ujarnya.
Hollywood
Terdahulu hasil karya Sofyank pernah mendapat perhatian Will Smith yang turut memuat naik video suntingannya ke media sosial.
Semestinya perhatian luar biasa itu dilihat sebagai batu loncatan untuk Sofyank selangkah ke industri perfileman Hollywood.
"Impian itu ada tapi buat masa sekarang saya mendoakan yang terbaik. Apa orang cakap itu saya masih belum boleh akui sebab saya tahu tahap saya. Sejujurnya secara peribadi saya belum layak untuk ke Hollywood.
"Kalau boleh pergi pun saya akan pergi untuk belajar, sebab saya nak tahu persekitaran suntingan filem-filem hebat.
"Produksi sana kalau nak terbitkan kesan visual khas memerlukan beribu-ribu orang, jadi saya mahu rasai pengalaman belajar itu dan aplikasikan dalam industri tempatan," katanya.
Malah, Sofyank juga tidak terburu-buru untuk menerbitkan filem sendiri biarpun ada yang melihat hasil kerja anak muda itu lebih kemas berbanding produksi tempatan sedia ada.
"Kalau tanya cita-cita memang ada hasrat untuk terbitkan filem sendiri tapi disebabkan keadaan sekarang, saya tak boleh terlalu gelojoh untuk ambil peluang yang ada. Saya tak nak dah terjatuh baru terngadah.
"Saya nak biarlah ketika kami menerbitkan filem sendiri apabila sudah betul-betul bersedia. Kewangan, idea, kemahiran, kelengkapan.
"Minat saya ke arah filem bergenre sains fiksyen. Saya juga suka tengok filem adiwira Hollywood sebab nak tengok mereka cipta kesan visual khas yang tak terjangka oleh akal kita," luncur katanya menutup perbualan.
Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan telah ditonton lebih 1.4 juta kali di Twitter.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI GEMPAK
Gempak
Wed Apr 20 2022
Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan telah ditonton lebih 1.4 juta kali di Twitter. - Gempak
Malaysia atur hantar pulang 127 rakyat Palestin dalam tempoh gencatan senjata - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan sedang mengatur penghantaran pulang 127 rakyat Palestin termasuk 41 individu cedera yang dibawa ke Malaysia sebelum ini bagi menerima rawatan.
Hasrat untuk duet bersama Ziana Zain tercapai, Alyph rasa bertuah
Alyph menzahirkan rasa syukur selepas hasratnya untuk berkolaborasi dengan penyanyi legenda Ziana Zain menerusi album The Storm tercapai.
[TERKINI] Israel tunggu senarai tebusan, lengahkan laksana gencatan senjata
Prof Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof Dr Kamaruzzaman Yusof berkongsi analisis mengenai tindakan Israel melengahkan gencatan senjata, dan menggunakan alasan menanti senarai tebusan dari Hamas.
Perhilitan terima aduan kehadiran 'Pak Belang' di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan
Perhilitan) Perak mengesahkan menerima aduan berhubung serangan harimau belang terhadap lembu ternakan penduduk di kawasan berhampiran Kampung Kolam, Tanjung Rambutan.
Amaran hujan berterusantahap buruk di Sarawak sehingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) pada Ahad mengeluarkan amaran ramalan cuaca signifikan yang mengakibatkan amaran hujan berterusan (buruk) di Sarawak sehingga esok.
AISSE 25 inisiatif strategik sokong Malaysia pusat inovasi keselamatan, kerjasama dan kepimpinan
Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE 25) merupakan inisiatif strategik yang mendokong tujuan membariskan Malaysia sebagai pusat inovasi keselamatan, kerjasama dan kepimpinan.
[TERKINI] Polis tidak boleh periksa telefon bimbit tanpa alasan sah - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, pegawai polis tidak boleh memberhentikan individu secara sembarangan untuk memeriksa telefon bimbit mereka tanpa alasan yang sah.
ASEAN 2025: Visa tunggal pelancong antara agenda tumpuan
Pelaksanaan visa tunggal ASEAN diletakkan sebagai salah satu sasaran Malaysia selaku Pengerusi untuk 2025.
Puluhan penyokong Presiden Korea Selatan serbu mahkamah
Puluhan penunjuk perasaan menyerbu bangunan mahkamah di Seoul awal pagi Ahad selepas mahkamah melanjutkan penahanan Presiden Yoon Suk Yeol sehingga 20 hari.
Houthi dakwa lakukan serangan kelapan di Laut Merah
Kumpulan Houthi yang berpangkalan di Yaman mendakwa pihaknya telah melakukan serangan kelapan ke atas kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat (AS) di Laut Merah pada awal pagi Ahad.
Dwayne Johnson di kedudukan teratas senarai aktor paling dibayar mahal - Forbes
Johnson, yang juga dikenali sebagai The Rock', meraih bayaran sejumlah AS$87.5 juta (RM367.3 juta) dari 1 Jun 2019 hingga 1 Jun 2020.