FILEM Dukun terbitan Astro Shaw mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM6.2 juta selepas empat hari ditayangkan.
Menurut Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, filem Dukun merupakan filem pertama syarikat tersebut yang berjaya mencatatkan rekod tersebut.
“Ini adalah kali pertama filem terbitan kami yang berjaya meraih kutipan mencapai RM 6.2 juta dalam tempoh empat hari.
“Kami sememangnya mengharapkan filem ini diterima oleh penonton di luar sana. Namun, kami tidak menjangkakan sambutan luar biasa seperti ini.
“Saya ingin merakamkan ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan filem ini terutamanya kepada penerbit eksekutif, Dominique Hue dan sutradara Dain Said yang telah menghasilkan sebuah karya yang hebat.
“Usaha dan komitmen pelakon yang terus memberikan kerjasama dalam mempromosikan filem ini sangat kami hargai.
“Astro Shaw berharap agar penonton akan terus memberi sokongan pada filem tempatan dan tayangan filem Dukun akan terus bertahan di pawagam,” katanya.
Tambah Najwa, trailer filem Dukun juga mencatatkan sejarah manis buat Astro Shaw.
“Trailer Dukun yang dimuat naik di laman YouTube berjaya mencecah sejuta tontonan selepas enam hari dilancarkan. Gimik video viral #PerempuanKebayaMerah pula telah ditonton melebihi 30 juta kali.
“Filem ini juga merupakan filem pertama Astro Shaw yang mempunyai 34 kali tayangan dalam masa sehari pada satu pawagam serta berada di kedudukan pertama mengatasi filem antarabangsa,” katanya lagi.
Filem arahan Dain Said yang menampilkan Datin Seri Umie Aida sebagai tunjang utama ini turut dibintangi oleh pelakon hebat lain seperti Faizal Hussien, Namron, Bront Palarae, Elyana, Soffi Jikan dan Hasnul Rahmat.
Buat semua peminat filem tempatan yang ingin tahu kesudahannya, jangan lupa saksikan keseluruhan filem Dukun di pawagam sekarang dalam versi siaran yang lebih baik serta sistem bunyi yang berkualiti!
Gempak
Tue Apr 10 2018
![Dukun catat sejarah, ditayangkan 34 kali sehari, kutip RM6.2 juta dalam 4 hari Dukun catat sejarah, ditayangkan 34 kali sehari, kutip RM6.2 juta dalam 4 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51522641931_Dukun.jpg)
Filem arahan Dain Said yang menampilkan Datin Seri Umie Aida sebagai tunjang utama ini turut dibintangi oleh pelakon hebat lain seperti Faizal Hussien, Namron, Bront Palarae, Elyana, Soffi Jikan dan Hasnul Rahmat.
Fokus Minggu Depan: Garis panduan, muhibah dan sensitivity
Ikuti ulasan Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsuddin mengenai garis panduan bagi muslim yang mengikuti program anjuran bukan muslim dalam konteks kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia.
Pesawat Bering Air yang hilang dijumpai terhempas, semua penumpang maut
Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) mengesahkan penemuan bangkai pesawat yang sepadan dengan keterangan sebuah pesawat dilaporkan hilang di pesisir barat Alaska pada Khamis, lapor Xinhua.
Trump sekat ICC: Beri isyarat Israel kebal undang-undang - Amnesty
Setiausaha Agung Amnesty International Agnes Callamard mengecam perintah eksekutif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengenakan sekatan terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), menyifatkannya sebagai tindakan "melulu" yang memberi isyarat bahawa Israel berada di atas undang-undang dan melemahkan prinsip keadilan sejagat.
Kinabatangan dilanda banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun
Kinabatangan kini berdepan banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun, dengan paras air melepasi tahap bahaya dan memaksa penduduk di beberapa kampung berpindah ke pusat pemindahan sementara.
![Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738553906_TBOlafScholzjp.jpg)
Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump
Scholz mengecam cadangan Trump agar bantuan ketenteraan berterusan kepada Ukraine harus dikaitkan dengan akses kepada sumber asli negara itu.
![Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air pada Januari Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air pada Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739011710_Afghanistan.jpg)
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air pada Januari
Seramai 18,300 pelarian Afghanistan pulang ke negara asal pada Januari tahun ini.
![Filipina halang kemasukan 137 pesalah jenayah seksual asing pada 2024 Filipina halang kemasukan 137 pesalah jenayah seksual asing pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739012198_NinoyAquinoInterna.jpg)
Filipina halang kemasukan 137 pesalah jenayah seksual asing pada 2024
Selain larangan masuk, individu terbabit turut dimasukkan ke dalam senarai hitam biro sebagai "warga asing tidak diingini".
![Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739010550_TBMAJLISBELIA.jpg)
Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Anwar menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.
Assalamualaikum RARA tarik lebih ramai pengunjung
Program Assalamualaikum RARA 2025 berlangsung di Murtadha Dakwah Centre (MADAD), di Sungai Petani jadi tarikan menarik ramai pengunjung, hadir ke program anjuran Astro.
