“YA, saya memang terkejut,” kata bekas suami kepada penyanyi Lufya Omar iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum yang menerima notis tuntutan mutaah berjumlah RM1 juta walaupun sudah bercerai tiga tahun lalu.
Dr Hafiz yang ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Khamis enggan mengulas lebih lanjut berhubung tuntutan yang dibuat oleh bekas isterinya itu pada Oktober tahun lalu.
“Saya nak minta maaf, perkara ini privasi kami dan saya tak nak beri apa-apa kenyataan buat masa ini sebab menghormati isteri saya.
“Memang saya terkejut, apa-apa pun kita doakan yang terbaik. Semoga urusan semua pihak dipermudahkan,” kata Dr Hafiz.
Peguam yang mewakili Dr Hafiz iaitu Abdul Hadi Mohamad Salleh mengesahkan jumlah tuntutan mutaah daripada pihak plantif (Lufya) berjumlah RM1 juta.
“Mutaah ini adalah saguhati bekas suami kepada bekas isteri selepas bercerai. Jadi Lufya ada membuat tuntutan pada Oktober 2022 dan hari ini adalah untuk pengurusan kes.
“Sebelum ini, mereka sudah menjalani proses sulh (perjanjian) namun tidak mencapai kata sepakat. Kalau ikutkan, betul ia jumlah yang dituntut oleh pihak plantif.
“Namun semuanya masih dalam proses perbincangan dan mahkamah yang akan menentukan mengikut syarat-syarat tertentu,” ujarnya.
Dalam pada itu, Lufya yang turut hadir ditemani peguam kelihatan sugul dan mengelak daripada ditemu bual pihak media.
Untuk rekod, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan Laana Haura yang kini berusia lima tahun.
Bagaimanapun, Lufya dan Dr Hafiz bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada pada 17 Jun 2020.
Selepas tiga tahun bergelar duda, Dr Hafiz akhirnya berkahwin dengan pelakon Julia Farhana pada 14 Disember 2022. -- Gempak
Gempak
Thu Mar 02 2023

Lufya (kanan) mendirikan rumah tangga dengan Dr Hafiz (kiri) pada 26 November 2016 dan dikurniakan Laana Haura yang kini berusia lima tahun. - Gempak

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Dr Hafiz terkejut Lufya Omar tuntut mutaah RM1 juta
Bekas suami kepada penyanyi Lufya Omar iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum menerima notis tuntutan mutaah berjumlah RM1 juta.

"Saya ada bukti..." - Lufya kecewa didakwa tak beri kerjasama pada polis
Pelakon Lufya Omar menafikan dakwaan dirinya tidak memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa ekoran insiden pergelutan dan cubaan menculik anak perempuannya, Laana Haura pada Jun lalu.

Cubaan culik: Polis minta Lufya bawa anak ke balai untuk rakam keterangan
Polis meminta penyanyi Lufya Omar, membawa anak perempuannya ke balai polis untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan cubaan menculik yang didakwa berlaku.

Polis tunggu kerjasama Lufya
Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, siasatan berkaitan insiden berkenaan masih dijalankan.

Lufya buat laporan polis, nafi dipukul bekas suami
Lufya nafi cuba buat drama atau mengada-adakan cerita dipukul lelaki tidak dikenali seperti didakwa netizen.

Anak hampir diculik, polis minta Lufya buat laporan
Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid sehubungan itu menasihatkan mangsa tampil membuat laporan bagi membolehkan siasatan dibuat.

Suami enggan cerai, Lufya Omar terkejut
Penyanyi dan pelakon Lufya Omar terkejut selepas suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum enggan menceraikannya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.

Lufya jawab dakwaan perceraiannya disebabkan suami gay
Lufya tangkis dakwaan jahat suaminya gay

Lufya Omar diceraikan menerusi WhatsApp
Lufya Omar sudah diceraikan oleh suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Baharum menerusi aplikasi WhatsApp sejak minggu lalu.