Gelaja pemberian 'duit tepi' yang didakwa wujud di kalangan orang kanan stesen televisyen hanya merosakkan industri drama tempatan.
Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PVTM), Datuk Jurey Latiff Rosli berkata, ia sekali gus mencacatkan minda penerbit drama yang mungkin merasakan perlu memberi duit tepi untuk kelulusan karya mereka.
Jelasnya, isu itu juga sudah dipanjangkan ke pihak stesen televisyen untuk diambil tindakan.
"Sebab benda ini sudah lama dan kita pernah hantar surat malah berbincang dengan stesen mengenai isu ini.
"Kita pentingkan kualiti, kalau penerbit sudah dibebani masalah kos meningkat selepas itu kita kena bayar lagi 'duit tepi' jadi nanti hasil kualiti produk akan dipertaruhkan. Sedangkan kita hendak produk bagus dan boleh bersaing.
"Industri sihat dari segi semua akan dapat peluang, siapa bagus dan beri hasil terbaik akan mendapat projek. Kita jaga kualiti dari segi itu. Persaingan itu sangat sihat daripada persaingan siapa ada duit dan bayar, kita hendak banteras benda-benda macam ni," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.
Jurey mengulas isu dalam ruangan pojok sebuah akhbar pada Ahad yang mendedahkan terdapat orang dalam sebuah stesen televisyen meminta rasuah sebelum karya itu diterima stesen berkenaan.
Dalam pada itu pihaknya masih tidak akan membuat aduan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana masih belum mempunyai bukti kukuh.
"Mungkin ini cakap orang luar yang tidak dapat hendak beri dan dapat projek.
"Kita tidak ada bukti kukuh dan sehinga itu kita tidak buat apa -apa laporan rasmi kerana tidak hendak buat tuduhan melulu.
"Cakap-cakap luar sudah banyak yang didengar, ada ahli beritahu dan kita cuba panjangkan kepada pihak stesen televisyen mengenai isu ini," jelasnya.
Jurey turut mengaku sudah berhubung dengan pejabat Ketua Pengarah SPRM untuk membuat kunjungan hormat di pejabatnya.
"Kita mahu tukar maklumat dan melihat apa proses yang boleh dilakukan sekiranya ada sumber yang boleh dipercayai dan mungkin SPRM boleh masuk. Itu yang kita sedang fikirkan," ujarnya.
Sebelum ini, kecoh apabila ahli-ahli Persatuan PTVM mendakwa rancangan-rancangan terbitan mereka semakin susah untuk dijual kepada stesen-stesen TV swasta.
Mereka mendakwa berlaku unsur pilih kasih dan kronisme di stesen-stesen TV swasta sehingga ahli-ahli PTVM tertekan.
Wan Syamsul Amly
Tue Aug 01 2017
!['Duit tepi' rosakkan kualiti drama tempatan, cacatkan minda penerbit - PVTM 'Duit tepi' rosakkan kualiti drama tempatan, cacatkan minda penerbit - PVTM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/81501556069_DatukJureyLatiffR.jpg)
JUREY: Gelaja pemberian duit tepi yang didakwa wujud di kalangan orang kanan stesen televisyen hanya merosakkan industri drama tempatan. - fotoBERNAMA
Panama nafi pengecualian bayaran transit terusan
Panama menafikan dakwaan bahawa ia bersetuju mengetepikan bayaran bagi kapal kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan Terusan Panama.
Trump larang penyertaan golongan 'trans' dalam sukan wanita
Presiden ke-47 Amerika Syarikat, Donald Trump dalam perintah eksekutif terbaharunya melarang penyertaan golongan transgender dalam sukan yang ditetapkan untuk wanita. Beliau dalam kenyataan berkata, pentadbirannya akan mempertahankan 'tradisi' penyertaan hanya jantina asli yang dibenarkan dalam bidang sukan yang dikhaskan untuk golongan wanita.
Penunjuk perasaan bakar rumah keluarga bekas PM Sheikh Hasina
Ribuan penunjuk perasaan membakar rumah pemimpin pengasas Bangladesh ketika anak perempuannya yang juga bekas Perdana Menteri yang digulingkan, Sheikh Hasina dijadual berucap di media sosial.
Keindahan kosmos dari balai Paranal diancam cahaya
Langit luas, indah dengan kerdipan bintang, bagaikan hamparan kosmos yang menyelimuti bumi...
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat malam ini.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi
Lebih 450 peluang pekerjaan kejuruteraan kecerdasan buatan (AI) berkemahiran tinggi akan diwujudkan di negara ini menerusi kerjasama antara Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) dan Global AI Village (GAIV).
MyCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bil - Armizan
MyCC menggerakkan strategi khusus untuk meningkatkan penguatkuasaan terhadap satu daripada cabang aktiviti kartel sejak sekian lama, iaitu pakatan tipuan bida.
Atasi kegagalan CEO GLC urus operasi - PM Anwar
Pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat milik kerajaan menggunakan sistem e-SelfAudit berasaskan kecerdasan buatan (AI) bertujuan menangani beberapa kelemahan seperti kegagalan mengurus dan menyelia operasi syarikat serta kerugian yang berterusan.
