Kejayaan yang dikecapi dalam masa yang begitu singkat mungkin adalah angan-angan segelintir anak-anak muda.
Bagi Elizabeth Tan, penyanyi yang mula popular dari YouTube pada tahun 2013, ia adalah realiti beliau.
Namun, industri muzik tanah air tidak mudah seperti yang disangkakan.
“Setelah saya keluarkan single 'Knock Knock', ia seperti semua orang mahukan ‘Knock Knock Elizabeth Tan’. Saya bersyukur dengan kejayaan dikecapi tetapi setelah masuk industri ini, saya sedar ada banyak tekanan,” ujar penyanyi berusia 22 tahun itu.
Sebagai bintang yang ‘in’ ketika ini, Elizabeth akui orang ramai juga mempunyai harapan yang tinggi untuk beliau.
“Kadang-kadang saya rasa tertekan kerana orang ramai mempunyai harapan yang tinggi untuk saya dan ada kalanya saya rasa tidak boleh memenuhi harapan itu.
“Kalau boleh saya mahu ambil masa untuk berehat dan fokus kepada latihan vokal dan latihan persembahan pentas. Saya mahu terus memperbaiki diri saya agar saya boleh memenuhi harapan orang ramai,” katanya.
Elizabeth turut berkata selain daripada ibunya, penyanyi terkenal Faizal Tahir juga banyak membantu dengan memberikan motivasi.
Elizabeth merupakan antara artis di bawah syarikat Faithful Music milik Faizal Tahir sejak 2014.
“Dia akan suruh saya rehat kalau saya perlukan rehat. Beliau juga banyak memberi nasihat,".
Walaupun banyak cabaran di dalam industri seni tanah air, Elizabeth akui akan terus berjuang dan berikan yang terbaik.
“Saya sendiri tidak sangka akan menjadi penyanyi. Kalau boleh saya mahu menjadi hos televisyen atau pelakon. Tetapi saya bersyukur dengan apa yang ada dan saya akan terus ‘go with the flow’,” katanya.
Antara nasihat yang diberikan oleh Elizabeth kepada mereka yang ingin menjadi bintang YouTube dan penyanyi rakaman adalah untuk terus menjadi diri sendiri dan harus menjadi seorang yang bijak ketika membuat keputusan.
“Anda perlu mempunyai teman-teman yang bagus, jangan mudah percaya orang di sekeliling dan tahu fakta anda sebelum menandatangani apa-apa perjanjian,” kongsi Elizabeth selepas #AwaniChat yang merupakan sesi soal jawab yang dikendalikan secara eksklusif di Facebook Astro AWANI.
Syafique Shuib
Sat Apr 25 2015
Elizabeth Tan mahu terus berikan yang terbaik dengan memberi fokus kepada latihan vokal dan persembahan pentas. -Gambar: Astro AWANI/Syafique Shuib
Polis siasat dokumen palsu guna nama Ketua Polis Negara
Polis membuka kertas siasatan berhubung penyebaran satu dokumen palsu yang meniru tanda tanga Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husaun berserta Jata Negara dan logo Badan Peguam Malaysia.
Dua beranak cedera kenderaan dihempap pokok tumbang
Dua beranak cedera ringan selepas kereta yang mereka naiki dihempap pokok tumbang berhampiran bangunan pejabat di Jalan Pudu-Bukit Bintang di sini, pagi tadi.
Mindef beri perhatian perumahan, pendidikan warga ATM tahun ini
Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memperkasakan aspek kesejahteraan warganya dengan memberi tumpuan kepada aspek keselesaan tempat tinggal dan pendidikan pada tahun ini.
Arul Kanda beritahu mahkamah, beliau tidak meminta penjelasan penamatan dua juruaudit 1MDB
Arul Kanda menjelaskan, beliau tidak menanyakan mengenai perkara tersebut kerana beliau hanya menyertai dana kekayaan negara itu, pada 2015.
Salah guna logo halal: Denda sedia ada sudah tinggi - Armizan
Sesebuah syarikat boleh didenda sehingga RM5 juta manakala untuk individu pula, denda tidak lebih RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun.
Bekas kerani bank didakwa pecah amanah akaun masjid lebih RM100,000
Bekas kerani bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pecah amanah wang akaun sebuah masjid berjumlah RM115,900, tiga tahun lepas.
Belanda kurangkan separuh bilangan diplomat Venezuela
Belanda memutuskan untuk mengurangkan separuh bilangan diplomat Venezuela di negara itu sebagai tindak balas terhadap tindakan Caracas.
McDonald’s Malaysia bawa keceriaan kepada 120 rumah warga emas
McDonalds Malaysia mengunjungi 120 rumah kebajikan untuk membawa kegembiraan Tahun Baru Cina ini.
Sampel bukti kebakaran di Baling dihantar makmal - Bomba
Siasatan menyeluruh sudah dilakukan di lokasi kejadian berlaku antara 24 Disember tahun lalu sehingga 12 Januari baru-baru ini.
Polis siasat dokumen palsu guna Jata Negara, logo Badan Peguam dan nama KPN
Semua perkara yang dinyatakan dalam dokumen terbabit adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan mana-mana jabatan kerajaan.
#AwaniChat: Hasil penjualan restoran milik Nik Michael Imran terjejas kerana GST
Nik Michael Imran akan melakukan penjenamaan semula untuk restoran miliknya jika ia terus mengalami penurunan hasil penjualan oleh kerana GST.
Elizabeth Tan akui tertekan mahu memenuhi harapan tinggi orang ramai
Elizabeth Tan mahu mengambil masa untuk fokus kepada latihan vokal dan persembahan pentas agar dapat memberikan yang terbaik kepada orang ramai.
#AwaniChat: Elizabeth Tan jawab soalan tentang privasi dan perancangan masa hadapan
Penyanyi Elizabeth Tan jawab pelbagai soalan - dari single kedua, ke pengalaman belajar di Amerika Syarikat dan juga perancangan masa hadapan. Betul ke Elizabeth maju jual pancakes?