![Nilai perpaduan, integriti, keadilan Tunku Abdul Rahman jadi pegangan kemudi Kerajaan MADANI - Anwar Nilai perpaduan, integriti, keadilan Tunku Abdul Rahman jadi pegangan kemudi Kerajaan MADANI - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739009614_anwarrahman.jpg)
Nilai perpaduan, integriti, keadilan Tunku Abdul Rahman jadi pegangan kemudi Kerajaan MADANI - Anwar
Anwar berkata nilai perpaduan, integriti dan keadilan buat semua yang diwariskan Tunku Abdul Rahman menjadi pegangan beliau dalam mengemudi Kerajaan MADANI.
!['Saya tak akan sia-siakan peluang ini!' - Trisha Ooi teruja dapat tawaran One Cent Thief 2 'Saya tak akan sia-siakan peluang ini!' - Trisha Ooi teruja dapat tawaran One Cent Thief 2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41738319665_TrishaOoi.jpg)
'Saya tak akan sia-siakan peluang ini!' - Trisha Ooi teruja dapat tawaran One Cent Thief 2
Siri ini bakal bersiaran bermula 31 Januari 2025 setiap Jumaat di On Demand dan Astro GO, serta di Astro Citra dan Astro Ria.
![Fenomena 'Kahar: Kapla High Council' diteruskan di Astro First, masuk pasaran antarabangsa Fenomena 'Kahar: Kapla High Council' diteruskan di Astro First, masuk pasaran antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736835004_kaharkapla.jpg)
Fenomena 'Kahar: Kapla High Council' diteruskan di Astro First, masuk pasaran antarabangsa
Fenomena Kahar: Kapla High Council Diteruskan Di Astro First, Masuk Pasaran Antarabangsa
![Astro Shaw, Etika rai kepelbagaian budaya dalam filem 'Abah saya, Uncle Mike' Astro Shaw, Etika rai kepelbagaian budaya dalam filem 'Abah saya, Uncle Mike'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736304308_AbahSayaUncleMike.jpg)
Astro Shaw, Etika rai kepelbagaian budaya dalam filem 'Abah saya, Uncle Mike'
Astro Shaw dan Etika mempersembahkan filem Abah Saya, Uncle Mike yang mengisahkan lelaki berbangsa cina, Michael Tong Wai Siong, atau lebih dikenali sebagai Uncle Mike.
![Dongeng Sang Kancil angkat cerita rakyat dengan sentuhan moden, tonjol aksi penuh debaran Dongeng Sang Kancil angkat cerita rakyat dengan sentuhan moden, tonjol aksi penuh debaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735056364_dongengsangkancil.jpg)
Dongeng Sang Kancil angkat cerita rakyat dengan sentuhan moden, tonjol aksi penuh debaran
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan menghasilkan watak popular cerita rakyat menerusi filem Dongeng Sang Kancil.
![Astro Shaw Cinematic Universe dilancarkan, jadi perintis era baharu sinema Malaysia Astro Shaw Cinematic Universe dilancarkan, jadi perintis era baharu sinema Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734523115_AstroShaw.jpg)
Astro Shaw Cinematic Universe dilancarkan, jadi perintis era baharu sinema Malaysia
Peneraju utama industri perfileman tempatan, Astro Shaw terus mengorak langkah dengan memperkenal inisiatif baharu yang dinamakan Astro Shaw Cinematic Universe.
!['Kahar: Kapla High Council' raih kutipan RM5.5 juta! Bakal masuk pawagam Singapura 'Kahar: Kapla High Council' raih kutipan RM5.5 juta! Bakal masuk pawagam Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733299868_tbhighcouncil.jpg)
'Kahar: Kapla High Council' raih kutipan RM5.5 juta! Bakal masuk pawagam Singapura
"Kahar: Kapla High Council" bersedia menemui penonton di Singapura mulai Khamis, 5 Disember.
![Sehari tayangan, Kahar: Kapla High Council raih kutipan RM1 juta Sehari tayangan, Kahar: Kapla High Council raih kutipan RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732856287_Kahar.jpg)
Sehari tayangan, Kahar: Kapla High Council raih kutipan RM1 juta
Baru sehari ditayangkan, filem Kahar: Kapla High Council berjaya meraih kutipan RM1 juta!
![Filem 'Gold' terima anugerah paling berprestij di China Filem 'Gold' terima anugerah paling berprestij di China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731736268_tbFilemGoldanuger.jpg)
Filem 'Gold' terima anugerah paling berprestij di China
Anugerah Golden Rooster adalah anugerah filem paling berprestij di China, mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam pawagam domestik dan antarabangsa.
![Don Dukun kutip RM2.1 juta selepas tiga hari tayangan! Don Dukun kutip RM2.1 juta selepas tiga hari tayangan!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41730618126_tbDonDukunTayanga.jpg)
Don Dukun kutip RM2.1 juta selepas tiga hari tayangan!
Filem seram komedi Don Dukun berjaya meraih kutipan sebanyak RM2.1 juta selepas tiga hari tayangannya di pawagam.
![‘Qodrat 2’ bakal merasuk pawagam tahun hadapan ‘Qodrat 2’ bakal merasuk pawagam tahun hadapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51730274313_TBSERAMINDONESIA.jpg)
‘Qodrat 2’ bakal merasuk pawagam tahun hadapan
Selain Vino G. Bastian, Qodrat 2 yang membawakan kisah lebih mendalam dan gelap ini turut dijayakan oleh Acha Septriasa, Della Dartyan, dan Dony Alamsyah.