Tiga lelaki didakwa terlibat rusuhan, miliki pisau
Lelaki terlibat rusuhan, mengaku bersalah, memiliki pisau dan didakwa di Mahkamah Majistret
Tujuh jalan sekitar Batu Caves ditutup bermula 9 hingga 14 Februari
Sempena perayaan Thaipusam yang akan disambut 11 Februari ini, tujuh jalan utama sekitar Batu Caves yang berada di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak akan ditutup bermula 8 Februari ini hingga 14 Februari.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 1,306 pegawai dan anggota polis akan diatur gerak menerusi Op Palu 2025 bagi memastikan kelancaran trafik.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 1,306 pegawai dan anggota polis akan diatur gerak menerusi Op Palu 2025 bagi memastikan kelancaran trafik.
![Drama Jepun 'Shogun' cipta sejarah, rangkul 18 trofi di Anugerah Emmy ke-76 Drama Jepun 'Shogun' cipta sejarah, rangkul 18 trofi di Anugerah Emmy ke-76](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726485100_TBShogun.jpg)
Drama Jepun 'Shogun' cipta sejarah, rangkul 18 trofi di Anugerah Emmy ke-76
Shogun turut memenangi Siri Drama Terbaik dalam anugerah itu, juga siri drama bukan Bahasa Inggeris pertama memenangi kategori berkenaan.
![Perlu strategi tepat, karya yang betul untuk tembusi pasaran Indonesia - Erma Fatima Perlu strategi tepat, karya yang betul untuk tembusi pasaran Indonesia - Erma Fatima](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/51590654201_ermafatima.jpg)
Perlu strategi tepat, karya yang betul untuk tembusi pasaran Indonesia - Erma Fatima
Erma percaya strategi yang mantap, selain karya yang betul dan berkualiti adalah kunci untuk menjayakan misi tersebut.
![Plot twist macam K-drama! Ramai resah tunggu episod akhir One Cent Thief Plot twist macam K-drama! Ramai resah tunggu episod akhir One Cent Thief](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41669429934_TBKADAK.jpg)
Plot twist macam K-drama! Ramai resah tunggu episod akhir One Cent Thief
Mungkin ramai tidak menyangka watak Kadak lakonan Amerul Affendi yang kononnya selama ini membantu Iman rupanya pengkhianat!
!['Imperialisme' punca New Zealand tamatkan program Shakespeare di sekolah 'Imperialisme' punca New Zealand tamatkan program Shakespeare di sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41666168539_williamshakespeare.jpg)
'Imperialisme' punca New Zealand tamatkan program Shakespeare di sekolah
Program itu dikatakan gagal menunjukkan kaitan dengan "konteks seni kontemporari" dan tertumpu pada genre "berkaitan imperialisme."
![Penggiat seni dipelawa buat penggambaran di Perak Penggiat seni dipelawa buat penggambaran di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61660619211_PasirSalakFilem.jpg)
Penggiat seni dipelawa buat penggambaran di Perak
Jika filem Pasir Salak-King of The River diteruskan, ia sudah tentu menjadi satu lagi berita baik untuk sektor pelancongan di negeri ini.
![Yadim bantah, kesal penularan klip babak 'panas' Yadim bantah, kesal penularan klip babak 'panas'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647765299_TuanKamarulAriefT.jpg)
Yadim bantah, kesal penularan klip babak 'panas'
Soal tanggungjawab terhadap mesej yang ingin disampaikan melalui setiap karya seni perlu menjadi perhitungan utama.
![Bahasa Turki antara pilihan rakyat Malaysia untuk dimahiri Bahasa Turki antara pilihan rakyat Malaysia untuk dimahiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/61591108986_turkey.jpg)
Bahasa Turki antara pilihan rakyat Malaysia untuk dimahiri
Nur Afifah Nasir menggambarkan bahasa itu sebagai bahasa cinta, kuno dan klasik moden.
![Finas ingatkan syarikat produksi patuhi SOP penggambaran Fasa Dua PPN Finas ingatkan syarikat produksi patuhi SOP penggambaran Fasa Dua PPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/51596447075_AHMADIDHAM.jpg)
Finas ingatkan syarikat produksi patuhi SOP penggambaran Fasa Dua PPN
Syarikat produksi mesti melaksanakan penggambaran luar yang terasing, terhad dan terkawal mengikut Protokol Gelembung Penggambaran di negeri Fasa Dua PPN.
![Segerakan program imunisasi berkelompok untuk penggiat industri kreatif Segerakan program imunisasi berkelompok untuk penggiat industri kreatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61621696706_Filming.jpg)
Segerakan program imunisasi berkelompok untuk penggiat industri kreatif
Dalam keadaan tanpa vaksinasi pasti sukar bagi stesen atau penerbit luar untuk membuat dan membekalkan program baharu kerana risiko jangkitan akan berlaku.
![PKP: Penggambaran filem, drama dalam studio dibenarkan, pawagam tidak dibenarkan - Finas PKP: Penggambaran filem, drama dalam studio dibenarkan, pawagam tidak dibenarkan - Finas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81620800469_Filming.jpg)
PKP: Penggambaran filem, drama dalam studio dibenarkan, pawagam tidak dibenarkan - Finas
Aktiviti itu dibenarkan dengan jumlah kru minimum tanpa penonton, selain perlu membuat permohonan SPP Khas dan tertakluk kepada SOP Industri Kreatif.