KUALA LUMPUR:Bakat baharu tempatan yang sedang meningkat naik, Dolla, teruja apabila single terbaharu mereka mendapat sentuhan komposer terkenal di arena antarabangsa.
Lagu berjudul Impikan, atau Watch Me Glow dalam versi bahasa Inggeris itu ditulis oleh Ludwig Lindell dan Daniel Caesar, yang cukup sinonim dengan bintang KPop seperti BTS, Girls Generation dan EXO.
"Kami bersyukur dan sangat beruntung kerana dapat bekerjasama dengan mereka.
"Kami banyak buat research sebelum menjalani proses rakaman kerana mesej lagu ini sangat kuat, memberi harapan kepada pendengar.
"Jadi kami perlu memastikan semangat itu sampai kepada mereka," kata Syasya, salah seorang anggota kumpulan itu semasa sidang media pelancaran video muzik lagu tersebut yang diadakan secara maya, pada Jumaat.
Lirik lagu itu dihasilkan oleh Luca Sickta dan Yonnyboii.
Dolla yang turut dianggotai Sabronzo, Angel dan Tabby, sejak kebelakangan ini mula mendapat perhatian masyarakat antarabangsa apabila kerap disamakan dengan sensasi antarabangsa dari Korea Selatan, Blackpink.
Malah sebuah portal K-Pop popular Allkpop, baru-baru ini memaparkan artikel tentang Dolla, sekali gus membawa perhatian peminat dari luar negara terhadap mereka.
"Terkejut juga apabila disamakan dengan Blackpink sebab bagi kami, konsep yang kami bawa berbeza.
"Tetapi kami ambil perkara itu sebagai satu perkara positif kerana Blackpink nama besar dalam industri muzik antarabangsa," kata Syasya ketika muncul dalam program Meletop beberapa minggu lepas.
Video muzik single pertama kumpulan itu, Dolla Make You Wanna, setakat ini sudah menerima lebih 2.3 juta tontonan, selepas dimuat naik Mac lalu.
Madiha Abdullah
Sat Oct 31 2020
![Dolla teruja single terbaharu dapat sentuhan komposer antarabangsa Dolla teruja single terbaharu dapat sentuhan komposer antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71604140016_TBDolla.jpg)
Dolla dapat perhatian antarabangsa selepas kerap disamakan dengan bintang K-Pop, Blackpink. - Foto/Facebook/Dolla
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Bekas ahli 'Dolla' Syasya Rizal selamat bersalin anak sulung Bekas ahli 'Dolla' Syasya Rizal selamat bersalin anak sulung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734950974_DollaSyasya.jpg)
Bekas ahli 'Dolla' Syasya Rizal selamat bersalin anak sulung
Khabar gembira tersebut dimaklumkan menerusi Instagram sambil mempamerkan momen suami membacakan azan dan iqamat kepada bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Yassir Hayyan.
!['Alhamdulillah' - Teka-teki terjawab, Syasya Rizal akhirnya dedah bakal jadi ibu 'Alhamdulillah' - Teka-teki terjawab, Syasya Rizal akhirnya dedah bakal jadi ibu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725427940_SyasyaRizal.jpg)
'Alhamdulillah' - Teka-teki terjawab, Syasya Rizal akhirnya dedah bakal jadi ibu
Hantaran itu juga turut disertakan dengan beberapa foto yang jelas menunjukkan baby bump dan Syasya sedang tersenyum gembira bersama suami, Nasrullah Mohd Sapie.
!['Nama tengah naik' - Rozie Othman akui kecewa Syasya keluar Dolla untuk berkahwin 'Nama tengah naik' - Rozie Othman akui kecewa Syasya keluar Dolla untuk berkahwin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714971577_RozieOthman.jpg)
'Nama tengah naik' - Rozie Othman akui kecewa Syasya keluar Dolla untuk berkahwin
Syasya kini masih berada di Malaysia dan akan mengotakan janji mengikut suaminya untuk ke luar negara.
![Persembahan bertenaga Dolla pukau penonton di China Persembahan bertenaga Dolla pukau penonton di China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711615690_TBDOLLLA.jpg)
Persembahan bertenaga Dolla pukau penonton di China
Aksi bertenaga mereka mendapat sambutan hangat daripada penonton di negara itu, menandakan langkah berani Dolla keluar dari zon selesa di negara ini mula menampakkan hasil.
![Selebriti bukanlah robot, kami juga... - Dolla Selebriti bukanlah robot, kami juga... - Dolla](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686498925_AmirAhnafDolla.jpg)
"Selebriti bukanlah robot, kami juga..." - Dolla
Menjadi selebriti yang dikenali bukanlah sesuatu yang mudah, terutama walau dalam keadaan macam mana pun perlu memberikan yang terbaik untuk peminat-peminat yang sentiasa menyokong.
![Diserang peminat, Angel Dolla perjelas hubungan dengan Nadhir Nasar Diserang peminat, Angel Dolla perjelas hubungan dengan Nadhir Nasar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684551034_AngelDolla.jpg)
Diserang peminat, Angel Dolla perjelas hubungan dengan Nadhir Nasar
Angel dan Nadhir digosipkan bersama selepas dilihat sering berbalas komen di laman sosial.
![Polis nafi dakwaan pemilik akaun Twitter Dolla dalam kejadian di Puchong Polis nafi dakwaan pemilik akaun Twitter Dolla dalam kejadian di Puchong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41671548945_PDRM.jpg)
Polis nafi dakwaan pemilik akaun Twitter Dolla dalam kejadian di Puchong
Pemilik akaun Twitter berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan bagi menentukan sama ada terdapat kesalahan semasa menjalankan tugas.
!['Kami terlepas pandang' - Dolla tampil mohon maaf isu baju mencolok mata 'Kami terlepas pandang' - Dolla tampil mohon maaf isu baju mencolok mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61632295055_sabronzo.jpg)
'Kami terlepas pandang' - Dolla tampil mohon maaf isu baju mencolok mata
Mewakili Dolla, seorang ahlinya, Sabronzo atau nama sebenar Wan Sabrina Wan Rusli berkata, apa yang berlaku adalah silap mereka.
![Selepas Yuna dan Layla Sania kini giliran Dolla hiasi kota New York Selepas Yuna dan Layla Sania kini giliran Dolla hiasi kota New York](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81632295441_dolla.jpg)
Selepas Yuna dan Layla Sania kini giliran Dolla hiasi kota New York
EQUAL merupakan program global yang dibawakan dalam memupuk ekuiti atau mengetengahkan penglibatan artis wanita di seluruh dunia.
![Dolla teruja single terbaharu dapat sentuhan komposer antarabangsa Dolla teruja single terbaharu dapat sentuhan komposer antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71604140016_TBDolla.jpg)
Dolla teruja single terbaharu dapat sentuhan komposer antarabangsa
Impikan, atau Watch Me Glow dalam versi bahasa Inggeris, ditulis komposer yang banyak bekerjasama dengan BTS, Girls Generation dan EXO.